Parti Islam Se-Malaysia Selar Tindakan Kerajaan Membatalkan Permit Akhbar Suara Keadilan

Sunday, July 4, 2010
Parti Islam Se-Malaysia menyelar tindakan kerajaan membatalkan permit akhbar Suara Keadilan dan turut membidas rancangan Felda menyaman RM200 juta berhubung satu laporan akhbar itu.

Adun Cempaka Iskandar Abdul Samad berkata laporan Suara Keadilan Bil.237 yang bertajuk ‘Felda Bankrap” harus dibaca secara keseluruhan dan dilihat sebagai teguran untuk memperbetulkan Felda dan nasib peneroka yang ramai sedia-maklum bukan golongan berada.

“Saya lihat dari segi undang-undang, Felda hendak saman Keadilan sebanyak RM200 juta, jadi apabila masuk ke mahkamah, lebih banyak perkara akan didedahkan, saya rasa Felda lupa bahawa ini adalah satu bahaya kepada dia juga.


“Kita boleh minta dokumen-dokumen yang sebelum ini disimpan sulit, dengan adanya saman rasmi ini, semuanya akan didedahkan secara lebih terbuka,” katanya.

KDN telah menggantung akhbar PKR - Suara Keadilan berkuatkuasa pada 1 Julai kerana didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. KDN dikatakan tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh tabloid itu dan permit penerbitan tahunannya yang tamat baru-baru ini tidak akan diperbaharui lagi.

Felda juga menyerahkan surat saman kepada  Suara Keadilan atas pendedahan akhbar itu pada 1 Julai lepas bersabit dakwaan salah urus wang badan itu..

“Dari segi penarikan permit Suara Keadilan, permit bagi Suara Keadilan, kalau betul-betul Suara Keadilan bersalah dakwa di mahkamah, selepas dakwa di mahkamah, kalau salah, baru tarik permit tetapi kenapa tidak ada siasatan terhadap Felda, kenapa terus tarik permit dan ini adalah bertentangan dengan demokrasi,” katanya.

-TV Selangor

0 Komen:

Post a Comment

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]