Namun orang ramai dijangka terpaksa membayar lebih bagi mendapatkan barangan keperluan sempena sambutan kali ini kerana peniaga dijangka menaikkan harga barangan mereka.
Tahun Baru Cina akan disambut pada 14 Februari Oleh kerana sambutan jatuh pada Tahun Harimau, maka banyaklah barangan perhiasan yang mempunyai lambang binatang tersebut.
"Buah limau yang lebih bermutu dan manis dijangka diperolehi minggu depan. Selain buah limau yang mesti ada di setiap rumah, labu oren, kundur dan tebu juga akan mendapat permintaan tinggi," kata Wong Chee Leong, peniaga buah di Jalan Petaling.
"Namun harga buah-buahan kali ini dijangka naik 25 peratus," katanya.
Seorang pelajar Leong Mun Yee, 19, turut mendapati bahawa harga barangan telah naik.
"Lebih baik guna barangan kitar semula untuk perhiasan saya kali ini," katanya yang sedang mencari kaligrafi Cina.
Selain barangan perhiasan dan buah-buahan, bunga-bungaan juga akan mendapat permintaan.
Bekalan bunga akan sampai pada minggu terakhir menjelang hari perayaan, kata seorang pembantu kedai bunga, S.Murugan.
"Buluh dan cherry blossoms dari China dan Taiwan adalah antara jenis bunga yang menjadi pilihan ramai. Bunga ros dari India juga dijangka mendapat perhatian kerana perayaan Tahun Baru Cina kali ini adalah bersamaan dengan Hari Valentine.
"Tetapi pembeli terpaksa membayar lebih untuk membeli bunga kepada kekasih mereka, kerana bunga ros misalnya yang kini dijual RM14 untuk dua dozen akan dijual antara RM2.50 dan RM3 setangkai," katanya. - BERNAMA
0 Komen:
Post a Comment