Lebih 70% pengundi Cina sokong Pakatan - Hassan Ali

Sunday, April 18, 2010


HULU SELANGOR, 16 April: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yakin 70 - 75 peratus pengundi Cina di Hulu Selangor akan memberikan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil 25 April ini.

Beliau juga yakin, lebih 60 peratus pengundi India juga akan memberikan sokongan kepada calon Pakatan walaupun calon BN adalah P Kalamathan dari MIC.

Di Hulu Selangor, pengundi Melayu adalah seramai 32,020  atau 52.7%, Cina seramai 16,964 atau 26.3%, India 12453 (19.3%) dan lain-lain 3,063 (1.7%).




"Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah mendapatkan sebanyak mungkin sokongan pengundi Melayu di kawasan ini," kata beliau ketika meraikan petugas PAS (gambar) dari Kelantan di Kampung Kelapa, Kuala Kubu Baru pagi tadi.

18 petugas PAS dari tiga kawasan iaitu Jeli, Gua Musang dan Tanah Merah sudah tiba di kampung berkenaan yang menjadi kawasan penempatan mereka.

Mereka adalah kumpulan pertama petugas PAS dari Kelantan yang datang ke Hulu Selangor untuk membantu jentera Pakatan Rakyat.

Malam ini dan esok, dua lagi kumpulan dari Kelantan akan sampai bagi membantu jentera PAS di Hulu Selangor ini.

Hassan Ali menemui para petugas ini bagi menyatakan ucapan terima kasih PAS Selangor di atas kedatangan mereka.

Sebelum itu, Hassan bersama dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan zakat kepada para asnaf yang layak di Masjid Kuala Kubu Baru.

Sementara itu, PAS Cawangan Kampung Kelapa yang terletak di pekan Kuala Kubu Baru yakin masyarakat India disitu akan menyokong calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini. Alasan yang diberikan adalah pergolakan yang berlaku dalam BN sekarang akan membawa sokongan itu kepada Pakatan.

Penolong Setiausahanya, Mohamad Zin Mahat, 69, (gambar kiri)  berkata, janji ini dinyatakan mereka kepada beliau sendiri.

"Salah seorang dari mereka yang memanjat kelapa dekat rumah saya untuk memasang bendera PAS dan Keadilan atas pokok itu," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily.

Melihat kepada kedatangan yang begitu ramai orang Melayu dalam majlis bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Masjid Kuala Kubu Baru pagi tadi, beliau juga yakin kebanyakan orang Melayu juga akan bersama Pakatan Rakyat.

Beliau yang sudah uzur dan terpaksa bertongkat datang bertemu Hassan Ali yang menziarahi petugas dari Kelantan yang ditempatkan di kampung itu.


- Harakah Daily

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]