Judi Sukan, Pendirian Najib Tidak Tetap

Thursday, July 8, 2010
Perdana Menteri Najib Razak berdolak dalih sekali lagi apabila secara mengejut membayangkan kemungkinan kerajaan membenarkan semula judi sukan bertapak di negara ini.

Beliau memberitahu Parlimen bahawa jika kerajaan meluluskan judi sukan, lesen berkenaan  akan diberikan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, kerana syarikat itu diberi kelulusan itu sebelum ini.

Jawapan Najib itu menguatkan desas-desus bahawa Umno-BN hanya menangguhkan pemberian lesen untuk judi sukan selepas membatalkan kelulusan itu akibat tekanan masyarakat umumnya dan gagasan pakatan rakyat.



Ini pengumuman Najib pada 26 Jun lalu selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno

Tidak sampai dua minggu kemudian, Perdana Menteri mengubah rentaknya.  Ini pendirian terbaru beliau mengenai judi sukan, sebagaimana yang dibacakan oleh ahli parlimen pokok sena Mahfuz Omar.

“Untuk makluman YB, kerajaan belum lagi mengeluarkan apa-apa lesen bagi pertaruhan bola sepak dunia 2010, oleh demikian isu anggaran berkaitan hasil yang dikutip daripada pertaruhan ini tidak timbul walaubagaimanapun kerajaan menawarkan pengeluaran semula lesen pada Ascot Sport Sdn.Bhd untuk mengendalikan pertaruhan bookie tidak termasuk pertandingan bola sepak piala dunia," katanya.

'Kerajaan akan menawarkan lesen kepada Ascot Sports Sdn Bhd untuk perkhidmatan pertaruhan (tidak termasuk Piala dunia 2010) kerana syarikat ini telah diberikan kelulusan sebelum ini untuk menjalankan aktiviti itu.

"Oleh demikian, kerajaan berpendapat jika  pertaruhan sukan dipertimbangkan, Ascot Sports akan mempunyai kelebihan berdasarkan pengalaman mereka,” ini jawapan Perdana Menteri di Parlimen.

Jawapan bertulis Perdana Menteri itu dengan sendirinya bermakna ruang masih terbuka untuk judi sukan menjadi kenyataan di Malaysia.

“Maknanya isu piala dunia ini tidak timbul soalnya sekarang ialah yang diberikan bukan piala dunia, dan maknanya selepas ini apa kemungkinan pertandingan lain seperti English Premier, Argentina, isunya sekarang adakah kerajaan akan tetap memberikan lesen kepada Ascot Sport yang selain daripada piala dunia," katanya.

Alasan yang diberikan oleh Najib untuk terus menimbang membenarkan judi sukan ialah Malaysia mungkin hilang punca pendapatan jika ia tidak berbuat demikian.

“Jawapan kepada saya semalam ialah jawapan bertulis bahawa dipertegaskan oleh Menteri Kewangan kita, jadi soal yang timbul di sini ialah apa sebenarnya soal pendirian kerajaan ini. Oleh yang demikian isu berkaitan anggaran hasil yang dijangka dikutip pendapatan negara, oleh kerana pertaruhan bookie tanpa lesen, kerajaan nampaknya akan kehilangan pendapatan apabila pertaruhan beralih ke negara-negara asing yang membenarkan pertaruhan berkenaan," katanya.    

Mahfuz berkata jawapan Najib itu juga seolah-olah untuk menjaga hati vincent Tan dan Ascot Sports.

“Oleh sebab itu kita lihat di sini, kerajaan menawarkan semula lesen itu untuk Ascot Spot bagi mengendalikan lesen untuk piala dunia kerana syarikat ini pernah diberi kelulusan judi untuk menjalankan aktiviti tersebut," katanya.

-TV Selangor

0 Komen:

Post a Comment

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]