Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam mengutuk sekeras-kerasnya tindakan membakar gereja yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tindakan sedemikian tidak dibenarkan dalam Islam. DPPSA meyakini perbuatan jahat tersebut didalangi oleh mereka yang berkepentingan dalam isu kalimah Allah ini dengan tujuan untuk mencetuskan huru-hara dan menggugat keharmonian hidup dalam masyarakat pelbagai agama dan budaya di negara ini.
Jesteru, DPPSA menyeru kepada pihak berkuasa agar melakukan siasatan secara telus dan adil.DPPSA juga menentang penggunaan ISA dalam menyelesaikan masalah ini kerana rakyat tidak mahu lagi diperbodohkan dengan menutup kesalahan pihak tertentu dengan menghukum seseorang tanpa diadili terlebih dahulu.
DPPSA juga menyeru kepada seluruh masyarakat agar tidak termakan dengan provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab daripada mengambil kesempatan dengan mengunakan isu-isu keagamaan atau kebangsaan.
Kepada seluruh jentera DPPSA ayuh kita berganding tangan, memikul amanah untuk memastikan masyarakat dapat terus berada dalam keadaan aman harmoni
0 Komen:
Post a Comment