Tolak isu perpaduan, fokus 'sistem dua parti'

Thursday, July 22, 2010
Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 22 Julai: PAS sewajarnya fokus pada usaha mewujudkan sistem dua parti, bukannya ghairah menyambut rancangan 'kerjasama Umno-PAS' yang dipopularkan semula oleh beberapa pemimpin Umno, kata penganalisis politik, Prof Dr. Abdul Aziz Bari (gambar).
Ini kerana, katanya Umno yang dianggap mengidapi virus berbahaya bakal memusnahkan kekuatan yang sedia ada pada PAS sekarang.
"PAS perlu fokus dalam mewujudkan sebuah sistem dua parti yang akan membantu memperkasa rakyat di negara, PAS akan dikutuk oleh rakyat jika termakan dengan gula-gula Umno.
"PAS akan dijangkiti Aids yang Umno hidapi sekarang," ujarnya sebagaimana dipetik dari email beliau kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga pakar perlembangan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, rancangan tersebut yang kononnya untuk perpaduan Melayu itu wajar dipertikai.
"Persetan perpaduan Melayu kerana dalam Umno sendiri berpecah, elok Umno masuk PAS atau PKR," tegasnya.
Difahamkan, rancangan Umno tersebut mungkin setelah melihat minat masyarakat Melayu umumnya masih bersama Barisan Nasional, sedangkan masyarakat bukan Melayu lebih berminat pada PAS dan Pakatan Rakyat, sebagaimana pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dua tahun lalu.

Ekoran itu, beliau berkata, rancangan tersebut bakal mengukuhkan sokongan Melayu pada Umno BN, bukannya Pakatan Rakyat.
Melihat pada permainan itu, katanya lagi, rakyat umumnya mungkin bakal menolak PAS di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak sekiranya pemimpin PAS di negeri itu masih berminat untuk mengadakan 'pelan damai Umno-PAS' yang kononnya demi kepentingan Melayu.
Ini kerana, menurut beliau, kemenangan PAS serta Pakatan Rakyat di peringkat nasional dan beberapa negeri umumnya adalah hasil sokongan masyarakat bukan Melayu.
"Yang teringin nak bekerja dengan Umno, lupa diri negeri-negeri Pakatan, termasuk Kedah, akan jatuh kerana orang bukan Melayu akan marah dengan PAS, ia perlu ingat," jelas beliau sambil menasihatkan PAS supaya kembali melihat pada lanskap 'politik baru' PRU12 lalu.
Pun begitu, beliau mengaku bahawa masyarakat Melayu di Kelantan pada pilihan raya umum lalu banyak membantu PAS dan Pakatan Rakyat di negeri itu.
Dari segi yang lain, beliau berkata, imej PAS bakal dipandang serong oleh rakyat dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat sekiranya PAS terperangkap oleh rancangan terbaru Umno itu.
"PAS akan tersungkur serta dikenang sebagai tidak setia dan menikam dari belakang oleh rakan-rakan dalam Pakatan.
"Imej jangka panjang ini perlu PAS ingati, selain pengalaman dalam BN pada 1972 hingga 1977 lalu, landskap politik baru itu akan menelan PAS," tegas beliau.
Beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat tetap melakukan perubahan pada pilihan raya umum yang dijangka berlangsung tidak lama lagi walaupun PAS masih berminat dengan rancangan tersebut.
"PRU 13 cerah tapi kalau PAS masuk perangkap Umno, ia akan bungkus dan Umno akan hidup. Umno perlukan talian hayat," ujarnya lagi.

1 Komen:

Anonymous said...

"Saya nampak perpaduan ini agenda politik. Dalam kehidupan seharian ok je. Semua sedara mara saya di MUAR UMNO PURE tapi saya masih berinteraksi. Dan saya jarang cerita bab UMNO dengan depa. Saya bicara Islam. Dan kalau bicara Islam ditaggapi PAS, maka benarlah PAS itu ikut Islam. When actually Islam itu bukan PAS punya tapi Allah punya. Kenapa apabila saya bicara Islam tidak ada orang kata tu UMNO. Fikir-fikirlah sendiri. Saya tak berminat untuk bicara sepak terajang politk UMNO PAS. Bagi kat orang politik. Tetapi Politik bukan EXCLUSIVE hak orang politik. Saya yang tak berparti berhak cakap politik yang berlandaskan Islam bukan Secularism yang tak kenal halal haram" -coretan seorang sahabat, ada benarnya!

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]