Najib diminta bahas status royalti minyak di Dewan Rakyat

Wednesday, April 14, 2010
Dzulfikar Mashoor   

KUALA LUMPUR, 13 April: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) meminta Datuk Seri Najib Tun Razak tampil di Dewan Rakyat untuk membahaskan status hak royalti minyak Kelantan, sekiranya Perdana Menteri jujur menghayati semangat federalisme.

"Sebab itu, saya minta Perdana Menteri tampil di Dewan Rakyat dan hormati federalisme (dengan) jelaskan (serta) tunaikan royalti minyak Kelantan," ujarnya.

Beliau turut menyindir Ahli Parlimen Barisan Nasional kerana menafikan hak Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapat royalti minyak.



Beliau membuat sindiran terbuka itu kerana menganggap Kerajaan Pusat tidak menghayati semangat federalisme antara kerajaan Persekutuan dan kesemua 14 kerajaan negeri.

"Takkanlah selepas 50 tahun, Ahli-ahli Parlimen kita perlu dikuliahkan lagi," jelas beliau selaku Ahli Parlimen Kubang Kerian dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2010, petang tadi.

"Tidak mungkin wujudnya federalisme, kalau tidak ada kerajaan negeri, (maka) bukan kerajaan Persekutuan sahaja mempunyai hak (ke atas royalti minyak)."

Ujarnya lagi, kerajaan tidak perlu mengambil sikap defensif seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan mencabar pembangkang membawa kes tersebut ke mahkamah sekiranya tidak berpuas hati dengan penjelasan Ahli Parlimen Padang Rengas itu.

Bagi beliau, sepatutnya kerajaan Persekutuan menujukkan semangat federalisme yang lebih sihat apabila kerajaan Kelantan menuntut wang royalti minyak.

"Apa lagi daya kerajaan yang ada pada Kelantan pada hari ini apabila kerajaan menafikan haknya (royalti minyak) seperti dijamin oleh federalisme," ujarnya.

Ini kerana, menurut beliau, wang royalti minyak tersebut akhirnya digunakan demi kepentingan rakyat Kelantan sendiri.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof kemudiannya mempersoal sikap tidak adil kerajaan Persekutuan terhadap negeri-negeri yang mempunyai minyak.

"Kalau Terengganu boleh dapat wang royalti minyak, kalau Sarawak boleh dapat royalti minyak, kalau Sabah boleh dapat royalti minyak, mengapa kerajaan Kelantan tidak dapat," ujarnya.

Lanjutan itu, beliau bertanya kepada Salahuddin, perlukah Kelantan keluar dari Persekutuan disebabkan kerajaan Pusat melanggar semangat federalisme.

Menjawab soalan itu, Salahuddin merumuskan kenyataan Siti Zailah sebagai mewakili suara rakyat marhaen Kelantan dalam isu royalti minyak.

- Harakah Daily

0 Komen:

Post a Comment

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]