Razaleigh pengerusi jawatankuasa tuntut royalti

Thursday, July 1, 2010
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR 1 Julai: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (kiri) akan mempengerusikan sebuah jawatankuasa bagi menuntut hak royalti minyak dan menilai semula hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan pada minggu hadapan.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (kanan)memberitahu, Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh semalam dan beliau telah menyatakan persetujuan berhubung perkara itu.
"Kita telah mengadakan pertemuan dengan Yang Berhormat Mulia Tengku Razaliegh, dan beliau bersetuju untuk mengetuai Kaukus ini, tetapi ia tidak hanya tertumpu kepada isu royalti sahaja, bahkan akan menyentuh hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan negeri.
“Beliau akan memanggil Ahli Parlimen dari semua parti termasuk dari negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen petang semalam.
Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS memaklumkan demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh bagi membincangkan penubuhan Kaukus tersebut di sebuah tempat di Kuala Lumpur, sebelum itu.

Antara yang bersamanya dalam pertemuan tersebut adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abd Halim Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar.
Ketika ditanya mengenai ahli parlimen yang akan menyertai Kaukus Parlimen tersebut, Salahuddin menjelaskan bahawa mereka akan membuat pengumuman mengenainya dan akan mengadakan sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat tersebut di Parlimen, minggu hadapan.
"Kita sedang bincangkan tajuknya. Mungkin kita akan guna 'Petroleum dan Semangat Federalisme'," katanya.
Beliau berpandangan, penyertaan Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas akan memberikan fokus yang lebih kepada isu-isu melibatkan kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri.
Ini berikutan apa yang dianggap beliau sebagai kepudaran dan kelonggaran terhadap prinsip-prinsip dan semangat 'federalisme' sehingga menyebabkan seolah-olah kuasa kerajaan negeri semakin terhakis.
Ketika ditanya mengenai kempen Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) yang dimulakan di Kelantan bagi menuntut hak royalti minyak bagi negeri tersebut, beliau memaklumkan bahawa kempen NGO tersebut turut merangkumi negeri-negeri lain termasuk Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata bahawa kempen akan disemarakkan lagi, bagi memberi penerangan kepada rakyat Malaysia berkenaan isu tersebut.
"Kita akan adakan mobilisasi dan 'roadshow' di seluruh negara. Kempen ini akan diadakan secara berterusan," katanya.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]