Kapal selam Malaysia 'muncul' di Hulu S'gor

Sunday, April 18, 2010
Isu pembelian kapal selam yang dilihat 'suam-suam kuku' sejak akhir-akhir ini, muncul semula pada kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikannya sebagai modal ceramahnya di Pekan Kerling, malam semalam.

"Bukan saya yang buat laporan itu....jawab Najib jawab," katanya di hadapan kira-kira 500 hadirin.

Pembelian kapal selam itu timbul semula apabila terdapat pekembangan terbaru di Perancis di mana beberapa peguam di negara itu ingin penyiasatan dibuat semula.



Menurut Anwar, dua peguam hak asasi manusia di Perancis menuntut kerajaan negara itu menyiasat penjualan kapal selam kepada Malaysia itu.

Sebelum ini, pembelian kapal selamitu didakwa ada kaitkan dengan pembunuhan seorang model dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dhulu selangor 180410 tian chuaalam perkembangan berkaitan, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua pagi tadi juga menjadikan isu tersebut bagi modalnya berkempen kepada kira-kira 30 pengundi India yang beragama Kristian.

Beliau berkempen di gereja Victorious Living Assembly di Kuala Kubu Bharu pagi tadi.

Pada ucapan ringkasnya selama 15 minit, Tian yang juga ahli parlimen Baru menjelaskan, mahkamah di Perancis mahu menyiasat isu pembelian kapal selam berkenaan.

Pakatan Rakyat juga turut mengedarkan risalah kepada pengundi yang mempersoalkan pembelian kapal selam ini.

TinjauaNONEn Malaysiakini mendapati risalah yang menyiarkan gambar kapal selam tersebut turut diletakkan di pejabat operasi parti itu.

Selain gambar kapal selam, turut dijaja dalam kempen pilihan raya kecil Hulu selangor ini ialah isu kehilangan enjin jet pejuang Sukhoi, istana bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo dan isu PKFZ.


- Malaysia Kini

0 Komen:

Post a Comment

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]