Penipuan Ling liong sik : Bodoh Sangatkah Jemaah Menteri Waktu itu?

Friday, July 30, 2010
Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.
Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA.
Beliau tiba di mahkamah pada jam 4.45 petang dengan ditemani isterinya, Toh Puan Ena Ling serta dua anak lelakinya.
Ling kemudian mengambil tempatnya di kandang tertuduh.
Beliau adalah presiden MCA yang kedua dihadapkan ke mahkamah selepas Tan Koon Swan.
Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.
Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.

PROGRAM PUTERI UMNO DI UITM SHAH ALAM

Bangi - 29 JULAI Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) mendesak pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyiasat keterlibatan pihak pentadbiran Universiti Tenologi MARA (UITM) dalam program Bengkel & Majlis Pelancaran Skuad Vogue (Voluntary Group For Everyone) Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang akan dilangsungkan di Dewan Seminar / Bilik Kuliah dan Tapak Padang Kawad UITM Shah Alam pada 1 Ogos 2010(Ahad) ini.



GAMIS sangat kecewa dengan tindakan tidak profesional pihak UMNO dan pentadbiran UITM yang telah mencemarkan institusi pengajian tinggi tersebut. Tindakan tersebut seolah-olah membuktikan kebenaran tohmahan pelbagai pihak bahawa UITM sememangnya menjadi benteng UMNO selama ini.

Pilihan raya, anda silap sikit Muhyiddin

Thursday, July 29, 2010
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohamad Yassin berkata bahawa negeri-negeri yang bukan ditadbir oleh Barisan Nasional tidak boleh mengadakan pilihan raya secara berasingan dengan pilihan raya peringkat persekutuan.

Beliau dilaporkan sebagai berkata hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak menentu atau menetapkan soal berkaitan tarikh pilihan raya.

Jika diteliti secara kasar, betul tetapi jika dihalusi kita akan dapati bahawa Muhyiddin, seorang tokoh politik yang berpengalaman dan kini memegang jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran kerajaan persekutuan, silap sedikit.

SPR tidak boleh mengurus sesuatu pilihan raya sekiranya Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat tidak dibubarkan terlebih dahulu.

Jambori Unit Amal 2010 bahagian 2

Wednesday, July 28, 2010

Nazir Bela Najib tentang FDI?


Dr. Dzulkifli Ahmad   
Saya ditanya oleh pihak media mengapalah FDI begitu penting sangat untuk Malaysia dalam situasi kini, sejurus selepas penglibatan saya dalam Forum Ekonomi Negeri Selangor sempena Majlis Dialog Bejt 2011. Saya cuba rumuskan di sini jawapan tersebut untuk pengetahuan umum.

Benar, mengikut Laporan Pelaburan Dunia (WIR, 2009), yang diterbitkan baru baru ini oleh Perdagangan dan Pelaburan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD) telah menegsahkana bahawa pelaburan asing langsung (FDI) Malaysia merosot 81 peratus kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada 2009 daripada US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada 2008.

Kenangan Jambori Amal

Tolak isu perpaduan, fokus 'sistem dua parti'

Thursday, July 22, 2010
Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 22 Julai: PAS sewajarnya fokus pada usaha mewujudkan sistem dua parti, bukannya ghairah menyambut rancangan 'kerjasama Umno-PAS' yang dipopularkan semula oleh beberapa pemimpin Umno, kata penganalisis politik, Prof Dr. Abdul Aziz Bari (gambar).
Ini kerana, katanya Umno yang dianggap mengidapi virus berbahaya bakal memusnahkan kekuatan yang sedia ada pada PAS sekarang.
"PAS perlu fokus dalam mewujudkan sebuah sistem dua parti yang akan membantu memperkasa rakyat di negara, PAS akan dikutuk oleh rakyat jika termakan dengan gula-gula Umno.
"PAS akan dijangkiti Aids yang Umno hidapi sekarang," ujarnya sebagaimana dipetik dari email beliau kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga pakar perlembangan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, rancangan tersebut yang kononnya untuk perpaduan Melayu itu wajar dipertikai.
"Persetan perpaduan Melayu kerana dalam Umno sendiri berpecah, elok Umno masuk PAS atau PKR," tegasnya.
Difahamkan, rancangan Umno tersebut mungkin setelah melihat minat masyarakat Melayu umumnya masih bersama Barisan Nasional, sedangkan masyarakat bukan Melayu lebih berminat pada PAS dan Pakatan Rakyat, sebagaimana pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dua tahun lalu.

Mana pergi subsidi kami

Tuesday, July 20, 2010
Dr Asri Zainal Abidin   

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju..
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara..
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja..

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta..
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta..
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu..
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah..?
papa semakin parah..? wang semakin lelah..?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah..
kerana kerajaan kita sedang susah..?
maka subsidi kita terpaksa diserah..
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh..
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah..?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang..
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi..
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang..
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang..

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami..
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati..
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia..
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak..

sedangkan kalian manusia angkasa..
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa..
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga..
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara..

tapi kami masih di sini..di teratak ini..
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam..
dengan rumah yang suram..
dengan wang yang hampir padam..

tiada istana lawa..tiada kereta berharga..
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri..tiada hidangan v.i.p..
tiada persen di sana-sini..tiada bahagian anak dan bini..

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara..
aduhai celaka bahasa yang kalian guna..
kalian yang belasah, kami yang bersalah..
kalian buat untung, hutang kami tanggung..
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang..
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa..
kalian makan isi, kami dijadikan abdi..

lantas, kalian rampas lagi subsidi..
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami..
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta..
mengapa tambang tidak potong sahaja..
tapi entah berapa kali janji..
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti..
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi..
kami terus termanggu di sini..
kalian juga yang nikmati..
kami hanya menggigit jari..

kembalikanlah kepada kami harta negara..
jangan hanya kalian sahaja yang merasa..

dr maza
July 2010

Bekas duta: Anwar akan terus dihumban ke penjara?

Sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan meliwat, adakah beliau akan dinafikan peluang ikat jamin dan terus dihumban ke penjara?

Senario itu dikemukakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott, melalui rencana pengarangnya yang disiarkan di The Wall Street Journal - akhbar yang paling tinggi edarannya di Amerika, semalam.

"Ketika melawat Malaysia bulan lau, adalah jelas bukan sahaja bagi Anwar tetapi juga pemerhati lain bahawa mereka menjangkakan keputusan bersalah pada Ogos nanti,” tulis Malott.

"Persoalannya sama ada dia akan bebas dengan ikat jamin semasa rayuannya atau terus dihumban ke penjara.”

Menurut Malott pengalamannya berkhidmat di Kuala Lumpur antara 1995 hingga 1998 menyakinkannya bahawa perbicaraan liwat kedua membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu adalah bermotifkan politik.

Ubah Gaya Hidup Atau Kerajaan ?

Monday, July 19, 2010

Isu Pasir: 'Jangan tunduk pada pembangkang'

Badan bertindak pengusaha dan pembeli pasir Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri itu supaya tidak tunduk kepada desakan pembangkang supaya Kumpulan Semesta Sdn Bhd dibubarkan.

Pengeru
sinya, Raja Kamarudin Raja Ab Wahid berkata, tindakan tersebut akan menyebabkan lesen mereka yang dilesenkan KSSB akan terbatal.

"Maknanya kami akan tanggung kerugian besar. Adakah Umno akan bayar kerugian ini," katanya ketika menyerahkan satu memorandum kepada exco sumber alam Yaakob Sapari.

Raja Kamaruddin bersama hampir 50 orang penyokong menyerahkan memorandum tersebut kepada Yaakob di lobi bangunan SUK, Shah Alam hari ini.

"Apa yang menakutkan lagi, pembangkang mendesak permit pasir Selangor tidak dikeluarkan lagi untuk tanah kerajaan," katanya lagi.

Beliau berkata, desakan itu dibuat bagi mendapatkan permit melombong pasir di tanah persendirian.

"Kebanyakan tanah persendirian di Selangor telah disapu bersih oleh kroni pemimpin kerajaan BN Umno.

"Yang tinggal kepada kerajaan Pakatan adalah lubang-lubang yang telah dikorek zaman BN Umno memerintah," katanya lagi.Raja Kamaruddin yang membacakan memorandum tersebut juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya membetulkan kesalahan atau kelemahan KSSB dan tidak membubarkan syarikat tersebut seperti dituntut pembangkang.

"Kita tidak yakin tugas KSSB diserahkan kepada pejabat tanah, kecuali KSSB diberi kuasa menangkap (pencuri pasir).

Patutlah Mahathir Asyik Mempertahankan Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengiktiraf Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai wawasan negara dan komited untuk mencapai wawasan itu.

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa, walaupun Wawasan 2020 telah diilhamkan oleh Tun Mahathir, tapi kita sudah menerimanya sebagai wawasan negara dan sesiapapun selepasnya (Tun Mahathir) adalah komited untuk mencapai Wawasan 2020," katanya ketika menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Wawasan 2020 telah diilhamkan oleh bekas perdana menteri keempat itu ketika membentangkan Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) pada tahun 1991 dalam usaha negara ke arah mencapai status negara maju.

Kuliah Haraki Di Dewan Bestari

Pada malam ini bakal diadakan satu kuliah haraki yang sebagai menggantikan Akademi Tarbiyyah. Tajuk yang dipilih adalah " Peranan dan Cabaran Anggota gerakan Islam" yang bakal dikupas oleh Al Fadhil Ustaz Azman Shaphawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat. Program dijangka bermula seawal 9.15 malam. Diharap kepada semua pemuda PAS Shah Alam dapat hadir pada malam ini untuk sama-sama mengambil manfaat diatas kunjungan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat ke Shah Alam pada malam ini.Program juga terbuka kepada semua warga Shah Alam.

Kenyataan Noh Omar salah dari segi fakta


Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dengan tegas menyangkal kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berhubung pilih kasih, amalan mencurigakan dan diskaun terpilih yang diberikan kepada syarikat tertentu.

Pengerusi Abdul Shukor Nagor berkata kenyataan Noh Omar salah dari segi fakta, bahkan menunjukkan menteri berkenaan tidak memahami amalan perdagangan biasa yang turut terpakai untuk industri pelombongan pasir.

"Berhubung isu polisi harga KSSB, kadar diskaun ditawarkan kepada semua pelanggan yang membeli secara pukal. Pemberian diskaun bagi pembelian dalam jumlah banyak (volume discount) ini merupakan amalan perniagaan biasa untuk menaikkan jualan bagi syarikat," katanya.

Penyelarasan Semula Subsidi: Sebuah Puisi ...

1. Kalau harga petrol naik 5 sen satu liter ertinya RM2.00 bagi setiap 40 liter . Saya sebut demikian sebab mana ada kereta yang bubuh minyak satu liter sahaja. Begitu juga dengan gas , naik harga 10 sen satu kilo , maka satu tong naik RM 1.40 . Justeru , tidak pula pernah saya dengar ada orang beli gas hanya satu kilogram .

2. Gula juga mengalami kenaikan harga mendadak pada kadar 25 sen satu kilo menjadikan harganya kini RM 1.75 sekilo .

3. Syahdunya kali ini kerajaan cukup bijak menyembunyikan "agenda" apabila mewajarkan kenaikan harga barang ini dengan menggunakan istilah penyelarasan semula subsidi demi kepentingan ekonomi negara , sebagai sebuah puisi yang mampu mengulit rakyat .

4. Saya melihat pelarasan subsidi ini tidak adil kepada rakyat terutama rakyat yang berpendapatan rendah dan tidak tetap . Mereka terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang keperluan ini berbanding mereka yang berpendapatan tinggi dan mereka yang mendapat pembiayaan kerajaan .

Kempen bantah kenaikan harga barang 28 Julai

Mohd Shubihi Muhamad Zain   
KUALA LUMPUR, 18 Julai: Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) menetapkan 28 Julai ini sebagai tarikh pelancaran kempen bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga beberapa barangan asasi beberapa hari lalu.
Jurucakap Protes, Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu media selepas mempengerusikan mesyuarat gabungan itu di Pejabat Agung PAS, dekat sini, tengah hari tadi.
Menurutnya, pelancaran tersebut akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur dan pada hari itu akan diputuskan tarikh demontrasi besar-besaran membantah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas.
"Mesyuarat tengah hari tadi turut membincangkan cadangan untuk mengadakan demontrasi tetapi tarikhnya akan ditentukan dalam mesyuarat semasa pelancaran kempen bantahan tersebut.
"Selain itu, kita juga akan menyusun aktiviti-aktiviti lain iaitu penyediaan risalah dan maklumat berkaitan dan juga menyusun tarikh 'road show' ke seluruh negara," katanya.
Beliau yang juga Bendahari PAS Pusat berkata, cadangan untuk berdemontrasi dilihat sebagai kaedah bantahan yang paling berkesan dan efektif.
"Demontrasi membantah PPSMI, GST dan yang terbaru kelulusan lesen judi, berjaya memberikan tekanan kepada kerajaan untuk menangguhkan dan ada yang terpaksa dibatalkan keputusan yang telah dibuat," katanya.
Ditanya sama ada demonstrasi itu akan dibuat menjelang bulan Ramadhan, beliau berkata, Protes lebih gemar untuk mengumumkan pada hari pelancaran kempen tersebut (28 Julai).
"Kalau boleh kita nak buat segera, dan kita tidak boleh berlengah-lengah sangat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Najib Masuk Bakul Angkat Diri Sendiri

Saturday, July 17, 2010
Pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

KETIKA RAKYAT DISUSAHKAN, MEREKA MERANCANG UNTUK MEMBAZIR

Friday, July 16, 2010
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) ketika memilih pakaian rasmi sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Kemerdekaan ke-53 tahun ini yang diperkenalkan buat kali kedua oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (tiga, kanan) di sini pada Jumaat. Pakaian itu adalah hasil rekaan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. - foto BERNAMA

Subsidi Rakyat "Berkira", Bayar APCO "Berapa saja"

Kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Di mana letaknya maruah seorang perdana menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau.

"Sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pendirian Pas Jelas Mengenai "Perpaduan"

PAS sekali lagi mengulangi kesetiaannya kepada Pakatan Rakyat dengan menolak perbincangan dengan parti lawannya Umno.

Bagaimanapun, perbincangan antara "G to G" (kerajaan dengan kerajaan) masih boleh diteruskan bagi kepentingan masyarakat dan umat Islam keseluruhannya.

"Kalau G to G, tidak menjadi masalah kerana kita (Malaysia) mengamalkan konsep federalisme," kata setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali.

"Pendekatan politik politik tetap bersama dengan Pakatan. Kamu boleh buat andaian (pendirian kami)"

5 naik serentak, rakyat tanggung beban


Dr Azman Ibrahim   
Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini (15 Julai).
Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.
Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.
Perdana Menteri ketika mengumumkan kenaikan memberikan alasan.

Bermula Sebuah Kenaikan

Kenaikan harga atas semangat menghapuskan subsidi sedang mula dilaksanakan di Malaysia. Tidaklah menjadi kesalahan besar jika lebihan tanggungan subsidi bakal meranapkan ekonomi negara,jesteru kenaikan harga terpaksa dilakukan. Cuma rakyat perlu berwaspada kepada trend kenaikan ini. Samaada trend ini berlaku demi menjaga kedudukan ekonomi negara atau demi menjaga kroni-kroni yang dibimbangi tidak mungkin lagi mampu dibiayai oleh pemimpin kerajaan. Maknanya bukan kaedah pelaksanaan yang dipertikai tetapi agenda orang yang melaksanakan perlu sentiasa diambil kira.

Semalam telah diumumkan kenaikan 5 barangan yang merupakan kegunaan harian penduduk Malaysia. Jangkaannya RON 95 tidak naik kerana ia milik orang susah namun ia tetap dinaikkan sedang RON 97 tidak diketahui dengan jelas jumlah kenaikannya (mungkin lebih tinggi la agaknya). Gula dinaikkan setelah isu "kehilangannya" dari pasaran menghantui penduduk Malaysia dan peristiwa gerabak membawa gula terbalik di Johor ketika sedang bergerak ke singapura menjadi tanda tanya tidak berjawab. Ada yang mula bercakap di kala rakyat sendiri susah nak dapatkan gula, bertan-tan dijual ke negara asing. Apa nak dikata, semenjak Najib jumpa Amerika ni segala kemahuan Singapura dituruti dengan mudah.Terkena sihir Obamakah PM kita ni? Sedang Singapura sekutu rapat Amerika di Asia.Gas memasak pun naik harga lagi. Kehidupan bandar semakin mengancam dengan kenaikan kos yang bakal mendadak sedikit masa nanti. Keadaan yang ada pada hari ini sudah melahirkan generasi yang parah sosio budaya kehidupannya dek kerana ibu bapa yang siang malam terpaksa membanting tulang mencaari duit sehingga tidak mempunyai masa untuk anak-anak sendiri. tidak hairan suautu masa nanti akan ada mulut-mulut nakal pemimpin yang "Islam" mencadangkan agar keluarga mesti dihadkan anak kepada 2 orang sahaja demi mengelakkan masalah sosial. Sedangkan latar kehidupan yang sejahtera tidak dibina oleh pemerintah sekarang.
Jesteru kita meminta agar rakyat bangkit sebelum terlewat, menolak segala kemusnahan yang sedang dicipta oleh BN ini demi sebuah kehidupan yang lebih sejahtera. Anak-anak dan generasi seterusnya amat mengharapkan pengorbanan dan perjuangan kita.

Isu Pasir Selangor dan Akhbar Parti : Pendekatan Lembut Yang Berkesan

MSO
KEDUA-DUA langkah yang diambil oleh kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat mengenai masalah pencurian pasir dan pemberhentian penerbitan akhbar suara ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat, Suara Keadilan, Harakah dan Roket adalah bijak dan satu penyelesiaan yang baik.

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan rendah hati memohon bantuan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk menangkap pencuri pasir yang berleluasa di Selangor. Dipercayai Khalid terbuka pintu puadnya untuk berbuat demikian ekoran kenyataan dan kritikan sinis Muhyiddin berhubung masalah pencurian pasir di Selangor.

Muhyiddin menyindir Khalid dan Anwar Ibrahim dengan mengatakan berleluasanya pencurian pasir di Selangor menunjukkan kelemahan kedua mereka itu dan membuktikan Kahlid dan Anwar tidak layak menjadi pemimpin. "Kalau urus pasir pun tak boleh macam mana nak urus negeri," begitulah kira-kita sinis Muhyiddin.

Tindakan Khalid itu juga dikira tepat untuk memerangkap daya kepimpinan Muhyiddin. Ia juga menguji sejauh mana keikhlasan Muhyiddin untuk menghapus penjenayah pasir. Seperti mana kata Khalid sekiranya Muhyiddin tidak menangkap pencuri pasir Timbalan Perdana Menteri itu dianggap bersubahat dengan penjenayah pasir.

TOLL COLLECTION ON KEMUNING-SHAH ALAM HIGHWAY TO START SATURDAY

KUALA LUMPUR, July 15 (Bernama) -- Motorists using the Kemuning-Shah Alam Highway (LKSA) will start paying toll effective 12.01 on July 17 after enjoying toll-free rides since May 18, said the Malaysia Highway Authority (LLM).

LLM in a statement today said LKSA would operate as an open toll concept with two toll plazas situated in Seri Muda and Alam Impian.

The 14.7 km long highway provides a high-speed link connecting major highways in the Klang Valley.

LKSA begins at the existing KESAS Kota Kemuning Interchange and traverse northeast over Jalan Bukit Kemuning, Jalan Mantap, Sg Klang, Bulatan Jubli Perak, Persiaran Sultan and Bulatan Selangor towards Federal Highway.

According to LLM, public transport providers like buses and taxis would be given up to 50 per cent discounts for using the LKSA.

Vehicles with 2 axles and 3 or 4 wheels excluding taxis will pay RM1.20 at Sri Muda and RM0.60 at Alam Impian and vehicles with 2 axles and 5 or 6 wheels except buses pay RM2.40 at Sri Muda and RM1.20 at Alam Impian.

As for vehicles with 3 or more axles, RM3.60 will be charged at Sri Muda and RM1.80 at Alam Impian.

-- BERNAMA

Usul lantik ADUN BN ketuai PAC S'gor dilulus

Thursday, July 15, 2010
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul untuk melantik wakil rakyat pembangkang dari BN sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri, telah diluluskan.

Ia diluluskan walaupun ibantah oleh wakil rakyat BN sewaktu usul itu dibahaskan dan kemudiannya mereka mengundi menolaknya.

Berikutan itu, Shamsudin Mohd Lias (BN-Sungai Burong) dilantik sebagai pengerusi baru PAC Selangor yang dianggap sebagai satu sejarah.

Adalah satu bagi di negara-negara maju yang mengamal demokrasi untuk melantik wakil rakyat pembangkang mengetuai jawatankuasa yang serupa dengannya, tetapi Parlimen yang dikuasai BN, sehingga ini, enggan berbuat demikian.

apa perancis nak kata???

Permit penerbitan Harakah diperbaharui

Harakahdaily   
PUTRAJAYA, 15 Julai: Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berpuashati dengan penjelasan terhadap surat tunjuk sebab memutuskan untuk memperbaharui permit penerbitan Harakah dengan diberikan ‘amaran keras’ supaya hanya dijual di markas dan pejabat urusan PAS sahaja.
Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab Samad dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
1. Kementerian Dalam Negeri ingin memaklumkan bahawa pihak penerbitan HARAKAH telah memberikan perhatian yang serius terhadap Surat Tunjuk Sebab yang dikeluarkan oleh Kementerian ini dan telah menunjukkan kerjasama yang baik kepada Kementerian.
2. Pengerusi Jemaah Pengarah HARAKAH, Dato’ Mustafa bin Ali dan Pengarah Urusan HARAKAH, Dato’ Kamarudin bin Jaffar telah datang berjumpa Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri pada 12 JULAI 2010 (ISNIN) untuk memberikan penjelasan.
3. Pihak penerbitan HARAKAH juga telah menjawab Surat Tunjuk Sebab Kementerian pada 13 JULAI 2010 (SELASA) dengan mengemukakan penjelasan serta beberapa akujanji seperti berikut:-
i.  Akan mematuhi semua syarat-syarat permit penerbitan, garis panduan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984;
ii.  Akan mencetak perkataan “UNTUK AHLI SAHAJA” di muka hadapan setiap keluaran dan naskhah penerbitan HARAKAH sebagai peringatan kepada pembeli; dan
iii.  Akan menghantar lapan (8) naskhah setiap keluaran penerbitan HARAKAH ke Kementerian sebaik sahaja ianya dicetak.
4. Dengan mengambil kira kerjasama, penjelasan serta janji pihak penerbitan HARAKAH untuk mematuhi syarat-syarat permit penerbitan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Kementerian Dalam Negeri dengan ini berpuashati dan memutuskan untuk memperbaharui permit penerbitan HARAKAH dengan diberikan AMARAN KERAS supaya hanya dijual di markas dan pejabat urusan PAS sahaja.
5. Kementerian akan sentiasa memantau penerbitan HARAKAH untuk memastikan pemantuhan.

MB: TPM subahat jika tak tangkap pencuri pasir

Selangor telah menghantar surat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon kerjasama timbalan perdana menteri itu dalam menangani isu kecurian pasir di negeri itu, kata menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim.
Katanya, surat yang sama telah dihantar hari ini kepada menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta ketua polis negeri Datuk Khalid Abu Bakar.
"Saya telah hantar surat kepada timbalan perdana menteri untuk jelaskan isu kecurian pasir di Selangor dan jemput beliau dan agensi kerajaan persekutuan untuk perangi jenayah ini.

Tambahnya, turut disertakan dalam surat tersebut ialah laporan polis yang dibuat oleh kerajaan negeri berhubung kegiatan tersebut, serta penjelasan mengenai langkah-langkah yang telah dijalankan Selangor dalam menangani isu berkenaan.

Pasir: Laporan media salah fakta, tidak benar

Wednesday, July 14, 2010
Ismail Hashim   
SHAH ALAM, 14 Julai: Beberapa akhbar utama negara hari ini telah memberikan ruang besar untuk ulasan pemimpin BN terutama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai isu pasir di Selangor.
Malangnya, ulasan mereka berdasarkan laporan akhbar pada 12 Julai yang salah fakta dan jauh dari kebenaran kerana kegiatan melombong pasir di Bukit Changgang, Dengkil itu dijalankan secara sah dan diuruskan oleh syarikat milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Dr Yaakob Sapari (gambar) menafikan berita itu ketika sesi penggulungan bajet tambahan peruntukan pembangunan 2010 di dalam sidang Dun yang berlangsung hari ini.
"Media menyiarkan kenyataan serta gambar lokasi perlombongan yang tidak benar sedangkan aktiviti perlombongan yang dijalankan adalah sah serta diuruskan KSSB," tegasnya.
Dua hari lepas, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan akhbar yang menjelaskan secara terperinci mengenai kegiatan itu yang dimanipulasi oleh pembangkang Selangor dengan pendedahan dibuat oleh bekas menteri besar, Dr Khir Toyo.
Khalid berkata, laporan mengenai perlombongan pasir yang disiarkan akhbar adalah tidak benar kerana fakta-fakta yang diberikan kepada media adalah salah.

Saman ekor macam 'ISA kedua'

Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 14 Julai: Saman ekor yang diamalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas pesalah trafik tidak ubah seperti 'ISA kedua' untuk rakyat, kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan at-Tantawi (gambar).
Menurut beliau, sepatutnya kerajaan tidak terus menyenaraihitamkan pesalah trafik melalui saman ekor sehingga dihalang memperbaharui cukai jalan.
Sebaliknya, beliau berkata, mereka yang terbabit wajar dibuktikan bersalah di mahkamah terlebih dahulu.
"Saya lihat isu saman ekor ini seperti kerajaan nak cipta ISA kedua," jelas beliau kepada Harakahdaily.
“Sepatutnya mereka perlu dibawa ke mahkamah, kesalahan mesti dibuktikan, mereka perlu diberi ruang untuk beri ulasan, bukannya diperas ugut."
Disebabkan itu, beliau mencadangkan kerajaan supaya menitikberatkan soal pendidikan kepada pengguna jalan raya.
"Sepatutnya mendahulukan keadaan mendidik rakyat. Tindakan kerajaan sangat tidak wajar kerana kerajaan tidak mendidik rakyat, tetapi lebih untuk memeras wang rakyat," katanya.
Katanya lagi, kerajaan seharusnya mencontohi beberapa negara maju dalam menangani gejala salah laku pengguna jalan raya.
"Seperti di Jepun, setiap kereta dibekalkan alat pengesan laju. Di Jerman, setiap 5 kilometer untuk pastikan pemandu memandu dalam keadalan selamat," ujarnya.

Mahfuz: Umno 'demam', tuduh sesat tapi pelawa

PAS hari ini bersedia menyediakan pakar sakit jiwa kepada Umno dan timbalan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana masih membangkitkan isu kerjasama PAS-Umno meskipun parti Islam itu secara jelas menolak pelawaan Umno itu, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Harakahdaily memetik Mahfuz (kanan) ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Umno juga seperti terkena demam panas yang kuat sehingga mengganggu fungsi otak mereka.

"Kita dah kata dah tak nak, duk bercakap lagi. Orang yang duk bercakap sorang-sorang ni ada problem la. Kita sedia sediakan khidmat pakar psikiatri untuk Umno dan Muhyiddin," katanya sinis.

Mengulas lanjut, ahli parlimen Pokok Sena itu berkata, Umno secara jelas membuktikan mereka dalam keadaan kritikal dan sangat lemah sehingga terpaksa mempelawa PAS.

Adolf Hitler : Fakta yang jarang diketahui

Oleh : Azhar Abdullah
Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Waspada Dengan Strategi Licik BN

Bahang PRU semakin terasa apabila serangan media pro BN terhadap Pakatan Rakyat semakin kuat semnjak kebelakangan ini. Jika diperhatikan secara serius semua perkara berbangkit yang menguntungkan pihak BN sedang dimainkan semula bagi memecahbelahkan perpaduan antara Pakatan Rakyat. Bagi kes Selangor serangan terhadap kes Pasir dan air adalah isu lama yang dihangatkan kembali untuk menjatuhkan reputasi kerajaan negeri Selangor di kaca mata penduduk negeri Selangor. Penjelasan dari kerajaan negeri Selangor tidak diberikan liputan sewajarnya, sebaliknya serangan demi serangan memburukkan kepimpinan Pakatan rakyat terus dilempar dan dihamburkan. Modus operandi adalah jelas, isu pasir dan air hanyalah alat. Matlamat utama adalah menjatuhkan reputasi kerajaan Pakatan Rakyat secara serius dan bertubi-tubi.
Kedua, isu yang berjaya mengkucar-kacirkan PAS suatu ketika dahulu sedang diapi-apikan balik oleh UMNO iaitu isu "Perpaduan". Kepimpinan PAS sudah semestinya dapat menghidu kerja nakal UMNO yang ingin kembali memecahkan PAS sebelum Pilihanraya akan datang kerana mereka menyedari PAS mempunyai jentera yang kuat untuk membantu kemenangan Pakatan Rakyat. Jesteru serangan terhadap kesatuan pertahanan Pakatan rakyat perlu dilaksanakan segera. Senjata "perpaduan' dilihat senjata yang hampir berjaya membunuh PAS pada satu ketika. Namun insyaAllah, kepimpinan PAS sudah tersedar kesilapan silam apabila terlalu mengikut rentak UMNO akhirnya kekuatan parti hampir tergadai. Jesteru seluruh ahli disemua peringkat perlu bergabung dan bersatu hati dengan kepimpinan untuk menolak dan menepis semua bentuk serangan yang sedang diatur oleh pihak UMNO ini.
Di Pulau Pinang serangannya juga hampir sama iaitu melibatkan isu perkauman. Isu perobohan penempatan bakal dimainkan kembali semaksima mungkin. Matlamat mereka adalah jelas, kepercayaan rakyat terhadap Pakatan rakyat perlu dihapuskan segera kerana Najib memerlukan mandat baru untuk mentadbir dengan lebih selesa.

Najib Kecut, Pendakwaraya Perancis Bakal Soal Bala Pasal Altantuya Di Paris 8 Malam Ini

Tuesday, July 13, 2010

Oleh Dzulkarnain Taib

SHAH ALAM 12 Julai - Isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan kaitan beliau
dengan urus niaga pembelian kapal selam Scorpene dijangka akan ditimbulkan oleh pihak pendakwaraya Perancis apabila menyoalsiasat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam hari ini di Paris.

Peguam beliau, Americk Sidhu memberitahu Suara Keadilan, Bala yang kini berada di kota raya itu dijangka memberi keterangan kepada pihak pendakwaraya Perancis pada pukul 2.00 petang waktu Paris atau 8.00 malam waktu tempatan hari ini.

"Bala kini berada di Paris bersama seorang lagi peguam beliau, Manjeet Singh Dhillon dan sesi
soalsiasat itu akan memakan masa selama lebih kurang empat jam.

"Saya tidak tahu apa yang akan ditanya kepada Bala tetapi setakat maklumat yang kita maklum kaitan beliau dengan kes Scorpene ialah melalui hubungan Bala dengan Altantuya.

Penjelasan Isu Pasir Oleh MB Selangor

Langkah kerajaan Selangor mewujudkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bertujuan mengawal industri perlombongan pasir yang sebelum ini memberikan pihak tertentu peluang mengaut keuntungan mudah daripada kegiatan berkenaan, kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Selain itu, ia juga bertujuan membolehkan Selangor mengenali selok belok industri berkenaan untuk mengenalpasti ketirisan yang berlaku dalam kegiatan perlombongan pasir.

"Saya dapati terlalu ramai mereka yang terlibat dalam operasi pasir ini bukan saja individu. Ada juga kepimpinan kampung, pegawai kerajaan, pembawa lori, dan rupa-rupanya samseng pun terlibat.

Isu Felda : Najib Atur Mesyuarat Sulit Di Pejabat - Bekas Timbalan Menteri

Monday, July 12, 2010
Dr Tan : Tidak Gentar Disaman

Bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong langsung tidak gusar apabila namanya diumumkan antara tiga lagi individu yang bakal disaman.

Bercakap kepada Tv Selangor, menurut Dr Tan, sekiranya kes sampai ke mahkamah, maka semakin banyak perkara yang akan terbongkar.

Cadangan Terminal Bas Baru di Shah Alam


Saya telah dimaklumkan bahawa sebuah Terminal Bas baru akan dibina di Shah Alam untuk menggantikan terminal sediada di Seksyen 17. Sememangnya sebuah Terminal baru amat diperlukan kerana yang sediada amatlah daif dan serba kekurangan. Lokasi yang telah dipilih oleh pentadbiran lama adalah tanah yang berada di antara Jalan Subang, Jalan Batu Tiga lama dan Lebuhraya Persekutuan. Tapak yang agak kecil ini dipilih kerana ianya memberi akses yang mudah ke Lebuhraya ke Selatan dan ke Utara/Timur dan dalam masa yang sama ianya berhampiran dengan stesen komuter Batu Tiga.

Fasa kedua pula akan meletakkan blok tambahan di seberang Jalan Subang di tepi Sungai sambil sebuah terowong akan dibina di bawah Jalan Subang untuk menghubungkan Fasa Pertama dan Fasa Kedua.


Memandangkan betapa pentingnya Terminal Bas ini kepada kesinambungan pembangunan setempat dan rakyat Shah Alam sendiri, saya agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa keputusan adalah muktamad dan tender telahpun dipanggil. Menurut maklumat yang telah diterima, sebanyak 33 buah syarikat telah mengambil bahagian dan tawaran sedang dinilai dan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat. Saya bersama YB Rodziah telah bertindak membawa isu ini ke MTES (Majlis Tindakan Ekonomi Selangor) supaya ianya dibincang kembali kerana ianya tidak pernah dimaklumkan sebelum ini.

Ibtila' di Jalan Dakwah

1. Perjuangan Islam ini sememangnya telah dijanjikan ibtila' [ ujian\onak duri ] yang bakal merintang disepanjang jalannya. Perit , jerit dan penat lelah dalam menggalas beban amanah perjuangan menjadi sunnah.

2. Cumanya , sebagai insan yang serba dhaif ini terkadang seperti mahu mengaku kalah . Hanya aqidah perjuangan yang dibina sekian lama masih teguh membentengi diri .

3. Lebih menarik , tekanan dan halangan luaran tidaklah menjadikan diri kita lemah , tetapi apabila berdepan dengan ujian dalaman terutama atas apa yang berlaku pada diri kita sendiri sementara orang lain pastinya tidak mengetahui penderitaan yang sedang kita alami

Kewangan Petronas Semakin Kritikal

Friday, July 9, 2010

Mangsa tembakan di Johor tuntut keadilan

"Dia baru berusia 18 tahun, kalau dia hidup dan berkhidmat kepada kerajaan, sudah pasti dapat memberi kebaikan kepada negara. Tapi polis bertindak sewenang-wenangnya. Saya nak tanya polis laksanakan undang-undang ke tidak?"

Demikian rintihan Azri Arin (kiri berbaju batik), abang kepada mangsa yang didakwa ditembak mati oleh polis, Mohd Afham, 18, pada 20 Oktober tahun lalu.

Ketika kejadian Mohd Afham menunggang motosikal bersama Mohd Firdaus Marsawai yang juga berusia 18 tahun dan dikejar oleh tiga polis yang berpakaian biasa semasa dalam perjalanan dari Taman Johor Jaya ke Pasir Gudang.

Remaja itu mati kerana kecederaan yang berpunca daripada tembakan pistol di jantung.

Pengembaraan berliku PI Bala selamatkan diri

Pada 7 Julai 2008, penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyambut ulangtahun perkhawinan dengan disoal-siasat oleh polis selama lebih enam jam di kedutaan Malaysia di Bangkok.

Selasa lalu, ulangtahun perkahwinannya disambut dengan sidang media di kota London tetapi dalam suasana yang lebih tenang. Watak dan lokasi mungkin berubah, namun fokusnya tetap sama.

"Semua pihak memfokus pada kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan siapa di belakangnya,” kata peguam Balasubramaniam - Americk Sidhu.

"Satu lagi isu yang tidak kurang penting ialah cara Balasubramaniam dilayan selepas membuat pengakuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008. Dia terus dipujuk, dinasihat, dirasuah, digertak dan kemudiannya dibawa keluar dari Malaysia.”

Rakaman video wawancara Balasubramaniam di Singapura pada November lalu oleh tiga peguamnya menceritakan pengalaman ngerinya bermula 3 Julai 2008.

Najib mahu rakyat buta maklumat sebelum PRU 13

Thursday, July 8, 2010
KUALA LUMPUR, 7 Julai: PAS melihat Perdana Menteri selaku Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak kini mempergunakan sepenuhnya kuasa dalam kerajaan untuk menyekat media-media Pakatan seperti Harakah, Suara Keadilan dan Roket.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris ahmad berkata, media rasmi komponen Pakatan merupakan sumber maklumat alternatif rakyat khususnya bagi para ahli dan penyokong untuk mengetahui segala kezaliman dan penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan serta kelemahan pentadbiran BN.

Baginya, isu Suara Keadilan menyiarkan berita bertajuk "Felda Bankrap" dimanipulasikan sepenuhnya bagi membuka ruang membunuh media berkenaan.

PI Bala dakwa Razak Baginda tak bersalah

Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam kini mendakwa bahawa penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda tidak bersalah dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Balasubramaniam (kanantengah) membuat kesimpulan tersebut kerana beliau masih berkhidmat untuk Abdul Razak sehingga 26 Oktober 2006 untuk menghalang Altantuya daripada mengganggunya.

Altantuya hilang pada 19 Oktober 2006.

"Dia tidak ada kaitan dengan kes ini ... pada saya, orang ini tidak bersalah," kata Balasubramaniam dalam sidang akhbar di London hari ini.

Bantah ETS, 300 Pekerja KTMB Berpiket

Kira-kira 300 ahli Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) berpiket depan ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di ibu negara berikutan tindakan syarikat itu menubuhkan sebuah anak syarikat sebagai pengendali perkhidmatan tren elektrik (ETS).

Kumpulan pekerja terbabit melaungkan desakan supaya Presiden KTMB, Dr Aminuddin Adnan meletak jawatan.

Presiden RUM, Abdul Razak Md Hasan memberi  tempoh 30 hari kepada Dr Aminuddin untuk meletak jawatan.

RM41 juta untuk projek 'gajah putih' Putrajaya

Ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong hari ini membidas kerajaan kerana membelanjakan terlalu banyak wang rakyat bagi dua projek 'gajah putih' di Putrajaya.

“(Astaka Morocco dan Monumen Alaf Baru) tidak ada fungsi dan dibina semata-mata untuk memuaskan fantasi (bekas perdana menteri) Dr Mahathir (Mohamad),” katanya di lobi parlimen.

“Perangkaan menunjukkan purata 20 pengunjung yang melawat Astaka Morocco setiap hari, jumlah itu terlalu kecil berbanding dengan jumlah wang yang dibelanjakan.”

Menjawap soalan Liew di Dewan Rakyat, sebelum itu, Timbalan Menteri, Wilayah persekutuan, Datuk M Saravanan berkata Astaka Morocco dibina pada kos RM20 juta dan RM250,000 dibelanjakan setiap tahun untuk penyelenggaraannnya.

Judi Sukan, Pendirian Najib Tidak Tetap

Perdana Menteri Najib Razak berdolak dalih sekali lagi apabila secara mengejut membayangkan kemungkinan kerajaan membenarkan semula judi sukan bertapak di negara ini.

Beliau memberitahu Parlimen bahawa jika kerajaan meluluskan judi sukan, lesen berkenaan  akan diberikan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, kerana syarikat itu diberi kelulusan itu sebelum ini.

Jawapan Najib itu menguatkan desas-desus bahawa Umno-BN hanya menangguhkan pemberian lesen untuk judi sukan selepas membatalkan kelulusan itu akibat tekanan masyarakat umumnya dan gagasan pakatan rakyat.

Mengapa Terminal LCCT baru sampai RM 1bilion?

Saya telah mendapat email dari kawan saya. Di dalamnya beliau memberi “scan copy” artikel dari The Edge bertarikh 5 Julai 2010. Artikel tersebut bertajuk RM1 Billion LCCT On The Cards for Bina Puri.

Antara bahagian artikel yang menarik perhatian saya adalah:

TERJEMAHAN BEBAS: JV tersebut Berjaya mengalahkan MRCB and Sunway Contructions (pemain2 besar dalam industri ini). Mengikut OSK Research, Sunway telah menawarkan tender dengan harga paling murah, yakni RM750 juta ke RM850 juta bagi pembinaan Terminal Syarikat Penerbangan Kos Rendah (LCCT) berdasarkan kaedah cipta dan bina.

Felda: Serah surat debat pada Ahmad esok

Surat rasmi debat mengenai isu dakwaan kemerosotan Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) akan diserahkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana menteri Datuk Ahmad Maslan esok.

Menurut kenyataan biro penerangan Pemuda PAS, surat tersebut akan diserahkan di lobi Parlimen pada jam 11.30 pagi esok.

Ia akan diserahkan oleh pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman yang sebelum ini mencabar Ahmad untuk berdebat.

Pada 16 Jun lalu, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno dilapor berkata di Parlimen bahawa status kewangan Felda merosot sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

Parti Baru Ditubuh Di Sarawak, Taib Mahmud Berdepan Bekas Penyokong

Sarawak yang kini bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri dalam waktu terdekat ini menyaksikan kemunculan parti baru, yang ditubuhkan oleh bekas penyokong Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud yang sudah memimpin hampir tiga dekad.

Bagaimanapun entiti baru ini — Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERS) — belum didaftarkan lagi.

Pemimpin-pemimpin parti itu terdiri daripada bekas anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pimpinan Taib, sekali gus dilihat sebagai bakal memberi cabaran kepiminan beliau dalam pilihan raya negeri.

Parti ini berhasrat untuk meletakkan calon di kesemua kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini, negeri yang dianggap selamat bagi Barisan Nasional (BN) sekian lama.

257,000 anak luar nikah membimbangkan

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Sejumlah 257,000 kelahiran tanpa bapa yang didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara tahun 2000 hingga Julai 2009 wajar membimbangkan semua pihak berwajib, kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.
Ini kerana, menurut beliau, sebanyak 30,978 kelahiran yang terdaftar membabitkan bayi beragama Islam.
"Bagi saya, semua pihak perlu bertanggungjawab, kerajaan perlu melaksanakan undang-undang yang lebih ketat, ibu bapa perlu ajar agama pada anak-anak," jelas beliau ketika mengulas pendedahan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berhubung perkara itu pada 1 Julai lalu.
Sedangkan, menurut beliau, perangkaan kelahiran tanpa bapa mengikut beberapa agama yang lain adalah 18,085 bayi beragama Hindu; 17,236 (Buddha); dan 3,395 (Kristian).

Jentera Pemuda bersedia, pilihan raya makin hampir

Wednesday, July 7, 2010
Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 7 Julai: Pemuda PAS Pusat menggesa seluruh jenteranya bersiap sedia berdepan pilihan raya umum yang semakin menampakkan petanda bahawa ianya sudah hampir.
Pengarah Pilihanraya dewan itu, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, jentera pemuda PAS di semua peringkat perlu menggiatkan usaha ketika ini khususnya menarik pengundi muda mendaftar sebagai pemilih.
"Petanda plilihan raya sudah dekat, kita tengok Umno mula memfitnah PAS sebagai ajaran sesat.
"Media pula sudah jadi gila, lapor berat sebelah, burukkan Pakatan Rakyat sehingga melampau-lampau," katanya yang juga Ahli Parlimen Jerai.
Tambahnya lagi, selepas ini rakyat juga akan disajikan dengan berita ahli keluar parti dari Pakatan Rakyat yang akan dicanang dalam media-media arus perdana.
Media termasuk akhbar pembangkang pula, katanya akan berdepan tekanan bagi menghalang laporan-laporan alternatif disampaikan kepada rakyat.
Isu-isu kemiskinan khususnya di negeri Pakatan Rakyat, tambahnya juga akan diangkat bagi menggambarkan kelemahan pentadbiran PR, seperti suasana sama tidak berlaku di negeri BN lain.
"Tanda lain kita akan tengok Perdana Menteri akan beritahu ekonomi kita makin baik. Tiba-tiba ekonomi kita pulih. Itu tanda PRU memang sudah hampir," katanya lagi.
Sehubungan itu, katanya segala persiapan perlu disusun dengan teliti agar tidak berlaku pembaziran tenaga, wang dan masa dalam waktu yang dianggap memasuki awal fasa genting ini.
"Bawa anak muda daftar undi kerana dengan kuasa undi sahaja kita akan dapat merubah Malaysia ke arah yang lebih sejahtera," katanya.

Dedahkan laporan audit perjanjian air! - MTUC

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud kecewa dengan tindakan Kerajaan Pusat mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar tidak perlu mendedahkan kandungan laporan audit dan perjanjian konsesi air antara kerajaan Selangor dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen semalam, Syed Shahir berkata, laporan audit yang didakwa sulit itu oleh kerajaan hanyalah perjanjian perniagaan dan tidak terkandung di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan wajar didedahkan kepada umum.

Najib 'flip-flop' lagi dalam hal ekonomi

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya berbolak-balik ketika menggambarkan situasi ekonomi negara, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian kerana Najib yang juga Menteri Kewangan I semalam dilaporkan mengaku bahawa ekonomi negara kemungkinan menguncup pada suku kedua tahun ini disebabkan beberapa faktor luaran.

Sedangkan, katanya lagi, Najib pada 30 Jun lalu menyuarakan rasa optimis bahawa ekonomi negara mampu tumbuh sebanyak 6 peratus pada tahun ini melalui pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

kerajaan dapat $1.00 pendapatan daripada judi tetapi hilang $1.9 kos pembayar cukai

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak berpuas hati dengan Presiden UMNO yang juga sebagai Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dalam isu pembatalan kebenaran lesen judi sukan.

Beliau sangat kuatir keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno akan menjadi satu 'precedent' kes yang merbahaya. Sepatutnya keputusan tersebut dibuat oleh Mesyuarat Jemaah Menteri bukannya Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Menteri-menteri yang telah dilantik tidak boleh menyuarakan pandangan masing-masing sedangkan sebelum ini MCA, MIC, PPP dan LDP bersama-sama mempertahankan Perdana Menteri dalam isu ini. Keputusan ini boleh menimbulkan tanggapan bahawa parti komponen BN yang lain adalah di bawah telunjuk Umno.

Bala, Raja Petra ada ‘kunci peti rahsia' kabinet Najib?

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Penyiasat peribadi, Balasubramaniam kemungkinan mempunyai 'anak kunci peti rahsia' kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ada sesuatu disembunyikan dari kita, seolah-olah Bala ini pegang ‘kunci peti rahsia’ tak kiralah kes Altantuya atau rahsia aktiviti isteri orang nombor satu negara," jelas beliau petang tadi di lobi Parlimen.

Sekiranya tidak, beliau berkata, takkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan niat menghantar tiga pegawai penyiasat (IO) ke London untuk bertemu Bala.

PSG: Gadis Penan terus diperkosa pembalak

Tujuh mangsa Penan yang dirogol dan dicabuli oleh pembalak di Baram, Sarawak tampil menuntut keadilan. 

Pen
deritaan dan kesengsaraan yang dialami oleh kaum pribumi itu yang dijadikan mangsa seks itu diluahkan melalui Kumpulan Penyokong Penan (PSG) - sebuah pertubuhan 36 badan bukan kerajaan NGO yang hari ini mengemukakan laporan terperinci kepada Parlimen.

Menurut PSG, wanita Penan secara sistematik diperkosa pembalak di Baram dan ia masih berterusan meskipun dinafikan oleh kerajaan negeri Sarawak dan polis pula didakwa gagal bertindak.

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]