Zahid Ugut SPRM Jangan Siasat Skandal Scorpene?

Sunday, July 4, 2010
SHAH ALAM 3 Julai - Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menganggap kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu pembelian kapal selam Scorpene tidak perlu di bawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai satu bentuk ugutan dan tidak bertanggungjawab.

Ketika dihubungi Suara Keadilan, Shamsul Iskandar berkata kenyataan Ahmad Zahid itu secara jelas cuba melindungi aktiviti jenayah yang membabitkan urusan pembelian kapal selam berkenaan yang menelan kira-kira RM6.7 bilion dana awam.


"Kenyataan Zahid bercanggah dengan pendirian kerajaan Perancis yang menunjukkan tindakan yang lebih berwibawa, hatta dengan menyiasat pembabitan syarikat di negara mereka sendiri dalam urusan pembelian kapal selam ini," kata beliau merujuk kepada ketegasan pihak berkuasa Perancis yang menyerbu syarikat pengeluar senjata, DCNS dan Industri Thales awal bulan lalu bagi menyiasat penjualan kapal selam berkenaan kepada kerajaan Malaysia.

Pembelian kapal selam Scorpene itu melibatkan pembayaran komisyen berjumlah 114 juta euro (RM575 juta) yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki kenalan rapat kepada Najib, Abdul Razak Baginda.

Mac lalu, pejabat pendakwaraya Paris memulakan siasatan berhubung penjualan kapal selam tersebut pada tahun 2002 ekoran aduan badan hak asasi manusia dari Malaysia, Suaram.

Suaram mendakwa Armaris, anak syarikat Thales dan DCN membayar komisyen tersebut kepada syarikat Malaysia, Perimekar kepunyaan Razak Baginda ketika Najib menjawat Menteri Pertahanan.

"Zahid cuba sembunyikan sesuatu kepada khalayak ramai kerana ingin menutup perlakuan jenayah dalam isu pembelian kapal selam ini. Kita minta ketegasan SPRM supaya tidak mendengar kenyataan Zahid yang menyatakan bahawa SPRM tidak perlu menyiasat kes ini,"ujar Shamsul Iskandar yang juga seorang peguam.

Menurut beliau, kenyataan Ahmad Zahid seolah merupakan arahan kepada SPRM supaya tidak bertindak terhadap pembelian kapal selam yang menelan berbilion ringgit wang rakyat itu.

"Saya cabar SPRM supaya tidak mengendahkan ugutan Zahid dan teruskan siasatan pembelian Scorpene ini. Saya ingin melihat ketegasan SPRM seperti mana yang dilakukan terhadap wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat di Selangor SPRM ambil tindakan unsur kapal selam.

"Kenyataan Zahid tidak boleh menghalang SPRM menutup apa yang berlaku dalam proses pembelian kapal selam yang menimbulkan pelbagai persoalan," ujarnya.

Mengulas kenyataan Ahmad Zahid bahawa pembelian kapal selam pada 2002 itu dibuat mengikut prosedur, Shamsul Iskandar meminta supaya menteri tersebut tidak berterusan membohongi rakyat di negara ini.

"Kita minta Zahid jangan perbodohkan rakyat, dia sepatutnya malu dengan ketegasan yang diambil oleh kerajaan Perancis dalam menyiasat skandal pembelian kapal selam berkenaan. Ini secara jelas menunjukkan dia cuba melindungi Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang dahulunya Menteri Pertahanan dan kroninya Abdul Razak Baginda  yang sebelum ini dikaitkan dengan pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu," tegas beliau lagi.

-Suara Keadilan

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]