Aktivis: Isu Allah tak timbul jika k'jaan cepat bertindak

Thursday, January 21, 2010
Kegagalan kerajaan menangani isu-isu mengganggu keharmonian beragama menyebabkan terdapat pihak yang kini berani bertindak lebih jauh dengan menyerang rumah ibadat agama lain, kata seorang aktivis Katholik.

Dalam surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, K Sudhagaran Stanley mempertikaikan tindakan kerajaan yang didakwanya lambat bertindak, antaranya berhubung insiden dua gereja di Kuala Lumpur 'dicerobohi' dua wartawan majalah Al Islam tahun lalu.

"Sehingga kini, tiada pendakwaan dikenakan terhadap dalangnya dan ini menghantar tanda (signal) yang salah kepada rakyat Malaysia.

"Ia menyarankan, adalah okey untuk memasuki rumah ibadat orang lain, mengintip dan menghina ibadah mereka," katanya.

Sudhagaran berkata, jika kerajaan bertindak tegas daripada mula, insiden seperti serangan dan vendalisme terhadap gereja - yang dikaitkan dengan pertelingkahan berhubung penggunaan kalimah Allah - mungkin tidak akan berulang.

"Hari ini gereja kami dibom (dengan bom petrol), dirosakkan dengan batu dan cat, (tetapi) masih tiada sesiapa dibawa ke muka pengadilan," tulisnya.

Dalam surat dua halaman tersebut, Sudhagaran bertanya kepada Najib:

"Adakah kerajaan anda menentang orang Kristian di negara ini? Apa yang polis tunggu lagi? Adakah mereka tunggu sehingga seseorang terbunuh (baru hendak bertindak)?

Pada 8 Julai lalu, Sudhagaran dan rakannya Joachim Francis Xavier membuat laporan polis kepada dua wartawan majalah terbitan Kumpulan Utusan Berhad, Al Islam kerana memasuki gereja dekat Putrajaya bagi menyiasat dakwaan wujudnya usaha memurtadkan gadis bertudung.

Sehingga kini, Sudhagaran mendakwa masih tiada tindakan diambil terhadap mereka.

Keluhan Sudhagaran pernah disuarakan sebelum ini, termasuk melalui surat gesaan ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 20 Ogos lalu.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]