Prasarana sekolah di Shah Alam macam luar bandar

Wednesday, April 14, 2010
Dzulfikar Mahsoor   
KUALA LUMPUR, 14 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) berkata, prasarana asas sekolah di luar bandar bukan sahaja gagal disediakan oleh kerajaan, malah di ibu negeri Selangor masih bermasalah seperti di kawasan luar bandar.
Justeru, beliau menyuarakan rasa skeptitisme dengan jawapan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd Fuad Zarkashi kerana terlalu lama masalah kepadatan pelajar di beberapa sekolah di Shah Alam gagal diselesaikan.
"Saya terima jawapan (Mohd Fuad), tetapi saya mempunyai sedikit skeptitisme," jelas beliau dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi ini.
Menurut beliau, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seharusnya mempercepat pembinaan sekolah di Seksyen 10, Shah Alam kerana beberapa sekolah yang sedia ada tidak mampu menampung lambakan pelajar, ekoran kepesatan penduduk.
"Sejak tahun 2002, suatu tapak telahpun diluluskan tetapi disebabkan projek tidak siap, beberapa sekolah terpaksa tampung (lambakan) pelajar."
"Di Bukit Beruntung umpamanya, bagi satu darjah, tujuh hingga lapan kelas," jelasnya.
Disebabkan beberapa masalah yang dianggap malas segar di Shah Alam, beliau mempertikai kemampuan KPM dalam mereputasi sistem pendidikan nasional.

"Bukan sahaja prasarana asas sekolah di luar bandar gagal disediakan oleh kerajaan, malah di ibu negeri Selangor (Shah Alam) masih bermasalah seperti di kawasan luar bandar.
Lanjutan itu, beliau meminda Dr. Mohd Fuad menjelaskan tahap kesanggupan kerajaan menyelesaikan masalah pendidikan di Seksyen 10.
Menjawab soalan itu, Dr. Mohd Fuad meminta Khalid supaya tidak mempertikai komitmen kerajaan dalam mereputasi sistem persekolahan nasional.
Dalam pada itu, beliau mengakui bahawa kerajaan begitu cermat dalam menguruskan dana peruntukan kementerian.
Pun begitu, beliau menjelaskan bahawa kementerian tetap membina beberapa sekolah berasaskan pada lokasi tapak pembinaan yang sesuai.
Selain itu, beliau berkata, kawasan pembinaan sekolah itu mestilah mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik.
Tambahnya lagi, KPM turut mengkaji tahap kepadatan pelajar di sesebuah kawasan kediaman yang baru sebelum membina sesuatu prasarana sekolah tersebut.
Khalid kemudiaannya meminta Dr. Mohd Fuad menjelaskan pendirian berhubung status RM28 juta yang dihanguskan untuk Firma Perundingan Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) pada tahun 2009 lalu.
Dr. Mohd Fuad enggan menjawab soalan itu kerana tidak mahu terjebak dalam soalan berbaur politik.

0 Komen:

Post a Comment

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]