Mutalibmd.blogspot.com |
ISU Pendatang asing tanpa izin di Sabah semakin menular berikutan pendedahan seorang warganegara Malaysia, Kamaruddin Omar bahawa ramai warga asing India menetap di Sabah setelah memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan kad pengenalan projek atau palsu. Pada mulanya, penulis hanya berjaya menjejak kes pemalsuan dokumen seorang belia India di Sabah iaitu Velutha Mannil Yousaf Abotty yang dilahirkan pada 10 Jun 1971 di Quilandy Kerala, India. Velutha telah memohon visa daripada Kedutaan Malaysia di Madras pada 13 Ogos 1990 dan diluluskan visa bernombor 18282/90 untuk tempoh selama dua bulan. Yousaf tiba di Singapura pada 7 Ogos 1990 dan berada di sana sehingga 21 Ogos 1990 dengan menggunakan pas lawatan bernombor 2573/B2. Yousaf ke Kuala Lumpur pada 22 Ogos 1990 dengan menggunakan pasport India S 690334 yang dikeluarkan pada 5 April 1990 di Kozhikode, India. Yousaf telah mengisi Departure Card bernombor AT 438263 di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dan diberi kebenaran untuk berada di dalam negara ini selama dua bulan sehingga 21 Oktober 1990 atas lawatan sosial. Penulis tidak tahu bagaimana Yousaf boleh menyusup masuk ke Sabah ddan sampai di Lahad Datu sekitar 1994. Yousaf telah memperoleh surat beranak daftar lewat yang dikeluarkan oleh Dr Chaw Tet Loong, Pegawai Perubatan Semporna bernombor 3870/91 bertarikh 30 April 1991. Mengikut sijil lahir tersebut, Yousaf dilahirkan di Kampung Sungai Nasip Semporna pada 10 Jun 1971. Bapanya Kasim Bin Abdul (India Muslim) dan ibunya Saripa Bte Motok (Melayu). Melalui sijil lahir tersebut, Yousaf telah berjaya mendaftar kad pengenalan dan diberi resit JPN 1/9 bernombor 7416169 pada 21 Februari 1995 oleh Pejabat Pendaftaran Negara Kota Kinabalu. Bagaimanapun sehingga kini Yousaf belum menerima kad pengenalan tersebut dan hanya memegang resit JPN 1/9 dan sijil lahir 3870/91. Kes berkenaan agak sepi sehinggalah pendedahan beberapa orang warga Malaysia berketurunan India atau Mamak menjelang penerbitan buku 007-Lelaki Malaysia Terakhir? yang memaparkan beberapa nama Pendatang Haram India seperti Abdul Jabbar Munthalif yang berjaya di Sabah setelah mendapat Kad Pengenalan Projek dan menjadi ahli DPIM. Paling mengejutkan, pendedahan jujur Kamaruddin yang mendakwa bahawa Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim (DPIM) yang diketuai oleh Datuk Baisul Khan Salman Faris menjadi Pusat Merekrut Pendatang Haram India melalui sebuah sindiket yang mempunyai hubungan rapat dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Sabah. Kejayaan Setiausaha Agung DPIM, Mohd Ansar Maidin memperoleh kad pengenalan melalui kaedah pendaftaran lewat surat lahir dengan memalsukan keterangan dirinya membuka dimensi baru yang selama ini hanya tertumpu kepada Surat Akuan dan penyalahgunaan Borang Persatuan seperti Pekida dan Persatuan Kebangsaan Bugis Sabah (PKBS) sebagai modus operandi untuk mendapatkan kad pengenalan Sabah. Ansar @ Ansari telah membayar sejumlah wang kepada seorang wanita berketurunan India daripada Papar untuk mendapatkan sijil lahir daftar lewat dengan membuat akuan palsu bahawa Ansar adalah anaknya walaupun tembuni dan ibu yang melahirkan Ansar masih berada di India. Peluang Ansar untuk berjaya sebagai peniaga telah melupakan jenayah yang dilakukannya di India dan juga jenayah memalsukan keterangan diri di Malaysia, apatah lagi berani muncul membuat laporan polis dan mencabar Kamaruddin, disifatkan sebagai tindakan paling bodoh yang pernah dilakukannya. Dengan salinan pasport India Ansar masih dalam simpanan Kamaruddin, Ansar telah meludah ke langit dengan muncul di Balai Polis Karamungsing dan membuat kenyataan akhbar di Daily Express bersama Baisul Khan. Apakah Ansar yakin bahawa beliau kebal kerana menjadi ahli UMNO dan pemilih berdaftar sehingga tidak ada siapa yang boleh menggugat kedudukannya dan perniagaannya di Malaysia yang terus menghantar wang balik ke India? Kini dengan pendedahan Klip video Kamaruddin untuk masyarakat India diapungkan di Youtube yang bertajuk 'Kuch-Kuch Hota Hai Malaysia'telah menaikkan kemarahan rakyat Sabah. Namun yang paling merasa kesan dan terancam oleh pendedahan ini ialah Baisul Khan kerana ramai pihak telah menulis surat kepada Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah, mencadangkan anugerah 'Panglima Gemilang Darjah Kinabalu' (PGDK) yang dianugerahkan kepada Baisul Khan ditarik balik. TAJ NESHA BEGAM BINTI BAISUL KHAN Anak Baisul, Taj Nesha Begam yang menjadi Pensyarah di Politeknik, Kota Kinabalu dipandang serong oleh masyarakat Sabah yang sensitif dengan isu Pendatang Haram sehingga ramai yang menghantar email ke blog ini memaklumkan bahawa anak Baisul Khan mengajar di Politeknik berkenaan. Tempias yang dirasai oleh Taj Nesha menyebabkan ramai rakannya semasa di sekolah memberikan pelbagai maklumat berhubung latar belakang bapanya yang bukan sahaja membantu Pendatang Haram India mendapatkan kad pengenalan projek, malah menyeludup masuk dan menyembunyikan Pendatang Haram India di suatu tempat rahsia bagi mengelak serbuan. Agak malang bagi Sarjana Muda Kejuteraan Mekanikal daripada Universiti Pahang ini kerana terpaksa membasuh dosa bapanya yang terjerat dengan cita-cita untuk menjadi terkenal dengan merekrut pendatang haram India dan berselindung di sebalik kekebalan DPIM yang menawarkan ruang dan peluang pihak penguatkuasa mendapat habuan. Begitu juga dengan seorang lagi Pendatang Haram India, Mohidden Batcha Sariff yang dilantik sebagai Bendahari Kehormat DPIM, seolah-olah lupa diri sehingga membuat laporan polis terhadap Kamaruddin pada 30 Disember 2008 di Balai Polis Karamunsing. Mohidin Batcha lupa bahawa anaknya, Abeed Fatimah Mohidin Batcha, pelajar tahun akhir Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat UMS adalah 'Anak Penyu' dan tidak berhak belajar di UMS. Batcha Sariff, harus menerima hakikat bahawa tembuninya dan isterinya ditanam di Tamil Nadu,India tidak mengikut jejak Ansar yang dilahirkan dua kali (India dan Sabah) dengan mendedahkan danmensirna masa depan dirinya dan anaknya yang cemerlang dalam pelajaran. Alangkah bertuahnya anak Mohiddin, Abeed Fatimah apabila dilahirkan sebagai 'Melayu' atau 'Bumiputera' sedangkan ibubapanya di 'India Tulen' yang sadur dengan kad pengenalan projek. Mohiddin, Baisul dan Ansari menafikan dakwaan Kamaruddin bahawa DPIM merekrut Pendatang Haram India sedangkan kesemua mereka adalah warganegara India yang mendapat kerakyatan secara tidak sah melainkan Baisul Khan yang mendapat taraf warganegara menurut kuat-kuasa Undang-Undang yang boleh ditarik balik atau dilucutkan pada bila-bila masa. DATUK BAISUL KHAN SALMAN FARIS Sebagai seorang Presiden DPIM, warga tulen Sabah hairan bagaimana Baisul yang memegang kad pengenalan 450611-71-5209 boleh dianugerahkan pingat PGDK sedangkan beliau bukan pemilih berdaftar atau ahli mana-mana parti. Apakah sumbangan dan jasa Baisul selain daripada meramaikan 'Warga India' di Sabah berikutan kenaikan mendadak kelahiran masyarakat India di Sabah iaitu 1,433 orang bagi tempoh 2000 hingga 2008. Sebelum ini, warga India di Sabah boleh dikira dengan jari sehingga memaksa Kongress India Malaysia (MIC) menggunakan teknik 'ahli hantu' yang diamalkan UMNO Sabah sejak 1991 dan mengklonan 'Pendatang Haram India' sebagai ahli Dwi-Parti iaitu MIC dan UMNO. Datuk V.Jothi yang mengetuai MIC Sabah sewajarnya lebih proaktif mengemaskinikan rekod keahlian MIC bagi mengelakkan partinya diharamkan kerana tidak mempunyai ahli yang mencukupi untuk menubuhkan bahagian dan cawangan sebagaimana yang didakwa oleh A.Nagaraju yang pernah menjadi Ketua Bahagian MIC Silam. Kebanyakan ahli 'MIC' kini begitu dominan di dalam DPIM kerana mereka lebih berminat berniaga daripada menyertai politik. Namun mereka menjadi 'Pengundi Setia' kepada Barisan Nasional sebaik sahaja mendapat kad pengenalan, apatah lagi mereka juga ahli UMNO selain ahli MIC dan DPIM! DAFTAR PEMILIH 2009 Kad Pengenalan 531115125085 / H0192908 Nama ABAS BIN ABDULLAH Tahun Lahir 15 Nov 1953 Jantina LELAKI Lokaliti 170 / 09 / 09 / 003 - KG DAMAT Daerah Mengundi 170 / 09 / 09 - TAMPARULI DUN 170 / 09 - TAMPARULI Parlimen 170 - TUARAN Negeri SABAH Kad Pengenalan 600109125261 / H0364350 Nama HABIBULLAH BIN MAJID Tahun Lahir 09 Jan 1960 Jantina LELAKI Lokaliti 170 / 10 / 08 / 001 - KG BERUNGIS Daerah Mengundi 170 / 10 / 08 - BERUNGIS DUN 170 / 10 - SULAMAN Parlimen 170 - TUARAN Negeri SABAH Kad Pengenalan 610803125199 / H0517453 Nama MOHD ALI BIN MOHIDIN Tahun Lahir 03 Aug 1961 Jantina LELAKI Lokaliti 170 / 10 / 05 / 001 - KG BATANGAN Daerah Mengundi 170 / 10 / 05 - BATANGAN DUN 170 / 10 - SULAMAN Parlimen 170 - TUARAN Negeri SABAH Kad Pengenalan 600414125129 / H0487472 Nama ABD KARIM BIN AHMAD Tahun Lahir 14 Apr 1960 Jantina LELAKI Lokaliti 170 / 10 / 08 / 001 - KG BERUNGIS Daerah Mengundi 170 / 10 / 08 - BERUNGIS DUN 170 / 10 - SULAMAN Parlimen 170 - TUARAN Negeri SABAH Kad Pengenalan 550102125151 / H0538568 Nama MOHD RASHID Tahun Lahir 02 Jan 1955 Jantina LELAKI Lokaliti 171 / 12 / 06 / 001 - KG LIKAS Daerah Mengundi 171 / 12 / 06 - KAMPONG LIKAS DUN 171 / 12 - KARAMBUNAI Parlimen 171 - SEPANGGAR Negeri SABAH Kad Pengenalan 520311125249 / H0537741 Nama SHAIK BIN DAWOOD Tahun Lahir 11 Mar 1952 Jantina LELAKI Lokaliti 188 / 50 / 06 / 001 - BANDAR LAHAD DATU Daerah Mengundi 188 / 50 / 06 - LAHAD DATU BANDAR DUN 188 / 50 - LAHAD DATU Parlimen 188 - SILAM Negeri SABAH Walaupun beberapa rakyat Sabah telah menulis surat aduan rasmi, tetapi kehebatan ahli DPIM ini membakul sampahkan aduan dan terus menghirup udara segar Sabah amat dikesalkan. Sebagai contoh, dipaparkan saduran surat aduan terhadap seorang ahli DPIM iaitu Jabarullah Abdullah seperti berikut yang ditulis kepada Pengarah BPR (SPRM) untuk tatapan pembaca; Alimat Abulgoyah P.O.Box 27, 89257 Tamparuli Pengarah BPR, Bangunan Persekutuan, Jalam UMS Kota Kinabalu, Sabah. Jabarullah Abullah I/C No: 620704-12-5045/H 0488265. Ini orang dari India PTI, tapi dia ada My Card. Bini, anak perempuan, anak lelaki dari India pakai pasport India. Itu hari kena tangkap Pegawai JPN pasal rasuah kerana Bininya ditangkap. Dia jadi takut sudah pasal dia pun nanti kena juga dia tipu. Jadi sekarang dia sama bini, anak perempuan, anak lelaki semua lari pulang kampong India. Tolong tahan dia jangan pulang baru boleh siasat sama dia. Dia tiada bukti apa-apa orang sini, bukan lahir sini kawan dia Cikgu Anis Bin Untol dia yang tolong sama dia masih ada kawan di imigresen dan JPN pakai duit rasuah itu orang ini tolong pulang kampung dia pulang ini minggu melalui Lapangan Terbang Kota Kinabalu atau Labuan. Tolong cepat sikit ambil tindakan sama dia. Ini orang tipu sama kerajaan tolong bersihkan negara. Ribu-ribu terima kasih. t.t s.k. Pengarah Imigresen Lapangan Terbang K.L Pengarah Imigresen Kota Kinabalu. Pegawai Imigresen Lapangna Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Satu surat lagi yang membawa maksud hampir sama ditulis dalam bahasa Inggeris; For your knowledge all; This person came from India. His wife and all his children now have my card that is I/C. He said he was borne in Tamparuli district area. But if he is really was borned in Tamparuli District area. Would you all please kindly trace out where this person really came from. For example his home town. Apart from that I also want you all people find out, from where his mother, father came from? If anyone of you can find out or solve all these as mentioned above, just, simply come to 'Restoran Selamat' The location is just next to 'Pejabat PBS' Tamparuli and reward will be given. May be this person is not human being. It is impossible that one part of his body was borned in India and another part was borned of his body was borned in Sabah. As a human being, as we all know, we are borned to this world only one time and in one place only. That is where someone borned from his or her mother. But it is my surprised to this person because he was borned twice by his mother. The sametime the places where he was borned, also two locations and may be got two fathers and two mothers. For the first time he entered Sabah in the year 2000. In his I/C or My Card his date of birth is in the year 1962, and yet his age now is nearly seventy (70) years old. I really know this person. Actually he was borned in India in the year 1948. It is really impossible too, at the very beginning he was borned in India and lastly he was borned again in Sabah. Only the god know all about him, since god is so merciful to us all. Again I tell all of you the truth. He is really not a human being. Those of you who want to becoming the people of Sabah (Sabahan) especially for foreigners who want be come Sabahan, at present applying my card or i/c, I urge you all people just simply meet him at restoran Selamat Tamparuli. As you all know all his friends are all big government officers. He can help you all, you all no need to worry much. And finally don't forget to bring money a long with you all. When you all are going to meet him. t.t Rakyat Malaysia Tulen, Kampung Tamparuli, Kampung Bontoi Kampung Mangkaladoi, Tamparuli, Sabah. Beberapa surat aduan lain akan dipaparkan dalam rencana tentang Jabarullah di masa akan datang. Dalam pada itu, menurut Kamaruddin, 99.9 % ahli DPIM adalah Pendatang Haram India yang ditulenkan melalui kewarganegaraan songsang dan Baisul Khan menjadikan DPIM sebagai Lubuk Emas untuk mendapatkan dana daripada lebih 400 peniaga India yang menyertai DPIM untuk tujuan tertentu termasuk mendapatkan pingat Datuk dan landasan politik. Kejayaan Baisul membentuk 'Empayar India Pendatang Haram' di Sabah, kata Kamaruddin membuatkan beliau lupa bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara kerana selama ini menggunakan 'wang'untuk menyelesaikan masalah termasuk membeli pingat 'Datuk.' Dakwaan Kamaruddin disahkan dan diperakui oleh Mantan Pegawai Pendaftaran yang menjadi mangsa konspirasi UMNO merampas kuasa di Sabah iaitu Yakub Damsah. Menurut Yakub, beliau telah menandatangani lebih 5,000 kad pengenalan yang mempunyai nama India ketika diarahkan menjalankan 'misi khas' menyelamatkan UMNO dalam pelan merampas kuasa daripada PBS sekitar 1991. Yakub yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1995, mendakwa beliau dan 14 rakannya menjadi 'kambing hitam' untuk menutup Skandal X-Files Kerajaan Persekutuan sedangkan mereka tidak pernah mengeluarkan kad pengenalan palsu. "Semua yang kami tandatangan adalah kad pengenalan asal, tetapi kami tidak tahu ianya diberi kepada siapa," ujar Yakub yang kesal kerana pemimpin negara membasuh najis ditangan mereka dengan 'mengurung' pegawai JPN yang jujur berkhidmat untuk negara bagi mengelakkan mereka bersuara. Kad Pengenalan atau Mykad Malaysia yang kononnya dinaiktaraf dan amat mahal untuk dihasilkan, kata Yakub kini bernilai Sifar atau tidak bernilai langsung. "Masa Jabar Khan dan Musa Aman buat dulu hanya bernilai RM10. Untuk stem sahaja. Tetapi yang kami tandatangani bernilai sifar," ujar Yakub yang mengesahkan semua kenyataannya di dalam buku 007-Lelaki Malaysia Terakhir? adalah benar dan tepat. Yakub yang bercadang untuk mengembalikan Mykadnya kepada Kerajaan Persekutuan dalam waktu terdekat amat kesal kerana Kerajaan Persekutuan telah 'menghapuskan' taraf dan hak rakyat tulen Sabah menyuarakan kebimbangan mereka dengan pertambahan warga asing India terutama ahli DPIM mendapat kad pengenalan secara tidak sah. "Bagi saya, kad pengenalan Malaysia tidak bernilai lagi. Saya lebih berbangga menggunakan sijil lahir saya," ujar Yakub yang memberitahu tempoh dua tahun lebih di dalam tahanan ISA telah merampas hak beliau sebagai 'Pegawai Awam' dan menjatuhkan maruahnya sebagai manusia. Kata Yakub, jika ISA menjadi Pusat Pemulihan, kenapa beliau kehilangan semua jawatan dan tidak menerima walau satu sen pencen sedangkan beliau telah berkhidmat kepada dengan dengan penuh dedikasi. "Mereka yang mendapat Mykad atau kad pengenalan melalui jalan songsang pula yang dijaga dan dipelihara oleh kerajaan," kata Yakub yang mengakui mengenali Ansar yang berasal daripada India. Sewajarnya, kata Yakub, Kerajaan Persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja untuk menyiasat isu kerakyatan songsang ini bagi membolehkan imej mangsa ISA dibersihkan dan Kerajaan Persekutuan harus bertanggung jawab membayar pampasan kepada mangsa yang diberhentikan semata-mata kerana 'berjasa' membantu UMNO merampas kuasa daripada Parti Bersatu Sabah (PBS). Kebimbangan Yakub mungkin sudah terlewat kerana lebih 30,000 warga India telah memiliki kad pengenalan Projek daripada Sabah kini bertebaran di Seluruh Malaysia. Berikut dipaparkan beberapa orang India Tulen yang telah diberi kad pengenalan dan menjadi 'Rakyat Malaysia' mengikut pintu belakang tetapi menderhakai Malaysia kerana melakukan sabotaj ekonomi dengan mengirimkan wang pulang ke India untuk melumpuhkan ekonomi Malaysia. Jika anda ternampak mereka ini di tempat anda, sila maklumkan kepada penulis dengan mengirimkan bukti bergambar. Mungkin wajah mereka sudah berubah, namun perhatikan mata mereka kerana mata tetap akan sama. Hadiah lumayan akan diberikan. |
Pendatang haram India jadi ahli Umno di Sabah
Wednesday, April 14, 2010
Melalui
INFO DPPSA
|
pada
5:14 PM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
▼
2010
(1112)
-
▼
April
(150)
- Nik Aziz Terima Ugutan Bunuh Dari Pemuda Umno…..
- MP seru lebih ramai saksi kes Aminulrasyid tampil
- Mangsa tembak tahun lepas juga akan saman
- Zaid kemuka petisyen, saman Utusan
- Kes remaja mati ditembak polis ke Dewan Negara
- Khutbah Bersih Daripada Politik: Hasan Ali buat la...
- Keluarga Aminulrashid Terharu Dengan Keprihatinan ...
- PAS Hina Sultan atau Umno Yang Maki Sultan?
- 1 malaysia mula menyesatkan
- Lagi penerbit TV dakwa campurtangan politik
- DAP Mahu Hantar Memorandum, Prosedur Tembak Perlu ...
- Tuduh Aminulrasyid penjenayah, kerajaan perlu moho...
- Saya terus terduduk, terus menangis – rakan Aminul...
- KTMB : PAS Ucap Tahniah dengan wujudnya Gerabak Kh...
- ATM di saman RM 5 juta Kes Enjin Hilang
- IBU AMINUL RASHID RAYU ALLAHYARHAM TIDAK DIKAITKAN...
- Mangsa tembakan polis terkejut, ia berulang kembali
- Keadilan Untuk Aminulrasyid
- DPPSA MENDENGAR RINTIHAN IBU AMINULRASYID
- Saran s'jaya bebas siasat kes Norizan, Aminulrasyid
- Kematian Aminulrasyid satu pembunuhan - peguam
- Remaja ditembak: Polis diminta jamin keselamatan s...
- 'Jangan lapor bukan-bukan', rayu ibu Aminulrasyid
- Tak padan, BN belanja puluhan juta untuk 1700 undi
- Hulu Selangor tidak jejas komitmen 'ke Putrajaya'
- Kemenangan BN sekadar catatan palsu
- Hulu Selangor: Keputusan kalah tidak mengejutkan
- "Lawan tetap lawan!"
- ‘Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor
- Aduan polis Orang Asli 'dihalang' mengundi
- 'Seseorang Mengundi Untuk Kami', Tiga Buat Laporan...
- Bas bawa keluar ‘pengundi hantu’ dari IKBN?
- Anwar : Pilih Pemimpin Berwibawa
- Pakatan mahu merdekakan peneroka - Anwar
- Anak Ghafar Baba di pentas Anwar
- Umno Macam Ada Nabi Lain, Hulu Selangor Perlu Ajar...
- Umno maki saya, Tok Guru nasihat bersabar - Zaid
- Hari hari terakhir berkempen di Kalumpang
- PAS ada bukti hubungan Malaysia-Israel
- Zaid ajak rakyat Hulu Selangor lawan rasuah
- Anwar: Allah takdirkan 'Projek 16 Sept' tak jadi
- Dasar Pakatan Rakyat Formula 'Buta Warna'
- Mengapa Umno-BN cukup gerun jika Zaid menang?
- Pembangkang label calon BN pengundi hantu
- Jangan Terperangkap Janji Kewarganegaraan
- 205 pelajar jadi mangsa kempen BN
- Nik Aziz gempur Hulu S'gor mulai esok
- Anwar: Kamu Boleh Hukum Saya, Tetapi Kamu Tidak Bo...
- Scorpene: Tubuh Suruhanjaya Khas, Najib diminta cuti
- PAS Pandang Serius Peningkatan 50 Peratus Jenayah ...
- Lompat melompat di musim pilihanraya : PR yang untung
- 7,000 petugas PAS berkempen bantu Zaid
- Campurtangan politik: Penerbit ntv7 letak jawatan
- Keluar AMK kerana tidak dapat jawatan
- PAS: Mengapa baru mahu dipindahkan?
- Gasolin: Kerajaan Najib pro-Israel
- Mahkamah bebas pelajar pondok pakai serban
- Untung jika pilih Zaid - Husam
- Perasmi Kilang Arak Di Malaysia
- Sultan, menteri besar dan rakyat jelata...
- Tanpa gasoline Iran akan lumpuh - Benjamin Netanyahu
- Siasah kita di Hulu Selangor
- Hulu S'gor: BN lwn PKR, 2 calon Bebas tarik diri
- Zaid dah Bertaubat mereka ini bagaimana?
- Fitnah, akhbar Selangor Kita berdepan saman
- Halili buktikan pemilihan Zaid tepat
- Sembang Santai Bersama YB Parlimen Shah Alam
- Sekitar Penamaan Calon PRK Hulu Selangor
- Malam Seni Dataran Shah Alam Mendapat Sambutan Hangat
- Taklimat Perlembagaan PAS : Menjelas kekeliruan
- Gamis seru mahasiswa turun di Hulu Selangor
- Kapal selam Malaysia 'muncul' di Hulu S'gor
- Hulu Selangor Diabai Kerajaan Umno BN, Perlu Ahli ...
- Tolak politik ganas BN
- PKR dakwa SPR seperti parti komponen BN
- Hubungan Dengan Kerajaan Selangor Perlu Untuk Bela...
- Kerajaan Malaysia jadi 'pak turut' Washington
- Nama 1Malaysia: TPM ditempelak
- Pakatan Rakyat Terus Mara Walau Ditimpa Ketidakadilan
- Pengundi India protes bantah Umno kawal MIC
- Dr M tak akan berkempen di Hulu S'gor
- Rasuah Penjualan Kapal Selam : Pihak Berkuasa Pera...
- Lebih 70% pengundi Cina sokong Pakatan - Hassan Ali
- PAS beri Amaran-Jangan benarkan Tony Blair jejak k...
- DPPSA : 3 PROGRAM 1 MALAM
- Demo bantah APCO esok
- Tidak beriman: Khalid minta Harussani nafi, tarik ...
- SERUAN DERMA JIHAD PRK HULU SELANGOR
- PAS mahu kerajaan beri penjelasan berhubung JK Ant...
- Pendatang haram India jadi ahli Umno di Sabah
- Prasarana sekolah di Shah Alam macam luar bandar
- Nuklear: PAS mahu negara tidak double standard
- Meng"kualiti"kan anggota PAS
- Malaysia Tanggung Risiko Keselamatan Walaupun Khid...
- Pornthip setuju ke Malaysia beri keterangan
- Selangor: Lawatan Ke Luar Negara Tidak Digalak, Gu...
- Najib diminta bahas status royalti minyak di Dewan...
- Mengapa Kementah beli kasut wanita RM27.5j?
- TERKINI: Kertas Putih YBK Mula Diedar Hari ini
- Israel: Anwar jadi 'beg tinju' ahli parlimen Umno
-
▼
April
(150)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
0 Komen:
Post a Comment