Berucap di perhimpunan tersebut Pengerusi GMJ Cikgu Azmi bin Abd Hamid, Setiausaha Suhaizan Kayat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hasan.
Pada himpunan itu juga turut dilancarkan kempen Tak Nak Judi dan buku Tak Nak Judi.
Gerakan Membantah Judi juga tidak akan berkompromi dengan segala bentuk judi yang melibatkan kanak-kanak dan belia sebelum ianya membarah dalam masyarakat.
Azmi berkata, lesen berkaitan judi meliabatkan golongan berkenaan mesti dihentikan serta-merta.
"Ada pun judi yang melibatkan kanak-kanak dan belia, yang itu memang sama sekali kita tidak ada kompromi.
"Sudah sampai masanya generasi muda mesti dibersihkan daripada judi dan sebarang lesen yang berkaitan judi yang membolehkan kanak-anak dan belia terlibat dengan judi, kita mesti hentikan serta merta tanpa kompromi kerana kanak-kanak tidak tahu apa-apa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media ringkas selepas selesai merasmikan perhimpunan Tak Nak Judi di perkarangan Masjid Negara petang tadi.
"Jadi kita akan teruskan kempen ini sepanjang tahun sehingga tahun hadapan. Kita akan bagi kesedaran kepada kaum ibu, golongan profesional dan pekerja-pekerja melalui progaram ceramah, edar risalah dn poster dan akan dilakukan di setiap negeri," katanya lagi.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudi Hassan dalam pidatonya berkata, atas dasar agama, GMJ bertanggungjawab menyedarkan rakyat bahawa judi merupakan amalan yang ditolak oleh semua agama, apatah lagi bagi yang beragama Islam.Turut berucap di himpunan itu termasuk ketua penerangan pemuda PAS, Suhaizan Kaiyat yang juga setiausaha GMJ, Ketua Pemuda PKR Syamsul Iskandar Mat Akin, selain wakil daripada Jemaah Islah Malaysia (Jim), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan juga Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Mengggamatkan suasana apabila Shamsul melaungkan 'Najib judi, Rosmah judi, Umno pun judi'.Himpunan berkenaan berakhir kira-kira jam enam petang dengan bacaan doa oleh exco pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz



HTTP adalah singkatan dari HyperText Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc).
0 Komen:
Post a Comment