Zaid: Jumpa Raja Petra tak salah

Thursday, July 1, 2010
Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim membidas ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mempersoalkan pertemuannya dengan Raja Petra di Manchester pada tahun lalu dan menjadikannya isu di Dewan Rakyat hari ini.Dengan sinis, Zaid berkata sebagai wakil rakyat, Zahrain sepatutnya menimbulkan cadangan yang bernas mengenai dasar negara dan berani mengkritik keputusan kerajaan.
“Itulah tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh seorang Yang Berhormat. Lebih-lebih lagi kalau kita itu, wakil rakyat Bebas yang begitu di gemari oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kenalah jaga standard supaya orang tak mengatakan kita ini budak suruhan semata mata, dan tidak ada modal bernas untuk diketengahkan dalam Dewan,” kata Zaid dalam blognya.

Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Zahrain kini sudah semacam menjadi wakil kepada polis perisikan yang membuat pendedahan yang beliau menginap di hotel yang sama dengan Raja Petra.
“Dia kata SPRM kena siasat petemuan ini. Inilah kerja wakil rakyat pro-BN kita hari ini. Tak ada perkara lain nak ditimbulkan. Kalau dia tanya saya, saya akan beritahu lebih dari itu.

“Jumpa Raja Petra tidak salah...Raja Petra dan isterinya, Marina kawan saya. Saya tak tinggalkan kawan semata-mata kawan ada dalam kesusahan. Jadi setiap kali saya ke London, saya jumpa mereka. Tahun lepas saya bawa Petra tengok bolasepak di Old Trattford, dia minat kepada Manchester United. Jadi saya belanjalah dia.

“Itulah sedikit hiburan baginya yang terpaksa meninggalkan tanah air kerana menuntut kebenaran. Perjuagan seperti Petra mungkin YB Bayan Baru kita itu tak mengerti atau faham,” kata Zaid.

Beliau juga mengakui bahawa Raja Petra membuat tempahan di hotel Britannia bagi pihaknya tetapi menafikan penulis blog itu turut menginap di situ kerana rumahnya hanya terletak 15 minit perjalanan dari hotel berkenaan.

“Hotel yang saya menginap itu pun tiga star, tak lah seperti hotel Zahrain guna semasa ke Washington. Maklumlah saya bayar sendiri,” katanya merujuk kepada seminar berprofail tinggi mengenai kehakiman dan kerajaan Malaysia di Washington DC yang dihadir Zahrain selepas berpaling tadah daripada PKR.

Seminar itu anjuran sebuah badan pemikir terkemuka - Pusat bagi Strategi dan Pengajian Antarabangsa (CSIS) dan dihadiri oleh pegawai kerajaan Amerika, aktivis, diplomat dan rakyat Malaysia di sana.

Menurut Zaid, beliau akan kota London lagi minggu depan dan besar berkemungkinan akan dengan Raja Petra dan isterinya lagi.

“Saya akan bekalkan butir lanjut jika YB Zahrain atau SPRM mahu maklumat lain. Saya harap dapat juga bertemu Bala kalau SPRM tidak mahu bertemu dengannya,” katanya.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]