Pendedahan Untuk Rakyat, Anwar Rela Terima Hukuman

Monday, April 5, 2010

HULU SELANGOR 5 APR: Datuk Seri Anwar Ibrahim rela digantung dari menghadiri sidang Parlimen berhubung pendedahan yang mengaitkan kerajaan Umno-Barisan Nasional dengan Apco Worldwide yang didalangi Yahudi berfahaman Zionis.

Ahli Parlimen Umno-BN dijangka mengemukakan usul untuk menghadapkan Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi menggantung Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu untuk tempoh yang tidak diketahui.

Anwar membuat kenyataan berani itu semasa berucap depan kira-kira 3,000 pengundi Hulu Selangor pada Majlis Penerangan Kerajaan Negeri Selangor di Kampung Desa Maju, Sungai Tengi.

Beliau mencabar Datuk Seri Najib Razak supaya menjawab persoalan yang ditimbulkan khususnya kaitan APCO dengan bahagian perisikan Israel, Shin Bet serta butiran perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan dengan firma itu.

Anwar turut membidas Pemuda Umno yang lantang menuduh beliau mengkhianati Melayu tetapi menjahit mulut apabila isu APCO yang jelas ada kaitan dengan Yahudi Zionis, dibangkitkan.

Ucapan beliau juga menyentuh isu calon yang bakal membawa cabaran PKR. Anwar memberi jamiman calon PKR memiliki kewibawaan dan kredibiliti dalam memperjuangan nasib rakyat di Hulu Selangor.

Ketua Pembangkang itu juga berjanji betapa karenah segelintir calon PKR pada pilihan raya umum lalu hingga menimbulkan masalah kepada perjuangan rakyat, tidak akan berulang.

TV Selangor

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]