Pasir: Laporan media salah fakta, tidak benar

Wednesday, July 14, 2010
Ismail Hashim   
SHAH ALAM, 14 Julai: Beberapa akhbar utama negara hari ini telah memberikan ruang besar untuk ulasan pemimpin BN terutama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai isu pasir di Selangor.
Malangnya, ulasan mereka berdasarkan laporan akhbar pada 12 Julai yang salah fakta dan jauh dari kebenaran kerana kegiatan melombong pasir di Bukit Changgang, Dengkil itu dijalankan secara sah dan diuruskan oleh syarikat milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Dr Yaakob Sapari (gambar) menafikan berita itu ketika sesi penggulungan bajet tambahan peruntukan pembangunan 2010 di dalam sidang Dun yang berlangsung hari ini.
"Media menyiarkan kenyataan serta gambar lokasi perlombongan yang tidak benar sedangkan aktiviti perlombongan yang dijalankan adalah sah serta diuruskan KSSB," tegasnya.
Dua hari lepas, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan akhbar yang menjelaskan secara terperinci mengenai kegiatan itu yang dimanipulasi oleh pembangkang Selangor dengan pendedahan dibuat oleh bekas menteri besar, Dr Khir Toyo.
Khalid berkata, laporan mengenai perlombongan pasir yang disiarkan akhbar adalah tidak benar kerana fakta-fakta yang diberikan kepada media adalah salah.

Berdasarkan gambar yang disiarkan akhbar, KSSB pasti gambar itu diambil di sekitar lombongnya yang mempunyai permit sah di Kampung Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat, bukannya di Bukit Canggang.
Permit melombong pasir di kawasan itu yang dikeluarkan pentadbir Tanah Kuala Langat sejak Januari 2010 selepas mendapat kelulusan jabatan teknikal termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains, Lembaga Urus Air Selangor, Majlis Daerah Kuala Langat dan pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat.
Kelulusan dari jabatan itu diperolehi selepas Skim Melombong (mining Scheme) dan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diluluskan oleh jabatan-jabatan berkenaan.
Operasi perlombongan dijalankan selepas JAS dan LUAS berpuashati dengan EMP yang disediakan oleh KSSB. Antara kandungan EMP adalah operasi perlombongan KSSB tidak jejaskan alam sekitar termasuklah Paya Indah Wetlands.
Syarikat perunding, Enviro Enhance Sdn Bhd juga bertanggungjawab menghantar laporan setiap bulan kepada JAS.
KSSB juga menyediakan zon penampan selebar 20 meter dari sempadan kawasan melombong. Kecerunan tebing yang landai dengan purata 27 darjah disediakan untuk memastikan tebing tidak runtuh dan membahayakan pekerja serta alam sekitar. Ini adalah mengikut Skim Melombong yang memenuhi syarat JMG.
Lombong KSSB ini adalah seluas 120 ekar, bukannya 120 hektar (250 ekar) seperti yang dilaporkan oleh akhbar.
Operasi fasa pertama hanyalah seluas sekitar 60 ekar. Operasi fasa kedua pula sedang dalam proses pembersihan kawasan.
Kerja-kerja melombong telah diberikan kepada syarikat kontraktor, Cheong Weng Trading yang berpengalaman selama 15 tahun dalam industri pasir.
Semenjak operasi bermula pada Januari 2010, sebanyak 400,000 tan metrik pasir telah dijual dengan pendapatan sekitar RM7 juta bukannya 10 juta tan pasir bernilai RM220 juta seperti yang dilaporkan akhbar.
Adalah tidak munasabah untuk mengeluarkan 10 juta tan dalam masa 2 minggu seperti yang dilaporkan kerana untuk mengeluarkan pasir sebanyak itu memerlukan lebih 500,000 muatan lori.
Jentera-jentera dan peralatan melombong tidak berkemampuan untuk mengeluarkan 10 juta tan pasir dalam masa 2 minggu.
"Kerajaan Negeri berterima kasih kepada mereka yang prihatin dengan kejadian curi pasir dan kita mencuba sedaya upaya untuk membanteras jenayah ini supaya negeri tidak terus kerugian," tegas Khalid lagi.
Pentadbir Tanah telah mengenal pasti kawasan-kawasan kecurian pasir seluruh Selangor termasuklah di Bukit Canggang dan sedang mengambil tindakan termasuklah memberi Notis 7A di bawah Kanun Tanah Negara.
"Kita juga berharap pihak media lebih berhati-hati dengan fakta yang diberikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan Negeri akan terus menambah baik perlombongan pasir yang menjadi sumber untuk agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor," jelas Abdul Khalid.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]