Dekati masyarakat melalui kebajikan - Idris

Monday, April 5, 2010
Hashim Abdullah  

KUALA LIPIS, 5 April: Pimpinan PAS disemua peringkat diarahkan meningkatkan usaha memperkasa parti dengan mendekati semua pihak terutama dalam program kebajikan kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Ustaz Idris berkata demikian dalam ucapan perasmiannya di Mesyuarat Agung PAS Kawasan Lipis, kali ke 42, di Hotel Centerpoint, dekat sini, semalam 

Kata Idris pimpinan PAS diperingkat kawasan terutamanya perlu sentiasa turun padang bagi memantau pergerakan ahli di peringkat cawangan bagi memastikan mereka benar-benar berfungsi ditengah masyarakat.

“Pimpinan kawasan kena selalu buat lawatan ke cawangan-cawangan bagi memantau kerja mereka. Kita kena ada personal touch dengan mereka, tak boleh main pakai helo-helo saja, mereka ada perasaan, mereka perlukan perhatian dan bimbingan sentiasa ajar mereka bagaimana nak kerja dengan baik dan berkesan,” katanya.

Tambah Ustaz Idris dalam usaha meningkatkan penyertaan rakyat dalam perjuangan yang dibawa PAS beliau mengingatkan petugas PAS supaya sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan rakyat melalui program yang dianjurkan terutama yang membabitkan soal kebajikan.

“Sebagai parti yang menyokong perjuangan rakyat kita kena adakan banyak program bersama dengan mereka. Kita kena ambil tahu masalah mereka, ambil berat tentang kebajikan mereka dan jalinkan hubungan baik, barulah kita sampaikan maklumat kepada mereka untuk bersama dengan kita menentang kezaliman yang dilakukan UmnoBN,”katanya

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]