GAMIS sangat kecewa dengan tindakan tidak profesional pihak UMNO dan pentadbiran UITM yang telah mencemarkan institusi pengajian tinggi tersebut. Tindakan tersebut seolah-olah membuktikan kebenaran tohmahan pelbagai pihak bahawa UITM sememangnya menjadi benteng UMNO selama ini.
"Kita ingin bertanya kepada pihak KPT, sejak bila UITM telah menjadi pusat kaderisasi UMNO secara rasmi? Pihak Kerajaan mesti bertindak dengan adil kepada semua pihak. Mahasiswa sudah muak dengan alasan-alasan pemerintah yang mempergunakan universiti dan mahasiswa demi kepentingan politik murahan. Hentikan amalan politik lama ini atau kamu patut diberhentikan. Kalau nak, bebaskan seluruh institusi dan rakyat Malaysia untuk terlibat dengan politik secara langsung" ujar Mohd Idris, Presiden GAMIS.
Presiden GAMIS yang ditemui turut memberi respons berkaitan kebenaran guru untuk terlibat dalam politik serta kenyataan akhbar Berita Harian hari ini yang memetik pandangan Prof. Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal, Presiden Majlis Persatuan Pegawai AKademik Malaysia (MAAC) berkaitan keperluan pensyarah juga dibenarkan berpolitik.
"Saya menyokong pandangan Prof. Madya Datin Noor Aziah. Pada pendirian GAMIS, kalau benar kerajaan ikhlas, bukan sahaja guru dan pensyarah yang perlu dibenarkan berpolitik, mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia yang lain juga perlu diberi ruang. Tetapi, jangan bertindak "berat sebelah" dan salah gunakan prasarana institusi pengajian tinggi untuk kepentingan politik murahan sebelah pihak sahaja," kata Mohd Idris lagi.
Menurutnya lagi, GAMIS sangat optimis, ini program bukanlah yang pertama dan mungkin akan berlaku lagi aktiviti yang mencemarkan nama baik menara gading sekiranya tidak dibongkar dan dibendung. GAMIS bersama rakan-rakan aktivis daripada pelbagai front yang lain akan terus membongkar penyalahgunaan kuasa pihak-pihak tertentu yang secara jelas mempergunakan institusi pengajian tinggi dan mahasiswa demi politik murahan mereka.
0 Komen:
Post a Comment