Isu Tanah Perkuburan Batu 3, Shah Alam

Saturday, January 2, 2010

Y.B. Khalid Samad

Masalah berhubung Tanah Perkuburan Islam di Batu 3 Shah Alam merupakan satu lagi isu yang diwarisi oleh kerajaan PR apabila mengambil alih Negeri Selangor pada Mac 2008. Masalah disedari apabila Persatuan Perkuburan Cina Batu 3 memohon untuk menambah lot parking untuk dewan yang telah mereka bina di kawasan tersebut pada sekitar tahun 2006. Apabila memproses permohonan berkenaan pihak MPSJ telah mendapati bahawa dewan dan lebih kurang 68 jirat Cina telah termasuk di dalam kawasan perkuburan Islam. Masalah ini telah berulang kali dilaporkan di dalam akhbar tempatan tetapi sehingga 2008 tiada penyelesaian dilakukan.

Pada tahun 2007 kerajaan BN telah beberapa kali menyatakan masalah tersebut ‘telah selesai’ dan dewan itu akan diroboh. Kenyataan sebegini dikeluarkan oleh mantan MB sendiri, Datok Seri Khir Toyo. Namun ia hanya merupakan kenyataan politik tanpa apa-apa yang berlaku di tapak berkenaan sehinggalah berlakunya pilihan raya umum pada Mac 2008. Setelah PR mengambil alih pemerintahan Negeri Selangor, penduduk Islam Batu Tiga telah menemui ADUN Batu 3 dan Ahli Parlimen Shah Alam untuk menentukan masalah ini benar-benar diselesaikan dengan sebaik mungkin. Hasil aduan mereka maka beberapa sesi pertemuan dan perbincangan telah diadakan. Pada masa yang sama fail berhubung kes tersebut dibuka untuk mendapatkan maklumat latar belakang sebenar.



Hasil dari pertemuan dan perbincangan yang telah diadakan maka telah dipersetujui oleh semua pihak, termasuk Persatuan Perkuburan Cina Batu 3, supaya dewan berkenaan diroboh atau dipindah dan tapak berkenaan diserah kembali kepada masyarakat Islam sebagai kawasan tanah perkuburan mereka. Persetujuan ini telah tercapai melalui beberapa pertemuan seperti yang telah diadakan pada 2 Jun 2009 bersama AJK Persatuan Perkuburan Cina Batu 3 dan pada 22 Disember 2009 bersama YB Ronnie Liu selaku Exco J/K Rumah Ibadat Bukan Islam.

Tapak kawasan tanah perkuburan tersebut dalam proses pewartaan oleh pihak Pejabat Tanah Daerah Petaling dan tanda sempadan yang jelas akan dibina untuk mengelak dari berlakunya kesilapan yang sama pada masa-masa yang akan datang.

Berdasarkan maklumat seperti di atas adalah jelas bahawa masalah ini telah pun dapat diselesaikan dengan baik dan tidak perlu untuk mana-mana pihak mendesak supaya ianya diselesaikan, kerana sudah pun selesai! InsyaAllah perobohan dan perpindahan dewan akan berlaku pada awal 2010 setelah selesai perwartaan.

Oleh yang demikian, saya sebagai Ahli Parlimen Shah Alam dan bagi pihak ADUN Batu 3 menafikan sekeras-kerasnya bahawa kami telah bersetuju supaya dewan berkenaan dibenarkan kekal di kawasan perkuburan orang Islam sepertimana yang didakwa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini hanya merupakan dakyah politik murahan oleh pihak yang jelas gagal menyelesaikan masalah rakyat semasa mereka memerintah.


WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]