Dr Asri Zainal Abidin |
kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju.. kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara.. kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja.. kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta.. kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta.. jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu.. tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari? apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah..? papa semakin parah..? wang semakin lelah..? jika semalam berlauk, hari cuma berkuah.. kerana kerajaan kita sedang susah..? maka subsidi kita terpaksa diserah.. jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh.. apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah..? makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang.. jika mereka bertanya siapa yang bawa lari kepada siapa patut kami tuding jari? janganlah nanti mereka membenci pertiwi.. akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini.. atau kami jadi insan curang.. kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang? tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang.. dengar sini wahai yang tidak memijak bumi! pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami.. pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati.. kami yang semput bagai melukut di kota kedekut kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja pernahkah kau merasa? rumah bocor yang lanjut usia.. baju dan kasut anak yang koyak tinggal dalam rumah yang berasak-asak siang kami sebak, malam kami sesak.. sedangkan kalian manusia angkasa.. istana permata dibina, kereta berjuta dirasa.. elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga.. hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara.. tapi kami masih di sini..di teratak ini.. dengan lauk semalam.. dengan hidangan yang tidak bertalam.. dengan rumah yang suram.. dengan wang yang hampir padam.. tiada istana lawa..tiada kereta berharga.. tiada layanan diraja..tiada baju bergaya tiada kediaman menteri..tiada hidangan v.i.p.. tiada persen di sana-sini..tiada bahagian anak dan bini.. tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara.. aduhai celaka bahasa yang kalian guna.. kalian yang belasah, kami yang bersalah.. kalian buat untung, hutang kami tanggung.. kalian mewah melimpah, kami susah parah kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang.. kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa.. kalian makan isi, kami dijadikan abdi.. lantas, kalian rampas lagi subsidi.. ke mana wang itu pergi nanti? jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami.. jika tidak pun buat gula konon merbahaya mengapa tidak beras diturun harga? jika tidak untuk minyak kereta.. mengapa tambang tidak potong sahaja.. tapi entah berapa kali janji.. konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti.. hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi.. kami terus termanggu di sini.. kalian juga yang nikmati.. kami hanya menggigit jari.. kembalikanlah kepada kami harta negara.. jangan hanya kalian sahaja yang merasa.. dr maza July 2010 |
Mana pergi subsidi kami
Tuesday, July 20, 2010
Melalui
INFO DPPSA
|
pada
2:39 PM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
▼
2010
(1112)
-
▼
July
(89)
- Penipuan Ling liong sik : Bodoh Sangatkah Jemaah M...
- PROGRAM PUTERI UMNO DI UITM SHAH ALAM
- Pilihan raya, anda silap sikit Muhyiddin
- Jambori Unit Amal 2010 bahagian 2
- Nazir Bela Najib tentang FDI?
- Kenangan Jambori Amal
- Tolak isu perpaduan, fokus 'sistem dua parti'
- Mana pergi subsidi kami
- Bekas duta: Anwar akan terus dihumban ke penjara?
- Ubah Gaya Hidup Atau Kerajaan ?
- Isu Pasir: 'Jangan tunduk pada pembangkang'
- Patutlah Mahathir Asyik Mempertahankan Najib
- Kuliah Haraki Di Dewan Bestari
- Kenyataan Noh Omar salah dari segi fakta
- Penyelarasan Semula Subsidi: Sebuah Puisi ...
- Kempen bantah kenaikan harga barang 28 Julai
- Najib Masuk Bakul Angkat Diri Sendiri
- KETIKA RAKYAT DISUSAHKAN, MEREKA MERANCANG UNTUK M...
- Subsidi Rakyat "Berkira", Bayar APCO "Berapa saja"
- Pendirian Pas Jelas Mengenai "Perpaduan"
- 5 naik serentak, rakyat tanggung beban
- Bermula Sebuah Kenaikan
- Isu Pasir Selangor dan Akhbar Parti : Pendekatan L...
- TOLL COLLECTION ON KEMUNING-SHAH ALAM HIGHWAY TO S...
- Usul lantik ADUN BN ketuai PAC S'gor dilulus
- apa perancis nak kata???
- Permit penerbitan Harakah diperbaharui
- MB: TPM subahat jika tak tangkap pencuri pasir
- Pasir: Laporan media salah fakta, tidak benar
- Saman ekor macam 'ISA kedua'
- Mahfuz: Umno 'demam', tuduh sesat tapi pelawa
- Adolf Hitler : Fakta yang jarang diketahui
- Waspada Dengan Strategi Licik BN
- Najib Kecut, Pendakwaraya Perancis Bakal Soal Bala...
- Penjelasan Isu Pasir Oleh MB Selangor
- Isu Felda : Najib Atur Mesyuarat Sulit Di Pejabat ...
- Cadangan Terminal Bas Baru di Shah Alam
- Ibtila' di Jalan Dakwah
- Kewangan Petronas Semakin Kritikal
- Mangsa tembakan di Johor tuntut keadilan
- Pengembaraan berliku PI Bala selamatkan diri
- Najib mahu rakyat buta maklumat sebelum PRU 13
- PI Bala dakwa Razak Baginda tak bersalah
- Bantah ETS, 300 Pekerja KTMB Berpiket
- RM41 juta untuk projek 'gajah putih' Putrajaya
- Judi Sukan, Pendirian Najib Tidak Tetap
- Mengapa Terminal LCCT baru sampai RM 1bilion?
- Felda: Serah surat debat pada Ahmad esok
- Parti Baru Ditubuh Di Sarawak, Taib Mahmud Berdepa...
- 257,000 anak luar nikah membimbangkan
- Jentera Pemuda bersedia, pilihan raya makin hampir
- Dedahkan laporan audit perjanjian air! - MTUC
- Najib 'flip-flop' lagi dalam hal ekonomi
- kerajaan dapat $1.00 pendapatan daripada judi teta...
- Bala, Raja Petra ada ‘kunci peti rahsia' kabinet N...
- PSG: Gadis Penan terus diperkosa pembalak
- Hanya Janji Pendekar Bujang Lapok, Jangan Percaya BN
- Yusof Wahad tunggu rumah PPRT dijanji Umno
- Putrajaya sambung khidmat APCO setahun lagi
- Adakah Negara Islam retorik kita?
- Malaysia jual gula bersubsidi pada Singapura?
- Zaid 'belanja' Raja Petra, Bala ais kacang
- Sesat: Salahuddin cabar Shafie debat
- Usaha 'pasar malam' Malaysia di ekspo dunia
- Perhimpunan Bersih II Dicadang Selepas Parlimen Bubar
- Judi: Pemuda PAS berkonvoi ke puncak Genting
- Judi sukan: Keputusan di tangan kabinet bukan Umno
- 23 Dalam Setiap 100 Rakyat Sabah Miskin Di Bawah U...
- Pakatan fail usul tergempar permit Suara Keadilan
- Felda Rosak Di Tangan Najib
- Nik Aziz dedah media ada agenda tersembunyi
- Lebih 3,000 sertai himpunan Tak Nak Judi
- Perjanjian air Selangor dengan Syabas - Tipu rakya...
- Pilihan raya pada September?
- Petronas tak perlu bayar RM30b dividen setahun
- Zahid Ugut SPRM Jangan Siasat Skandal Scorpene?
- PKR: Orang Asli bukan lagi 'fixed deposit' BN
- Parti Islam Se-Malaysia Selar Tindakan Kerajaan Me...
- Judi: Vincent Tan lebih berani dari Najib
- PM 'membisu' kos bawa Rosmah ke New York
- Umno guna APCO serang saya - Anwar
- Bala: Deepak, Rosmah 'taja' lawatan saya ke London
- No title
- UMNO Putera keringkan wang Felda
- Aziz Bari: Tukar sekali SUK, pegawai kewangan
- Razaleigh pengerusi jawatankuasa tuntut royalti
- Satu Lagi Serangan BN: Dua ADUN PR Selangor dipang...
- SPRM tak jadi wawancara PI Bala di London
- Zaid: Jumpa Raja Petra tak salah
-
▼
July
(89)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
0 Komen:
Post a Comment