205 pelajar jadi mangsa kempen BN
Friday, April 23, 2010
HULU SELANGOR, 22 April: 205 dari 414 lepasan SPM di sini tahun lalu, bersama ibu bapa masing-masing, yang memohon untuk menyambung pelajaran ke politeknik di seluruh negara tahun ini telah menjadi mangsa kempen Umno-BN, sempena pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini, semalam.
Untuk mendapatkan surat tawaran kemasukan ke politeknik bagi pengajian peringkat diploma, mereka dipaksa berkumpul di Kolej Komuniti Hulu Selangor yang terletak di Batang Kali dan menghabiskan masa sehari dari jam 9 pagi hingga 4 petang di kolej tersebut.
Meskipun pelajar-pelajar terbabit terdiri daripada mereka yang sememangnya berkelayakan, setelah dilulus tapis permohonan yang dikemukakan menerusi on-line sebaik menerima keputusan SPM tahun lalu, mereka tetap juga diminta hadir dan berkumpul di kolej itu bagi menjayakan program yang telah dirancang oleh pihak Umno-BN bersama pentadbiran institusi itu.
Pada hal penyerahan surat tersebut, seperti yang lazim dilakukan oleh politeknik sebelum ini, tidak pernah dilakukan menerusi majlis khas seperti itu. Sebaliknya, ia hanya dihantar oleh pihak pentadbiran politeknik menerusi pos sahaja ke rumah-rumah pelajar terbabit.
Justeru menerusi 'Program Sehari Politeknik KPT Bersama Rakyat Parlimen Hulu Selangor' bagi acara Penyerahan Surat Pra-tawaran Kemasukan Ke Politeknik itu, jelas membuktikan program tersebut mempunyai muslihat politik yang ketara oleh pihak Umno-BN bagi meraih undi para pengundi di Hulu Selangor, walaupun terpaksa memperalatkan para pelajar dan ibu bapa.
Lebih ketara lagi apabila program itu juga turut melibatkan Menteri Pengajian Tinggi sendiri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang turut memperuntukkan sekitar dua jam dari masa kempennya di Hulu Selangor untuk menyampaikan surat tawaran itu kepada pelajar-pelajar terbabit, sebelum disambung oleh pihak pentadbiran politeknik.
Bagaimanapun, daripada 441 pemohon yang dipanggil untuk mengambil surat tawaran itu, hanya 205 sahaja yang hadir. Mereka yang hadir dijamin akan diterima masuk ke institusi itu, manakala nasib mereka yang tidak hadir tidak pula diketahui selepas ini.
Sempena majlis itu, Datuk Khalid turut menyampaikan sumbangan yang disumbangkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 50 pelajar miskin yang terdiri daripada pelajar-pelajar Melayu, Cina dan India di Hulu Selangor yang menuntut di tingkatan satu hingga empat, berupa kemasukan RM150 sebulan ke akaun pelajar-pelajar terbabit menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
Daripada 50 pelajar terpilih untuk menerima sumbangan tersebut, jumlah besarnya terdiri daripada pelajar-pelajar kaum India.
Pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan 25 April ini menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan calon BN dari MIC, P Kamalanathan.
Mengikut bancian yang dilakukan oleh pakar-pakar strategi PKR dan BN sehingga ke hari ini, Zaid mendapat sokongan yang jauh lebih besar berbanding Kamalanathan terutama daripada kaum Cina dan India.
Oleh itu, pemilihan terhadap pelajar dari kaum India yang jauh lebih besar berbanding kaum lain untuk menerima sumbangan itu turut dilihat sebagai salah satu unsur kempen oleh pihak BN untuk meraih undi kaum undi terhadap calon BN.
Lebih jauh dari itu, jumlah pelajar miskin di Hulu Selangor jauh lebih besar jumlahnya berbanding jumlah yang dipilih untuk menerima sumbangan itu. Kemiskinan di Hulu Selangor pula bukan hanya di kalangan kaum India, tetapi juga di kalangan orang Melayu.
Jadi pemilihan ke atas kaum India yang jauh lebih besar jumlahnya berbanding orang Melayu untuk menerima sumbangan itu turut menjadi tanda tanya di kalangan orang ramai, lebih-lebih lagi ia disampaikan ketika kempen pilihanraya.
- Harakah Daily

Melalui
INFO DPPSA
|
pada
3:29 PM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
▼
2010
(1112)
-
▼
April
(150)
- Nik Aziz Terima Ugutan Bunuh Dari Pemuda Umno…..
- MP seru lebih ramai saksi kes Aminulrasyid tampil
- Mangsa tembak tahun lepas juga akan saman
- Zaid kemuka petisyen, saman Utusan
- Kes remaja mati ditembak polis ke Dewan Negara
- Khutbah Bersih Daripada Politik: Hasan Ali buat la...
- Keluarga Aminulrashid Terharu Dengan Keprihatinan ...
- PAS Hina Sultan atau Umno Yang Maki Sultan?
- 1 malaysia mula menyesatkan
- Lagi penerbit TV dakwa campurtangan politik
- DAP Mahu Hantar Memorandum, Prosedur Tembak Perlu ...
- Tuduh Aminulrasyid penjenayah, kerajaan perlu moho...
- Saya terus terduduk, terus menangis – rakan Aminul...
- KTMB : PAS Ucap Tahniah dengan wujudnya Gerabak Kh...
- ATM di saman RM 5 juta Kes Enjin Hilang
- IBU AMINUL RASHID RAYU ALLAHYARHAM TIDAK DIKAITKAN...
- Mangsa tembakan polis terkejut, ia berulang kembali
- Keadilan Untuk Aminulrasyid
- DPPSA MENDENGAR RINTIHAN IBU AMINULRASYID
- Saran s'jaya bebas siasat kes Norizan, Aminulrasyid
- Kematian Aminulrasyid satu pembunuhan - peguam
- Remaja ditembak: Polis diminta jamin keselamatan s...
- 'Jangan lapor bukan-bukan', rayu ibu Aminulrasyid
- Tak padan, BN belanja puluhan juta untuk 1700 undi
- Hulu Selangor tidak jejas komitmen 'ke Putrajaya'
- Kemenangan BN sekadar catatan palsu
- Hulu Selangor: Keputusan kalah tidak mengejutkan
- "Lawan tetap lawan!"
- ‘Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor
- Aduan polis Orang Asli 'dihalang' mengundi
- 'Seseorang Mengundi Untuk Kami', Tiga Buat Laporan...
- Bas bawa keluar ‘pengundi hantu’ dari IKBN?
- Anwar : Pilih Pemimpin Berwibawa
- Pakatan mahu merdekakan peneroka - Anwar
- Anak Ghafar Baba di pentas Anwar
- Umno Macam Ada Nabi Lain, Hulu Selangor Perlu Ajar...
- Umno maki saya, Tok Guru nasihat bersabar - Zaid
- Hari hari terakhir berkempen di Kalumpang
- PAS ada bukti hubungan Malaysia-Israel
- Zaid ajak rakyat Hulu Selangor lawan rasuah
- Anwar: Allah takdirkan 'Projek 16 Sept' tak jadi
- Dasar Pakatan Rakyat Formula 'Buta Warna'
- Mengapa Umno-BN cukup gerun jika Zaid menang?
- Pembangkang label calon BN pengundi hantu
- Jangan Terperangkap Janji Kewarganegaraan
- 205 pelajar jadi mangsa kempen BN
- Nik Aziz gempur Hulu S'gor mulai esok
- Anwar: Kamu Boleh Hukum Saya, Tetapi Kamu Tidak Bo...
- Scorpene: Tubuh Suruhanjaya Khas, Najib diminta cuti
- PAS Pandang Serius Peningkatan 50 Peratus Jenayah ...
- Lompat melompat di musim pilihanraya : PR yang untung
- 7,000 petugas PAS berkempen bantu Zaid
- Campurtangan politik: Penerbit ntv7 letak jawatan
- Keluar AMK kerana tidak dapat jawatan
- PAS: Mengapa baru mahu dipindahkan?
- Gasolin: Kerajaan Najib pro-Israel
- Mahkamah bebas pelajar pondok pakai serban
- Untung jika pilih Zaid - Husam
- Perasmi Kilang Arak Di Malaysia
- Sultan, menteri besar dan rakyat jelata...
- Tanpa gasoline Iran akan lumpuh - Benjamin Netanyahu
- Siasah kita di Hulu Selangor
- Hulu S'gor: BN lwn PKR, 2 calon Bebas tarik diri
- Zaid dah Bertaubat mereka ini bagaimana?
- Fitnah, akhbar Selangor Kita berdepan saman
- Halili buktikan pemilihan Zaid tepat
- Sembang Santai Bersama YB Parlimen Shah Alam
- Sekitar Penamaan Calon PRK Hulu Selangor
- Malam Seni Dataran Shah Alam Mendapat Sambutan Hangat
- Taklimat Perlembagaan PAS : Menjelas kekeliruan
- Gamis seru mahasiswa turun di Hulu Selangor
- Kapal selam Malaysia 'muncul' di Hulu S'gor
- Hulu Selangor Diabai Kerajaan Umno BN, Perlu Ahli ...
- Tolak politik ganas BN
- PKR dakwa SPR seperti parti komponen BN
- Hubungan Dengan Kerajaan Selangor Perlu Untuk Bela...
- Kerajaan Malaysia jadi 'pak turut' Washington
- Nama 1Malaysia: TPM ditempelak
- Pakatan Rakyat Terus Mara Walau Ditimpa Ketidakadilan
- Pengundi India protes bantah Umno kawal MIC
- Dr M tak akan berkempen di Hulu S'gor
- Rasuah Penjualan Kapal Selam : Pihak Berkuasa Pera...
- Lebih 70% pengundi Cina sokong Pakatan - Hassan Ali
- PAS beri Amaran-Jangan benarkan Tony Blair jejak k...
- DPPSA : 3 PROGRAM 1 MALAM
- Demo bantah APCO esok
- Tidak beriman: Khalid minta Harussani nafi, tarik ...
- SERUAN DERMA JIHAD PRK HULU SELANGOR
- PAS mahu kerajaan beri penjelasan berhubung JK Ant...
- Pendatang haram India jadi ahli Umno di Sabah
- Prasarana sekolah di Shah Alam macam luar bandar
- Nuklear: PAS mahu negara tidak double standard
- Meng"kualiti"kan anggota PAS
- Malaysia Tanggung Risiko Keselamatan Walaupun Khid...
- Pornthip setuju ke Malaysia beri keterangan
- Selangor: Lawatan Ke Luar Negara Tidak Digalak, Gu...
- Najib diminta bahas status royalti minyak di Dewan...
- Mengapa Kementah beli kasut wanita RM27.5j?
- TERKINI: Kertas Putih YBK Mula Diedar Hari ini
- Israel: Anwar jadi 'beg tinju' ahli parlimen Umno
-
▼
April
(150)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
0 Komen:
Post a Comment