Saya telah dimaklumkan bahawa sebuah Terminal Bas baru akan dibina di Shah Alam untuk menggantikan terminal sediada di Seksyen 17. Sememangnya sebuah Terminal baru amat diperlukan kerana yang sediada amatlah daif dan serba kekurangan. Lokasi yang telah dipilih oleh pentadbiran lama adalah tanah yang berada di antara Jalan Subang, Jalan Batu Tiga lama dan Lebuhraya Persekutuan. Tapak yang agak kecil ini dipilih kerana ianya memberi akses yang mudah ke Lebuhraya ke Selatan dan ke Utara/Timur dan dalam masa yang sama ianya berhampiran dengan stesen komuter Batu Tiga.
Fasa kedua pula akan meletakkan blok tambahan di seberang Jalan Subang di tepi Sungai sambil sebuah terowong akan dibina di bawah Jalan Subang untuk menghubungkan Fasa Pertama dan Fasa Kedua.
Memandangkan betapa pentingnya Terminal Bas ini kepada kesinambungan pembangunan setempat dan rakyat Shah Alam sendiri, saya agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa keputusan adalah muktamad dan tender telahpun dipanggil. Menurut maklumat yang telah diterima, sebanyak 33 buah syarikat telah mengambil bahagian dan tawaran sedang dinilai dan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat. Saya bersama YB Rodziah telah bertindak membawa isu ini ke MTES (Majlis Tindakan Ekonomi Selangor) supaya ianya dibincang kembali kerana ianya tidak pernah dimaklumkan sebelum ini.
Dalam mesyuarat MTES yang diadakan, pihak perunding telah gagal menjawab persoalan berhubung kesesakan lalu lintas yang akan terjadi disebabkan lokasi yang dipilih. Semua sedia maklum bahawa dalam keadaan sekarang sekalipun, Jalan Subang adalah teramat sesak, apatah lagi sekiranya Terminal Bas dibina di situ.
Kesudahan Mesyuarat MTES memutuskan supaya satu perbincang khusus akan diadakan secepat mungkin untuk menyelesaikan persoalan ini. YAB MB telah memutuskan bahawa mesyuarat ini akan membincang:-
a) Samada lokasi lain yang lebih sesuai boleh dikenal pasti; danSebagai langkah permulaan, saya meletakkan perkara ini di sini untuk mendapat pandangan dari warga Shah Alam khususnya dan masyarakat umum secara amnya. Pandangan tuan-tuan dan puan-puan semua berhubung isu ini adalah amat dialu-alukan.
b) Sekiranya tiada, maka satu mekanisma bagi mengatasi masalah kesesakan yang bakal terhasil dapat ditentukan
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
0 Komen:
Post a Comment