PENDUDUK BUKIT BOTAK AKAN DAPAT SEMULA HAK MEREKA

Wednesday, January 6, 2010

selangorkini

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor tidak berniat untuk menyangkal hak penduduk Bukit Botak dan ingin menyelesaikan masalah yang menghantui mereka selama 20 tahun dengan secepat mungkin.

Bagi menjamin hak sama rata semua penduduk Bukit Botak, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk mengambil alih tanah Bukit Botak kerana ia akan melepaskan penduduk daripada perjanjian kontraktor yang telah mereka sertai bersama Delpuri Corporation Sdn Bhd (DCSB) yang sehingga sekarang gagal memajukan Bukit Botak.


Perlu diingatkan bahawa perjanjian kontraktor tersebut telah menghalang Kerajaan Negeri daripada menerajui pembangunan perumahan untuk penduduk Bukit Botak. Tanpa perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri akan dapat duduk bersama penduduk dalam merancang pembangunan perumahan.
“Pengambilalihan tanah itu akan sekaligus membatalkan perjanjian kontraktor . Ia tidak akan merampas hak penduduk. Sebaliknya, ia akan membantu Kerajaan Negeri mengembalikan hak mereka yang selama ini berada ditangan Delpuri,” kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini.


Keputusan tersebut juga akan memastikan perbelanjaan RM45 juta untuk pembangunan infrastruktur di Bukit Botak menjadi sebahagian daripada kos pembinaan rumah yang akan dibina kelak dan secara langsung mengawal harga rumah agar tidak terlalu mahal.
Pengambilalihan itu juga akan menyelesaikan masalah 270 penduduk asal Bukit Botak yang tidak mempunyai hak milik tanah.

Kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan pemilik tanah untuk menjelaskan keputusan dan rancangan pembangunan. Tarikh perjumpaan tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.
Kerajaan Negeri berharap penduduk bertenang agar tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan, terutamanya mereka yang akan terjejas akibat pengambilalihan tanah.

“Kami sedar bahawa ada pihak tertentu sedang berusaha menghasut penduduk supaya menentang pengambilalihan kerana mereka akan kerugian jika ianya berlaku. Ada juga yang cuba mengambil alih pembinaan rumah. Tapi kami tidak mahu penduduk ditipu lagi,” kata Menteri Besar.

Masalah Bukit Botak adalah berpunca dari keputusan yang tidak telus oleh pentadbir yang terdahulu dan adalah penting bagi Kerajaan Negeri untuk mencari penyelesaian yang adil, praktikal dan pemilihan kontraktor secara telus dan bertanggungjawab.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO ‘MENTERI BESAR SELANGOR

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]