Anwar: Kamu Boleh Hukum Saya, Tetapi Kamu Tidak Boleh Lari Dari Fakta

Friday, April 23, 2010


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas pemerintah kerana mempertahankan kerjasama Umno-APCO, yang mempunyai pertalian jelas dengan unsur-unsur Zionis.

Anwar berkata tidak pernah dalam sejarah tanahair, Kuala Lumpur berlutut kepada Amerika Syarikat, mengkhianati negara Islam mahupun menaungi unsur-unsur penjajah tanah Palestin, namun ianya berubah dibawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

"Kamu boleh hukum saya, tetapi kamu tidak boleh lari dari fakta. Jawatankuasa Kira-Kira Awam sendiri pernah membangkitkan kebimbangan terhadap APCO," tegas Anwar di Dewan Rakyat hari ini.


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dihadapkan dengan cubaan pemerintah untuk menggantungnnya selepas pemimpin reformasi itu membongkar hubungan Umno dan APCO.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Kota Belud Rahman Dahlan di Dewan Rakyat hari ini mengesahkan perlantikan APCO adalah perlu untuk mempertahankan kerajaan Umno-BN.

"Jika benar APCO tidak mempunyai pengaruh, bagaimana mungkin dasar luar negara kita bertukar mendadak?" kata Anwar dan menambah, "saya tidak pernah menafikan hubungan saya dengan Amerika Syarikat, tetapi saya bertegas dalam isu Afghanistan."

"Dasar kita terhadap Iran menunjukkan betapa lemahnya kita. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, bahkan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri tidak pernah berganjak dalam soal Afghanistan dan Palestin," katanya.

- TV Selangor

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]