Semua suspek berumur antara 21 hingga 26 tahun. Mereka ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang bermula petang semalam hingga pagi tadi.
Bakri berkata susulan daripada penahanan lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat itu, polis kemudiannya menahan tujuh lagi lelaki di lokasi berasingan di sekitar Ampang, yang dipercayai mempunyai kaitan.
"Mereka yang ditahan adalah dua beradik yang berumur 24 dan 25 tahun, seorang lagi bapa saudara kepada adik beradik tersebut yang berumur 26 tahun, anakala lima lagi adalah kawan mereka.
"Dengan penahanan kesemua mereka itu, kita percaya kes kebakaran gereja di esa Melawati selesai dan kita sedang menjalankan siasatan rapi bagi membolehkan mereka yang terlibat didakwa di mahkamah," katanya.
Mohd Bakri berkata adik kepada suspek pertama yang ditahan turut mengalami kesan melecur di bahagian tangan kirinya dipercayai berikutan kejadian berkenaan.
"Semua mereka bekerja dengan syarikat swasta antaranya sebagai kerani, menghantar surat dan kerja pejabat.
Bagi kes gereja Metro Tabernacle Ag, katanya, polis Bukit Aman bekerjasama dengan polis Kuala Lumpur bagi menjalankan siasatan.
Seta
"Jangan cuba kaitkan kumpulan yang ditahan dengan pembakaran gereja-gereja lain," katanya.
Bakri juga turut menegaskan kepada orang ramai agar tidak mengambil tindakan sama dengan melakukan tindakan yang boleh menjejeskan ketenteraman negara, kaum dan agama.
1 Komen:
tangkap jangan tak tangkap
buat pengajaran bagi orang lain
Post a Comment