Tujuh mangsa Penan yang dirogol dan dicabuli oleh pembalak di Baram, Sarawak tampil menuntut keadilan. Pen Menurut PSG, wanita Penan secara sistematik diperkosa pembalak di Baram dan ia masih berterusan meskipun dinafikan oleh kerajaan negeri Sarawak dan polis pula didakwa gagal bertindak. Me Laporan PSG berkata berikutan desakan ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, kerajaan akhirnya menubuhkan pasukan penyelidik dan hasil siasatan mereka mengesahkan terdapat lapan kejadian yang di mana gadis Penan termasuk seorang kanak-kanak sekolah berusia 10 tahun dijadikan mangsa seks. PSG kemudiannya membuat siasatan sendiri selepas pihak polis memungkiri janji mereka untuk menyiasat serangan seksual oleh pembalak ke atas gadis Penan atas alasan kekurangan dana. Diperkosa pembalak Mereka melawat Long Lamam, Long Ajeng and Long Mobui, selama seminggu pada November lalu dan mendengar rintihan daripada masyarakat Penan yang terdiri daripada 13 komuniti yang berhimpun dari sekitar Baram. K Gadis paling muda daripada tujuh mangsa itu berkata dia hanya berusia 14 tahun apabila diserang. Selain tujuh mereka, lapan yang lain yang disahkan oleh kerajaan juga diperkosa. Pemerkosaan gadis dan wanita Penan mendapat bantahan antarabangsa tetapi ditolak oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud yang sebaliknya memberi amaran: ”semak maklumat anda atau tidak anda akan dituduh cuba mensabotaj kami”. Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Datuk Seri James Masing, memberitahu BBC bahawa “masyarakat Penan pandai mereka cerita' dan mendakwa hubungan seks bebas di kalangan masyarakat Penan adalah sesuatu yang lazim. Me “Bagi saya, laporan gadis Penan dicabul itu tidak benar”. Cerita dirogol Berikut catatan tiga daripada tujuh laporan yang dikemukakan oleh mangsa yang dirogol berkenaan. Cerita J Menurut laporan PSG, J adalah gadis Penan yang berusia 23 tahun. Dia anak anak gadis tunggal dan sering-kali dibiarkan keseorangan apabila anggota keluarganya keluar memburu. Menurut J, kebanyakan pembalak akan singgah di perkampungannya dalam keadaan mabuk dan menimbulkan huru-hara. Pembalak itu pernah melamarnya tetapi ditolak dan lelaki itu pergi ke rumahnya dan merogolnya. J tidak memberitahu keluarganya kerana takut mereka dibunuh oleh pembalak itu. Selepas dirogol, menurut J, pembalak itu terus memaksanya supaya berkahwin dan dia akhirnya bersetuju kerana bimbangkan keselamatan keluarganya. Kata J, dia didera secara fizikal dan psikologi dan sekiranya menolak permintaan seks pembalak itu, dia dipukul dengan sebatang kayu. Apabila J mengandung pada 2003, dia dihantar ke kampungnya dan pembalak itu menghilangkan diri. Anaknya kini berusia tujuh tahun. Cerita A A diculik bersama adiknya oleh dua pembalak yang menceroboh rumah mereka pada 2001. Kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke kem pembalakan. A kini sakit dan anak luar nikahnya itu dijaga oleh kakaknya. Dia ingin membuat laporan polis tetapi tidak tahu caranya dan tidak mempunyai wang untuk tambang ke balai polis. Nasib adik A juga tidak diketahui sehingga hari ini. A tidak pasti tetapi berpendapat adiknya yang diculik itu masih di kem pembalakan berkenaan. Cerita E E di Kebanyakan penduduk kampung marah tetapi tidak berdaya berbuat apa-apa kerana syarikat pembalakan itu terlalu 'berkuasa' dan mendakwa polis sentiasa di pihak mereka. [Baca berita penuh] | ||||||||
-Malaysia Kini |
PSG: Gadis Penan terus diperkosa pembalak
Wednesday, July 7, 2010
Melalui
INFO DPPSA
|
pada
8:44 AM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
▼
2010
(1112)
-
▼
July
(89)
- Penipuan Ling liong sik : Bodoh Sangatkah Jemaah M...
- PROGRAM PUTERI UMNO DI UITM SHAH ALAM
- Pilihan raya, anda silap sikit Muhyiddin
- Jambori Unit Amal 2010 bahagian 2
- Nazir Bela Najib tentang FDI?
- Kenangan Jambori Amal
- Tolak isu perpaduan, fokus 'sistem dua parti'
- Mana pergi subsidi kami
- Bekas duta: Anwar akan terus dihumban ke penjara?
- Ubah Gaya Hidup Atau Kerajaan ?
- Isu Pasir: 'Jangan tunduk pada pembangkang'
- Patutlah Mahathir Asyik Mempertahankan Najib
- Kuliah Haraki Di Dewan Bestari
- Kenyataan Noh Omar salah dari segi fakta
- Penyelarasan Semula Subsidi: Sebuah Puisi ...
- Kempen bantah kenaikan harga barang 28 Julai
- Najib Masuk Bakul Angkat Diri Sendiri
- KETIKA RAKYAT DISUSAHKAN, MEREKA MERANCANG UNTUK M...
- Subsidi Rakyat "Berkira", Bayar APCO "Berapa saja"
- Pendirian Pas Jelas Mengenai "Perpaduan"
- 5 naik serentak, rakyat tanggung beban
- Bermula Sebuah Kenaikan
- Isu Pasir Selangor dan Akhbar Parti : Pendekatan L...
- TOLL COLLECTION ON KEMUNING-SHAH ALAM HIGHWAY TO S...
- Usul lantik ADUN BN ketuai PAC S'gor dilulus
- apa perancis nak kata???
- Permit penerbitan Harakah diperbaharui
- MB: TPM subahat jika tak tangkap pencuri pasir
- Pasir: Laporan media salah fakta, tidak benar
- Saman ekor macam 'ISA kedua'
- Mahfuz: Umno 'demam', tuduh sesat tapi pelawa
- Adolf Hitler : Fakta yang jarang diketahui
- Waspada Dengan Strategi Licik BN
- Najib Kecut, Pendakwaraya Perancis Bakal Soal Bala...
- Penjelasan Isu Pasir Oleh MB Selangor
- Isu Felda : Najib Atur Mesyuarat Sulit Di Pejabat ...
- Cadangan Terminal Bas Baru di Shah Alam
- Ibtila' di Jalan Dakwah
- Kewangan Petronas Semakin Kritikal
- Mangsa tembakan di Johor tuntut keadilan
- Pengembaraan berliku PI Bala selamatkan diri
- Najib mahu rakyat buta maklumat sebelum PRU 13
- PI Bala dakwa Razak Baginda tak bersalah
- Bantah ETS, 300 Pekerja KTMB Berpiket
- RM41 juta untuk projek 'gajah putih' Putrajaya
- Judi Sukan, Pendirian Najib Tidak Tetap
- Mengapa Terminal LCCT baru sampai RM 1bilion?
- Felda: Serah surat debat pada Ahmad esok
- Parti Baru Ditubuh Di Sarawak, Taib Mahmud Berdepa...
- 257,000 anak luar nikah membimbangkan
- Jentera Pemuda bersedia, pilihan raya makin hampir
- Dedahkan laporan audit perjanjian air! - MTUC
- Najib 'flip-flop' lagi dalam hal ekonomi
- kerajaan dapat $1.00 pendapatan daripada judi teta...
- Bala, Raja Petra ada ‘kunci peti rahsia' kabinet N...
- PSG: Gadis Penan terus diperkosa pembalak
- Hanya Janji Pendekar Bujang Lapok, Jangan Percaya BN
- Yusof Wahad tunggu rumah PPRT dijanji Umno
- Putrajaya sambung khidmat APCO setahun lagi
- Adakah Negara Islam retorik kita?
- Malaysia jual gula bersubsidi pada Singapura?
- Zaid 'belanja' Raja Petra, Bala ais kacang
- Sesat: Salahuddin cabar Shafie debat
- Usaha 'pasar malam' Malaysia di ekspo dunia
- Perhimpunan Bersih II Dicadang Selepas Parlimen Bubar
- Judi: Pemuda PAS berkonvoi ke puncak Genting
- Judi sukan: Keputusan di tangan kabinet bukan Umno
- 23 Dalam Setiap 100 Rakyat Sabah Miskin Di Bawah U...
- Pakatan fail usul tergempar permit Suara Keadilan
- Felda Rosak Di Tangan Najib
- Nik Aziz dedah media ada agenda tersembunyi
- Lebih 3,000 sertai himpunan Tak Nak Judi
- Perjanjian air Selangor dengan Syabas - Tipu rakya...
- Pilihan raya pada September?
- Petronas tak perlu bayar RM30b dividen setahun
- Zahid Ugut SPRM Jangan Siasat Skandal Scorpene?
- PKR: Orang Asli bukan lagi 'fixed deposit' BN
- Parti Islam Se-Malaysia Selar Tindakan Kerajaan Me...
- Judi: Vincent Tan lebih berani dari Najib
- PM 'membisu' kos bawa Rosmah ke New York
- Umno guna APCO serang saya - Anwar
- Bala: Deepak, Rosmah 'taja' lawatan saya ke London
- No title
- UMNO Putera keringkan wang Felda
- Aziz Bari: Tukar sekali SUK, pegawai kewangan
- Razaleigh pengerusi jawatankuasa tuntut royalti
- Satu Lagi Serangan BN: Dua ADUN PR Selangor dipang...
- SPRM tak jadi wawancara PI Bala di London
- Zaid: Jumpa Raja Petra tak salah
-
▼
July
(89)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
0 Komen:
Post a Comment