Bantah ETS, 300 Pekerja KTMB Berpiket

Thursday, July 8, 2010
Kira-kira 300 ahli Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) berpiket depan ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di ibu negara berikutan tindakan syarikat itu menubuhkan sebuah anak syarikat sebagai pengendali perkhidmatan tren elektrik (ETS).

Kumpulan pekerja terbabit melaungkan desakan supaya Presiden KTMB, Dr Aminuddin Adnan meletak jawatan.

Presiden RUM, Abdul Razak Md Hasan memberi  tempoh 30 hari kepada Dr Aminuddin untuk meletak jawatan.



Jika Dr Aminuddin enggan berbuat demikian, Abdul Razak berharap Kementerian Kewangan akan menamatkan kontrak presiden KTMB itu.

"Beliau tidak layak, tidak mempunyai kredibiliti malah hubungan dengan kesatuan sudah terputus terus. Malah kami menekankan, kami telah menutup pintu untuk berbincang dengan Presiden KTMB.

"Kami mengharapkan ETS ini dibatalkan, dimasukkan ke dalam KTMB balik dan diuruskan oleh KTMB. Jangan bazirkan duit rakyat. Bukan wang presiden KTM Berhad," kata Abdul Razak Md Hasan, Presiden RUM.

Ahli kesatuan itu berkumpul di stesen komuter Kuala Lumpur pada jam 5 petang sebelum  berarak mengikut laluan bawah tanah dan berkumpul semula di hadapan ibu pejabat KTMB di Jalan Hishamuddin.

Mereka berbaris di sepanjang jalan di hadapan ibu pejabat KTMB sambil melaungkan slogan mengkritik  keputusan Dr Aminuddin menganaksyarikatkan ETS.

Turut menyertai perhimpunan  ialah Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud dan ahli parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid.

Syed Syahir berharap menteri berkaitan  campur tangan bagi memastikan majikan mendengar rintihan dan suara  pekerja.

"Pada pandangan saya, adalah penting pihak pengurusan memberikan peluang wakil pekerja untuk memberikan pendapat mereka. Tentulah kadang-kadang ada pendapat positif. Bagi pekerja dia takut kalau ada satu hal menjejaskan kepentingan mereka.

"Ada company, buat satu company lagi, adakah dia dapat kerja lagi," kata Syed Syahir Syed Mahmud, Presiden MTUC yang meminta menteri mengadakan dialog mencari satu jalan penyelesaian," kata Syed Syahir Syed Mahmud, Presiden MTUC.

Dr. Aminuddin dan pegawai eksekutif KTMB lain bagaimanapun tidak kelihatan, malah pintu depan ibu pejabat KTMB ditutup dan dikawal oleh pengawal keselamatan.

-TV Selangor

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]