Tolak politik ganas BN

Sunday, April 18, 2010
HULU SELANGOR, 18 April: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor amat kecewa dengan budaya keganasan politik oleh penyokong Barisan Nasional (BN) pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.

Justeru, ketua penerangannya, Mohd Ezli Mashut menggesa agar pengundi di Hulu Selangor menolak corak keganasan politik BN yang semakin tertekan akibat perpecahan dalaman sesama sendiri yang amat dahsyat.


Baginya, pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor amat bertuah kerana Pakatan Rakyat menampilkan calonnya iaitu Datuk Zaid Ibrahim seorang individu berjiwa besar yang berintegriti, berwibawa dan prihatin kepada rakyat.

Katanya, para pengundi di Hulu Selangor boleh menilai dua tahun pemerintahan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat bahawa boleh membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat tanpa rasuah dan penyelewengan kuasa.

“Ia berbeza dengan pemerintahan BN yang terus mengamalkan  budaya rasuah, terpalit skandal moral dan kerakusan kuasa.

“Akibatnya, BN cuba membawa budaya keganasan politik dengan menggunakan taktik fitnah, kekerasan dan ugutan untuk meraih undi,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya, AMK Selangor yakin pengundi di Hulu Selangor semakin bijak memilih dan mendapatkan maklumat yang tepat.

Beliau berkata, budaya keganasan politik yang cuba di bawa masuk ke Hulu Selangor oleh BN amat jelas bertentangan dengan nilai keharmonian dan perasaan kasih sayang dalam masyarakat pelbagai agama dan kaum di situ.

Justeru, tambahnya BN perlu ditolak dalam pilihan raya kecil itu yang sudah tidak lagi hormat kepada ketenteraman, kedamaian dan kasih sayang masyarakat pelbagai kaum.

“Pakatan Rakyat membawa gagasan besar di Hulu Selangor untuk membawa masyarakat di sini hidup dalam suasana lebih mesra dan berkasih sayang antara pelbagai kaum tanpa sebarang perasaan prejudis,” katanya.

- Harakah Daily

0 Komen:

Post a Comment

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]