agenda menjatuhkan kerajaan negeri selangor masih berjalan

Thursday, January 21, 2010
 Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari di Shah Alam tengah hari ini.Dipercayai pegawai SPRM telah mengarahkan setiausaha kerja exco tersebut, yang dikenali sebagai Hussein Ahmad, datang ke pejabat SPRM Selangor untuk disoalsiasat.


Menurut sumber-sumber, satu laporan telah dibuat kepada SPRM terhadap Hussein (berdiri) bberhubung dakwaan rasuah membabitkan penjualan pasir.

Yaakob adalah pengerusi pengurusan sumber alam dan pembangunan ssahawan negeri. Difahamkan, lima pegawai SPRM, yang diketuai oleh Penguasa Premraj Victor, masih berada di pejabat Yaakob.
Sementara itu, jurucakap sekretariat media kerajaan negeri berkata, siasatan SPRM itu dipercayai ada kaitan dengan isu pasir.
Menurutnya, SPRM mahu menahan Husin tetapi dibantah oleh kakitangan di pejabat itu kerana pekeliling kerajaan Selangor tidak membenarkan soalsiasat di luar pejabat dan di luar waktu pejabat


Turut kelihatan di situ sebelum ini ialah penasihat undang-undang negeri, Salim Bashir dan pengerusi kesatuan pegawai khas Pakatan Rakyat, Razak Ismail.Difahamkan insiden ini ekoran pertelingkahan tentang pengurusan syarikat kaitan kerajaan, kumpulan Semesta yang menguruskan penjualan pasir.

Sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, didakwa banyak kes kecurian pasir.


Oleh itu, ia diserahkan kepada Kumpulan Semesta untuk mengendalikannya dan ia terletak dalam bidangkuasa Yaakob selaku yang bertanggungjawab terhadap portfolio tersebut.
Namun begitu, difahamkan masih terdapat aduan yang diterima termasuk dari kalangan ADUN Pakatan sendiri.


Malah, ADUN Bukit Antarabangsa dari PKR, Azmin Ali juga pernah menegur prestasi kumpulan Semesta dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.Sementara itu, Yaakob memberitahu pemberita bahawa SPRM menyiasat dua perkara, iaitu kelulusan penjualan pasir dan lawatan beliau ke negeri China November lalu.

Katanya, pegawai SPRM itu mengambil tiga dokumen, iaitu profail syarikat berkaitan dengan penjualan pasir dan dokumen kedua lawatannya ke Hang Zhou dan Yiew (November) dan lawatannya ke Beijing minggu lalu. Hussein turut mengikuti lawatan ke China itu.
Yaakob menyifatkan tindakan SPRM itu sebagai satu langkah yang sengaja untuk memalukannya.

Pada masa ini, tiga exco kerajaan negeri berada di pejabat Yaakob. Mereka ialah Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar.

Pegawai SPRM masih lagi mengambil kenyataan daripada Hussein.


Pada kira-kira jam 3.35 petang, SPRM membawa Hussein ke ibupejabat suruhanjaya itu di Putrajaya untuk siasatan lanjut. Sebelum itu, berlaku sedikit kekecohan apabila seorang pegawai di situ meminta lima pegawai SPRM tersebut supaya mengisi borang lawatan tetamu ke pejabat tersebut.
Pada mulanya, mereka enggan enggan mengisi borang tersebut, tetapi selepas didesak Yaakob, maka pun berbuat demikian.
Yaakob dan penasihat undang-undang negeri, Salim, turut mengikut Hussein ke Putrajaya.
Difahamkan SPRM mempunyai waran untuk menahan Hussein untuk siasatan lanjut.

0 Komen:

Post a Comment

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]