Hulu Selangor Diabai Kerajaan Umno BN, Perlu Ahli Parlimen Berani Bersuara

Sunday, April 18, 2010
HULU SELANGOR 18 APR: Pengundi Parlimen kawasan ini memerlukan ahli parlimen yang berani  dan lantang bersuara di Dewan Rakyat bagi menjaga kepentingan mereka, kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Katanya, mereka tidak memerlukan ahli parlimen yang hanya menikus, mengiya dan mengangguk setiap kali kerajaan membuat keputusan tidak munasabah yang melibatkan kepentingan rakyat.

Dalam konteks ini, Tian Chua menyifatkan Datuk Zaid Ibrahim adalah pilihan yang tepat dan jitu kerana terbukti, bekas menteri undang-undang itu sanggup berkorban demi membela rakyat.


“Datuk Zaid Ibrahim berani berkorban, pernah berkorban. Beliau letak jawatan sebagai senator, menteri. Ini pengorbanan. Beliau bertanding, belum tentu menang.

"Kita mahu pilih orang yang hanya ikut cakap kerajaan? Atau pilih orang yang berani bercakap. Berani bersuara dan berani berdiri teguh atas prinsip,” kata Tian Chua.

Beliau juga lantang menegaskan politik baru yang dukungan Pakatan Rakyat tidak mampu diciplak UMNO Barisan Nasional.

Katanya, pendekatan politik baru ini mendorong Pakatan Rakyat dibanjiri pemimpin berjiwa besar yang konsisten menolak politik perkauman yang menjadi acuan UMNO-BN sekian lama.

- TV Selangor

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]