PAS Kelantan anjur seminar dedah dakwaan Wain tentang Mahathir

Wednesday, January 20, 2010
Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, Jan 20 — PAS Kelantan memutuskan untuk mengadakan seminar khas membincangkan kandungan buku penulis Barry Wain yang mendakwa kononnya RM100 bilion telah dibazirkan oleh kepimpinan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun.
Justeru, PAS negeri itu bercadang menjemput bekas pengarang urusan Asian Wall Street Journal itu agar mengambil bahagian untuk menerangkan pendedahannya.
PAS Kelantan bercadang untuk menganjurkannya dalam waktu terdekat ini, kemungkinan menjelang Mac. Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan semalam.
Ketika mengesahkan kepada The Malaysian Insider, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan Datuk Husam Musa berkata pihaknya mahu rakyat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dengan RM100 bilion, sebagaimana didakwa Wain.
“Selain mengadakan seminar PAS juga akan meminta buku berkenaan diterbitkan di Malaysia memandangkan pasarannya berhadapan dengan masalah kelulusan Kementerian Dalam Negeri,” katanya.
Husam menambah sama ada buku diluluskan untuk pasaran ataupun sebaliknya, seminar itu akan tetap diadakan.
Kementerian Dalam Negeri masih mengkaji kandungan buku itu yang berjudul “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times”.
Bagi menyempurnakan tugasan ini, Husam yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan berkata, Pemuda PAS Kelantan telah diberikan tanggungjawab tersebut.

Sementara itu setiausaha PAS Kelantan Datuk Mohd Zaki Ibrahim memberitahu pihaknya mahu mendedahkan bagaimana sejumlah RM100 bilion telah dibazirkan oleh kepimpinan Dr. Mahathir.
“Melalui seminar ini rakyat akan mengetahui situasi sebenar termasuk dakwaan bahawa wang digunakan oleh Umno untuk membina PWTC,” kata beliau yang yakin banyak maklumat akan didedahkan dengan mengadakan seminar itu.
Ketika ditanya mengapa Pemuda PAS Kelantan perlu menganjurkannya, Zaki memberitahu, “tidak kira sama ada ia diadakan oleh Pemuda PAS atau PAS negeri, ia tetap dianjurkan oleh PAS.”
Difahamkan PAS Kelantan mengambil langkah ini ekoran tindakan berturut-turut Umno khususnya Pergerakan Pemudanya membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung pentadbiran kerajaan negeri.
Terbaru, Pemuda Umno Kelantan membuat aduan mendakwa wujud penyelewengan dalam urusan pembinaan kompleks Bazar Tok Guru, kelmarin.
Kelantan juga mempertikaikan isu royalti petroleum.
Kajian terhadap buku itu, menurut Kementerian Dalam Negeri, merupakan satu proses biasa kepada mana-mana penerbitan di dalam dan luar negara dan buku tulisan Wain tidak terkecuali daripada menjalani proses tersebut.
Kajian itu bagi memastikan ia tidak menimbulkan sebarang kemudaratan kepada keselamatan dan ketenteraman rakyat Malaysia.
Kementerian itu mempunyai masa selama 60 hari bagi menentukan sama ada untuk meluluskan atau sebaliknya pengedaran buku tersebut di Malaysia.
Dipercayai kajian itu kini sudah sebulan lamanya.
Dalam bukunya, Wain mendakwa kononnya Dr Mahathir membazirkan sehingga RM100 bilion ketika menjadi Perdana Menteri.
Bagaimanapun Dr Mahathir dalam blognya www.chedet.co mengakui pernah berlaku beberapa kerugian dalam tempoh pentadbirannya tetapi jumlahnya tidakpun mencecah RM10 bilion.
Dr Mahathir turut mempersoalkan mengapa Wain yang kini berpangkalan di Singapura begitu berani dan bersungguh-sungguh mahu menulis serta mendedahkan isu melibatkan pemimpin Malaysia.
Beliau mahu kerajaan membenarkan buku setebal 363 halaman itu, terbitan Palgrave Macmillan, tulisan Wain yang merupakan penulis bermukim di Institut Pengajian Asia Tenggara di Singapura.
Ia dilancarkan 4 Dis lalu.
Sementara itu,  ketua Pemuda PAS Kelantan Abdul Latif Abdul Rahman memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya akan mengadakan seminar ini dalam waktu terdekat.
“Kami akan mengadakan mesyuarat penganjuran secepat mungkin memandangkan baru hari ini (semalam) diberikan tugasan ini,” katanya.
Malah katanya, seminar ini akan membolehkan rakyat mengetahui bahawa pihak mana yang melakukan rasuah dan pembaziran memandangkan Pemuda Umno asyik membuat laporan tentang kerajaan negeri dan kepimpinan Menteri Besar.
“Kami berharap kerajaan akan membenarkan buku itu dipasarkan di sini,” katanya.

0 Komen:

Post a Comment

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]