257,000 anak luar nikah membimbangkan
Thursday, July 8, 2010KUALA LUMPUR, 7 Julai: Sejumlah 257,000 kelahiran tanpa bapa yang didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara tahun 2000 hingga Julai 2009 wajar membimbangkan semua pihak berwajib, kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.
Ini kerana, menurut beliau, sebanyak 30,978 kelahiran yang terdaftar membabitkan bayi beragama Islam.
"Bagi saya, semua pihak perlu bertanggungjawab, kerajaan perlu melaksanakan undang-undang yang lebih ketat, ibu bapa perlu ajar agama pada anak-anak," jelas beliau ketika mengulas pendedahan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berhubung perkara itu pada 1 Julai lalu.
Sedangkan, menurut beliau, perangkaan kelahiran tanpa bapa mengikut beberapa agama yang lain adalah 18,085 bayi beragama Hindu; 17,236 (Buddha); dan 3,395 (Kristian).
Melihat pada perangkaan rasmi JPN itu, beliau mencadangkan supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil langkah yang lebih dinamik sebagaimana yang diperkenalkan oleh Islam.
"Tak cukup dengan menyediakan khidmat kaunseling dan apa yang sedia ada selagi kementerian wanita tak laksanakan pendidikan Islam dan kempen-kempen yang dinamik supaya rakyat tinggalkan aktiviti penzinaan ini," tegas beliau yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat.
Tambahnya, sistem pendidikan yang tidak melahirkan rasa takut kepada Allah menyebabkan mereka yang terbabit tidak gentar dengan undang-undang ciptaan manusia.
"Undang-undang yang ada memang tak menakutkan penzina-penzina ini, kerajaan wajar mengkaji dan jelaskan apakah keindahan dan hikmah di sebalik undang-undang Allah kepada semua rakyat untuk mereka membuat pertimbangan," tambah beliau sambil menyeru kerjaaan melihat inisiatif yang cuba dilaksanakan oleh PAS di Kelantan dan Terengganu sebelum ini.
Dari segi yang lain, beliau turut mengkritik amalan meletakkan mahar atau 'hantaran' yang agak tinggi sehingga menyukarkan pasangan yang mahu hidup secara beragama dengan berkahwin.
Lanjutan itu, beliau mencadangkan kementerian berusaha untuk mengubah budaya itu, selain meneruskan kempen hidup secara sihat yang sedia ada.
Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin pula menyalahkan Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kerana gagal membentangkan dasar pembangunan wanita yang lebih komprehensif untuk menangani gejala sosial seperti penzinaan ini.
"Sudah lama saya membangkitkan soal dasar wanita di Dewan Rakyat, tetapi menteri ini tidak layan," ujar beliau dalam nada yang kesal.
Akibatnya, insiden seperti gadis-gadis Penan yang dirogol oleh para peneroka balak seperti yang dibangkitkan di Dewan Rakyat sebelum ini terus berpanjangan.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan sikap sambil lewa menteri sebagai mengkhianati rakyat serta mengajak kaum wanita memilih kepemimpinan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.
-Harakah Daily
Melalui
INFO DPPSA
|
pada
8:39 AM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
▼
2010
(1112)
-
▼
July
(89)
- Penipuan Ling liong sik : Bodoh Sangatkah Jemaah M...
- PROGRAM PUTERI UMNO DI UITM SHAH ALAM
- Pilihan raya, anda silap sikit Muhyiddin
- Jambori Unit Amal 2010 bahagian 2
- Nazir Bela Najib tentang FDI?
- Kenangan Jambori Amal
- Tolak isu perpaduan, fokus 'sistem dua parti'
- Mana pergi subsidi kami
- Bekas duta: Anwar akan terus dihumban ke penjara?
- Ubah Gaya Hidup Atau Kerajaan ?
- Isu Pasir: 'Jangan tunduk pada pembangkang'
- Patutlah Mahathir Asyik Mempertahankan Najib
- Kuliah Haraki Di Dewan Bestari
- Kenyataan Noh Omar salah dari segi fakta
- Penyelarasan Semula Subsidi: Sebuah Puisi ...
- Kempen bantah kenaikan harga barang 28 Julai
- Najib Masuk Bakul Angkat Diri Sendiri
- KETIKA RAKYAT DISUSAHKAN, MEREKA MERANCANG UNTUK M...
- Subsidi Rakyat "Berkira", Bayar APCO "Berapa saja"
- Pendirian Pas Jelas Mengenai "Perpaduan"
- 5 naik serentak, rakyat tanggung beban
- Bermula Sebuah Kenaikan
- Isu Pasir Selangor dan Akhbar Parti : Pendekatan L...
- TOLL COLLECTION ON KEMUNING-SHAH ALAM HIGHWAY TO S...
- Usul lantik ADUN BN ketuai PAC S'gor dilulus
- apa perancis nak kata???
- Permit penerbitan Harakah diperbaharui
- MB: TPM subahat jika tak tangkap pencuri pasir
- Pasir: Laporan media salah fakta, tidak benar
- Saman ekor macam 'ISA kedua'
- Mahfuz: Umno 'demam', tuduh sesat tapi pelawa
- Adolf Hitler : Fakta yang jarang diketahui
- Waspada Dengan Strategi Licik BN
- Najib Kecut, Pendakwaraya Perancis Bakal Soal Bala...
- Penjelasan Isu Pasir Oleh MB Selangor
- Isu Felda : Najib Atur Mesyuarat Sulit Di Pejabat ...
- Cadangan Terminal Bas Baru di Shah Alam
- Ibtila' di Jalan Dakwah
- Kewangan Petronas Semakin Kritikal
- Mangsa tembakan di Johor tuntut keadilan
- Pengembaraan berliku PI Bala selamatkan diri
- Najib mahu rakyat buta maklumat sebelum PRU 13
- PI Bala dakwa Razak Baginda tak bersalah
- Bantah ETS, 300 Pekerja KTMB Berpiket
- RM41 juta untuk projek 'gajah putih' Putrajaya
- Judi Sukan, Pendirian Najib Tidak Tetap
- Mengapa Terminal LCCT baru sampai RM 1bilion?
- Felda: Serah surat debat pada Ahmad esok
- Parti Baru Ditubuh Di Sarawak, Taib Mahmud Berdepa...
- 257,000 anak luar nikah membimbangkan
- Jentera Pemuda bersedia, pilihan raya makin hampir
- Dedahkan laporan audit perjanjian air! - MTUC
- Najib 'flip-flop' lagi dalam hal ekonomi
- kerajaan dapat $1.00 pendapatan daripada judi teta...
- Bala, Raja Petra ada ‘kunci peti rahsia' kabinet N...
- PSG: Gadis Penan terus diperkosa pembalak
- Hanya Janji Pendekar Bujang Lapok, Jangan Percaya BN
- Yusof Wahad tunggu rumah PPRT dijanji Umno
- Putrajaya sambung khidmat APCO setahun lagi
- Adakah Negara Islam retorik kita?
- Malaysia jual gula bersubsidi pada Singapura?
- Zaid 'belanja' Raja Petra, Bala ais kacang
- Sesat: Salahuddin cabar Shafie debat
- Usaha 'pasar malam' Malaysia di ekspo dunia
- Perhimpunan Bersih II Dicadang Selepas Parlimen Bubar
- Judi: Pemuda PAS berkonvoi ke puncak Genting
- Judi sukan: Keputusan di tangan kabinet bukan Umno
- 23 Dalam Setiap 100 Rakyat Sabah Miskin Di Bawah U...
- Pakatan fail usul tergempar permit Suara Keadilan
- Felda Rosak Di Tangan Najib
- Nik Aziz dedah media ada agenda tersembunyi
- Lebih 3,000 sertai himpunan Tak Nak Judi
- Perjanjian air Selangor dengan Syabas - Tipu rakya...
- Pilihan raya pada September?
- Petronas tak perlu bayar RM30b dividen setahun
- Zahid Ugut SPRM Jangan Siasat Skandal Scorpene?
- PKR: Orang Asli bukan lagi 'fixed deposit' BN
- Parti Islam Se-Malaysia Selar Tindakan Kerajaan Me...
- Judi: Vincent Tan lebih berani dari Najib
- PM 'membisu' kos bawa Rosmah ke New York
- Umno guna APCO serang saya - Anwar
- Bala: Deepak, Rosmah 'taja' lawatan saya ke London
- No title
- UMNO Putera keringkan wang Felda
- Aziz Bari: Tukar sekali SUK, pegawai kewangan
- Razaleigh pengerusi jawatankuasa tuntut royalti
- Satu Lagi Serangan BN: Dua ADUN PR Selangor dipang...
- SPRM tak jadi wawancara PI Bala di London
- Zaid: Jumpa Raja Petra tak salah
-
▼
July
(89)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
0 Komen:
Post a Comment