Siasah kita di Hulu Selangor

Tuesday, April 20, 2010
http://episodeperjuangan.blogspot.com   
1. Semua anggota pemuda PAS [ahli dan pimpinan] telah dikerah turun bertugas dan berjuang di P.094 Hulu Selangor bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat [Zaid Ibrahim] mewakili Parti Keadilan Rakyat.

2. Atas semangat dan akhlak kita bertahaaluf siasi [kerjasama politik], biarpun ia bukan calon dari parti kita sewajarnya kita bekerja dan membantu laksana ia dari parti kita sendiri. Justeru sekali-kali kita tidak boleh memberi ruang kepada Barisan Nasional mendekati jumlah 2/3 majoriti penguasaan mereka di parlimen.

3. Ia tidak hanya berpaksi kepada kepentingan politik lantaran politik hanya alat. Apa yang paling penting ialah perjuangan kita untuk menghalang UMNO dan BN berkuasa dan memperkukuhkan kuasa mereka di Parlimen.

4. Andai diberi peluang UMNO dan BN memperkukuhkan kuasa mereka di Parlimen kelak, ianya akan menjadikan mereka lebih angkuh dan sombong. Ia juga kelihatan seperti kita terus membenarkan segala penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan 1001 mungkar Barisan Nasional yang sekian lama telah didedah serta dibongkar.


5. Turun ke medan pilihanraya atas tujuan menghalang kemaraan UMNO dan BN memperkukuhkan kuasa mereka di Parlimen adalah sebahagian dari perjuangan kita [an nahyu a'nil mungkar] dan ianya satu ibadah suci. Sungguhpun peribadi calon Pakatan Rakyat di P.094 teruk dipertikai oleh blogger-blogger yang pro Barisan Nasional, perlu disedari bahawa UMNOlah yang bertanggungjawab mengheret saudara Zaid Ibrahim terperangkap dalam situasi yang sedemikian seketika dulu.

6. Saya yakin dan percaya, andai Zaid Ibrahim sedari awal lagi tidak bersama dengan UMNO dan BN beliau tidak akan terjebak dalam situasi mungkar yang sedemikian rupa. Nyata UMNO dan BN tidak menawarkan penghayatan agama yang baik kepada anggota mereka. Kemungkaran itu hanya dilihat salah apabila individu terbabit bertindak keluar dari UMNO dan BN.

7. Kini Zaid Ibrahim bersama Pakatan Rakyat. Beliau mendekati Tok Guru dan sering menghadhiri pentas bersama dengan pimpinan PAS selain PKR dan DAP. Hasilnya, beliau kini dengan berani mengakui bahawa beliau telah memohon maaf [ampun] atau taubat kepada Allah swt. Malah beliau juga tidak lagi mengulangi kesilapan lalu. Ertinya mudah-mudahan beliau telah menemui "jalan pulang" yang benar dan selamat.

8. Nabi saw pernah menyebut bahawa semua anak Adam berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah orang yang bertaubat [kesal dan tidak lagi mengulangi kesilapan lalu]. Sementara pintu taubat belum ditutup, Allah swt senantiasa berbangga dengan hambaNya yang bertaubat. Justeru inilah calon pilihan terbaik berbanding UMNO dan BN yang jelas kelihatan terus mempertahankan kemungkaran yang mereka lakukan.

9. Seperkara yang utama perlu saya tegaskan di sini buat semua pemuda, setelah kita menyedari bahawa kita perlu menang dan kemenangan yang kita mahu capai bukan untuk memuaskan nafsu tamakkan pengaruh dan kuasa, sebaliknya kerana mahu melunaskan cita-cita suci menegakkan keadilan, kesaksamaan, kesejahteraan dan keharmonian serta memastikan syariat serta syiar Islam terpelihara dan mampu didaulatkan, maka:

1. bertugas dan berjuanglah dengan ikhlas dan tulus
2. hubungkan diri dengan Allah seraya mengharap pertolonganNya
3. jaga akhlak dan etika berkempen justeru ia satu dakwah
4. tampilkan ketinggian budi dan ketulusan hati
5. jauhkan diri dari provokasi dan kawal emosi
6. fahami pilihanraya juga adalah sebuah perjuangan
7. bezalah diri dari penampilan dan pendekatan musuh
8. elakkan fitnah dan bercakap bohong
9. bertindak benar dalam tindakan dan perkataan
10. senantiasa bersedia dan mematuhi arahan pimpinan

10. Kemenangan adalah anugerah Allah swt. Pastikan hubungan kita dengan Allah swt erat dan rapat. Ianya adalah sebahagian pra syarat kemenangan yang wajib dipatuhi. Jangan pisahkan kerja-kerja pilihanraya dari tanggungjawab ubudiyyah kita kepada Allah swt. Jangan kerana sibuk dan leka berkempen sehingga terlupa waktu solat dan baca al mathurat. Manafaatkan semua ruang dan peluang untuk mendekati madu'u dan berikan maklumat yang benar lalu doakan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar jua. Elakkan diri daripada:

* pergaduhan dan mencetus keganasan [provokasi]
* caci maki dan sorak sorai yang tidak bermoral/akhlak
* menabur fitnah dan melakukan perbuatan khianat
* mengganggu ketenteraman awam dan meresahkan pengundi

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]