Dialog Antara Agama : PAS Mendahului Jauh Di Hadapan

Sunday, January 17, 2010

greenboc

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dlaporkan sebagai berkata, sudah tiba masanya kerajaan memikirkan secara serius penubuhan sebuah majlis perundingan antara agama.

Keperluan itu dilihat semakin penting ekoran ketegangan dan protes berhubung keputusan mahkamah membenarkan akhbar mingguan Katolik Herald menggunakan kalimah “Allah”.

Kata beliau, majlis itu akan dianggotai oleh wakil pelbagai kaum.

Perkara itu sedang diberi pertimbangan kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Difahamkan perkara ini diberi pertimbangan kerajaan selaras dengan gagasan 1 Malaysia yang digerakkan oleh kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.


Muhyiddin berkata, inisiatif penubuhan badan ini juga akan memastikan persefahaman antara agama secara berkekalan di mana setiap ketua agama akan menyertainya.

“Kita sudah mulakan dengan memanggil ketua-ketua agama duduk berbincang bersama, tetapi kita belum tubuh dan fikirkan format badan tersebut lagi.

“Cadangan penubuhannya akan dibawa ke peringkat Kabinet dan saya percaya ia akan menjadi kenyataan,” kata beliau.

Timbalan presiden Umno ini turut menyifatkan isu penggunaan kalimah “Allah” sekarang memerlukan komitmen setiap pemimpin agama.

Usaha itu menurut beliau memerlukan jalan penyelesaian terbaik sehingga semua agama berpuas hati.

“Saya memahami kita kena jaga agama masing-masing, tetapi isu ini melibatkan sensitiviti yang amat tinggi, jadi kita kena selesaikannya sebaik mungkin, ini janji kita,” katanya

Ramai juga melihat majlis ini penting buat masa sekarang di sebalik isu kontroversi penggunaan kalimah “Allah”. Perkara ini juga pernah disyorkan dulu tetapi dibantah segelintir pihak.

Muhyiddin juga menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap pihak atau individu yang cuba menjejaskan ketenteraman awam.

Tegas beliau langkah itu penting kerana keamanan dan keharmonian kaum merupakan asas kemajuan negara.

Setakat ini 10 gereja dan sebuah kuil Sikh berhadapan dengan perbuatan serangan dan vandalisme sejak lebih seminggu lalu.

Sebuah masjid di Sarawak juga menjadi sasaran kerja vandalisme sehari selepas gereja di Seremban perkembangan yang dikhuatiri boleh memburukkan lagi suasana tegang ekoran isu kontroversi penggunaan kalimah “Allah”.

Muhyiddin berkata, inisiatif penubuhan badan ini juga akan memastikan persefahaman antara agama secara berkekalan di mana setiap ketua agama akan menyertainya.

“Kita sudah mulakan dengan memanggil ketua-ketua agama duduk berbincang bersama, tetapi kita belum tubuh dan fikirkan format badan tersebut lagi.

“Cadangan penubuhannya akan dibawa ke peringkat Kabinet dan saya percaya ia akan menjadi kenyataan,” kata beliau.

Timbalan presiden Umno ini turut menyifatkan isu penggunaan kalimah “Allah” sekarang memerlukan komitmen setiap pemimpin agama.

Usaha itu menurut beliau memerlukan jalan penyelesaian terbaik sehingga semua agama berpuas hati.

“Saya memahami kita kena jaga agama masing-masing, tetapi isu ini melibatkan sensitiviti yang amat tinggi, jadi kita kena selesaikannya sebaik mungkin, ini janji kita,” katanya.

Ulasan GB

Kerajaan baru memikirkan secara serius penubuhan sebuah majlis perundingan antara agama, sedang PAS sudah mengorak beberapa langkah jauh di hadapan dengan mengadakan pertemuan-pertemuan dengan pihak gereja di dalam usaha untuk merapatkan hubungan antara penganut agama Islam dan pnganut agama lain khususnya Kristian.

Baru-baru ini Menteri Besar Kelantan melawat tiga gereja di Kuala Lumpur termasuk Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dan Gereja St Francis Xavier di Jalan Gasing bagi melihat dari dekat kesan kerosakan akibat dikhianat pihak tidak bertanggungjawab.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz mempersoalkan tindakan pihak terbabit sehingga merosakkan rumah ibadat orang bukan Islam.

“Saya pergi kerana rasa simpati terhadap mereka yang teraniaya,” ujarnya.

Beliau juga berkata, lawatannya ke gereja hanya boleh dijadikan isu kepada mereka yang berfikiran sempit.

“Sebelum ini pun saya pernah melawat kuil Hindu dan Buddha di Tumpat beberapa kali. Sami-sami Buddha juga datang ke pejabat saya,” ujarnya.

Beliau juga berkata, lawatan tersebut secara tidak langsung dapat menterjemahkan keindahan Islam kepada golongan bukan muslim.

Di Pulau Pinang pula satu majlis dialog antara Islam dan Kristian telah diadakan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof berjaya membuka lembaran baru buat PAS terutamanya di tahun baru 2010 yang menyaksikan berbagai peristiwa hitam terjadi pada negara.

Dr Mujahid telah pergi secara rombongan bersama aktivis parti dari Parit Buntar, Perak serta Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Takiqudin Hamzah, Rosidi Husain, Yang Dipertua PAS Tanjung, Yacoob Omar, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Yusoff Mohd Noor dan Setiausaha PAS Jelutong, Nasir Ismail.

Adun PAS dari Meru, Klang, Dr Abdul Rani Osman pula melawat dan berdialog dengan pemimpim gereja Gereja Glad Tidings Assembly di Kelang.

Menurutnya, PAS menghormati kebebasan semua penganut agama selain Islam mengamalkan agama mereka kerana sikap ini telah dibuktikan oleh pemerintahan Islam sejak zaman berzaman.

Dr Rani turut menyebutkan bagaimana di zaman pemerintah Khalifah Saidina Omar, Masjidil Aqsa diperintah oleh Islam di mana terdapat sebuah gereja di sebelahnya yang mana kuncinya dipegang oleh orang Islam sehingga kini.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]