Fokus Khas Isu - Apakah ini satu muslihat ?

Monday, January 11, 2010
Dipetik dari Politik banjar

"..UMNO dan BN sebenarnya tak mampu mengatasi masalah yang rumit dan sensitif.."*


Oleh : zaidibrahim
Sudah jelas dari kejadian membakar gereja beberapa hari lalu, hubungan di antara sesetengah penganut agama minoriti Kristian dan majoriti Islam menjadi tegang. Tiga tahun dahulu kita melihat ketegangan yang sama di antara orang Islam dan penganut Hindu dari kes-kes seperti Murthi dan Subashini serta beberapa perkara lain.
Kerajaan yang sama iaitu UMNO dan Barisan Nasional cuma pandai buat seruan untuk perpaduan tapi tak pernah ada langkah susulan yang serius. UMNO dan BN langsung tidak mengemukakan tindakan dan dasar khusus supaya perkara ini tidak berulang lagi. Dan kerana ini ketegangan antara agama dan kaum terus berpanjangan. UMNO dan BN sebenarnya tak mampu mengatasi masalah yang rumit dan sensitif. Jalan keluar bagi mereka hanyalah ugut guna Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) dan salahkan orang lain; atau pun cuba membeli rakyat dengan membuat sumbangan wang tunai disana sini.

UMNO dan BN sombong dan angkuh kerana tak mahu berdialog dan berbincang masalah antara agama di negara kita. Bagi mereka, terutamanya pemimpin UMNO, berdialog dengan orang beragam lain seolah-olah menunjukkan kita mengalah dan lemah. Itulah sebab nya mereka takut kapada perkataan “interfaith” dan berjaya menggagalkan penubohan badan tersebut dahulu. Ini macam tabiat orang yang tidak ada keyakinanan diri, atau sangsi tentang intelek dan keimanan diri sendiri. Inilah juga cara orang yang tidak menghormati agama orang lain dan tidak mahu mencari cara penyelesaian secara aman.
Apa salahnya jika kita akan tubuhkan satu badan atau mekanisme yang dibiayai oleh kerajaan untuk membolehkan wakil semua agama duduk berbincang di mana segala hal yang rumit dan yang menjadi masalah serta isu pertelingakahan dapat dibincangkan secara ilmiah dan tertutup. Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri dari ketua-ketua dan pakar-pakar dari semua agama. Dengan itu, mereka ini yang percaya dan takutkan kuasa Yang Maha Esa akan memberi pandangan ikhlas dan berani kepada kerajaan untuk mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan ketegangan dan pertelingkahan.
Dengan cara ini banyak hal dapat diselesaikan tanpa menggunakan mahkamah atau kuasa Menteri Dalam Negeri yang kita semua tahu memang tidak ada kepakaran dalam hal-hal pelbagai agama. Dengan cara ini juga banyak prejudis dan kesangsian boleh diatasi. Lagipun badan ini bukan ada kuasa memaksa itu dan ini, Cuma badan yang memberi nasihat. Tidak akan menggugat mana mana kuasa yang ada dibawah undang undang negeri dan Negara.
Saya masih ingat sewaktu pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, cadangan menubuhkan Majlis Antara Agama telah ditolak oleh kerajaan berikutan tekanan UMNO dan NGO-NGO Islam yang lain (Walaupun PakLah pada awal nya bersetuju) Hairan juga mengapa mereka sebagai orang Islam menolak pebincangan dan dialog sedangkan agama yang agung ini tidak pernah melarkan diri dari bedepan dengan isu-isu secara jujur dan ikhlas. Jadi saya minta Perdana Menter Najib Razak supaya beranikan diri dan hidupkan kembali cadangan ini jika benar-benar jujur mahu persefahaman dan kedamaian wujud antara kaum dan agama. Saya percaya Pakatan Rakyat akan menyokong usaha saperti ini.
Kita orang Islam tak patut ada penyakit bongkak dan angkuh di mana kita rasa semua orang lain salah dan hanya kita mempunyai hak “superior” atau hak yang lebih (dari segi undang-undang negara) dari mereka yang menganut agama lain. Dalam isu perkataan Allah, orang Melayu dan Islam tidak bolih membuat andaian tanpa bukti kukoh bahawa penggunaan nama Allah itu adalah satu muslihat. Satu cara nak memujok orang Islam masok agama mereka.
Orang Kristian di Sabah dan Sarawak telah menggunakan nama Allah sebagai Tuhan sejak sekian lama (inilah hakikatnya) dalam Bible, kitab, buku, majalah dan doa mereka. Penggunaan perkataan Allah olih orang Kristian telah digunakan didunia Arab lebih saribu tahun. Mengapa selama ini kerajaan membenarkannya tanpa sebarang masalah. Mengapa kerajaan negeri Sabah dan Sarawak benarkan dan tidak menghalang mereka? Mengapa sebelum Sabah dan Sarawak dibawa menyertai Persekutuan Malaysia bersama Malaya dan Singapura dulu, perkara ini tidak diperkatakan atau diperjelaskan? Inilah masalahnya apabila secara tiba-tiba tiga tahun dulu, Menteri Dalam Negeri dengan pandai-pandai telah mengharamkan majallah Herald menggunakan perkataan Allah. Sesuatu yang halal di sisi undang-undang sebelum ini.. Bukankah lebih baik perkara ini diselesaikan oleh yang empunya kuasa, iaitu kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, yang jelas di bawah kuasa pentadbiran mereka. Mengapa Mentri Dalam Negeri pula yang lebih mengetahui?
Bila kuasa Menteri Pusat terpaksa digunakan untuk mengharamkan sesuatu dalam agama lain, ianya mestilah berasaskan keselamatan dalam negara. Bila keputusan itu dibuat, ini bererti kita menganggap agama berkenaan telah mengancam ketenteraman awam dalam negara. Apa kita rasa kalau orang menganggap agama kita sebagai mengancan keselamatan negara? Kita akan rasa terhina. Dan inilah rasa orang Kristian bila majallah dan Bible mereka diharamkan.
Ada orang mengatakan penggunaan perkatan Allah itu sengaja digunakan untok memikat hati orang Islam. Ia ada muslihat. Jika ada bukti ini benar dakwa sahaja kumpulan ini. Ini adalah satu kesalahan. Perkara ini memerlukan cara penyelesaian berbeza. Yang dibangkitkan ialah isu penggunaan perkataan Allah dalam majallha dan dalam doa mereka Kita tak layak dan tak ada hak untok mengajar mereka cara nak berdoa bila mereka menggunakan bahasa Melayu.
Lagipun mengapa orang Islam yang rasa amat tersinggung dengan penggunaan perkataaan Allah itu tidak pula marah dengan kegagalan kerajaan termasuk majlis dan jabatan agama negeri tidak berbuat apa-apa dalam hal” conversion” ini (kalaulah ianya berlaku) sejak berpuluh tahun lalu. Tujulah kemarahan kita kepada sasaran yang tepat. Membakar gereja bukan jalan penyelesaiannya; malah ia perbuatan menghina Islam.
Suatu masa dulu seorang ulamak (pro-UMNO agaknya) telah membuat tuduhan kononnya lebih 200,000 orang Islam telah masuk agama Kristian.Berita yang sensasi yang mendapat liputan luas. Apa jadi dengan tuduhan itu? Sepatutnya ada siasatan bebas tentang perkara yang begitu serius. Kalau terbukti benar, ambil tindakan. Kalau tak benar, hukum orang yang buat pembohongan besar itu. Dalam Islam, hukuman terhadap orang yang membuat fitnah memang berat.
Mengapa orang Islam tidak marah kepada perkara itu yang ditutup begitu saja? Dedahlah perkara yang sebenar. Sebaliknya orang yang membuat dakwaan yang tak pernah dibuktikan itu diberi anugerah tokoh Ma’al Hijrah dan tuduhannya dibiarkan terbenam begitu sahaja. Bayangkan kesannya kepada orang Islam yang percaya dengan tuduhan tanpa bukti itu. Bukankah rasa marah dan benci akan kekal dalam hati orang Islam terhadap orang Kristian di negara ini? Tak susahlah orang orang saperti ini membakar gereja terutama sekali bila Utusan Melayu meminta orang Islam bersedia menetang ancaman yang menimpa mereka. Ini bukan cara kita menjaga ketenteraman negara dan ini juga bukan cara kita menjaga keharmonian agama.Ini bukan cara kepimpinan yang bertanggongjawab.
Agama memang berbeza. Tak ada siapa yang kata semua agama sama. Dan semua agama kata mereka lah yang betul. Tapi yang sama ialah rasa hormat.Yang sama adalah hak mereka dari segi Perlembagaan. Sama ada setuju atau tidak, kita perlu hormati agama lain sebagaimana kita mahu orang hormati agama kita. Itu prinsip asas. Jika UMNO dan BN tak mahu selesaikan masalah ini, dan sebelum ia menjadi lebih parah, maka rakyat tidak banyak pilihan kecuali mula berfikir untuk perubahan.
Berilah peluang kepada mereka yang sanggup dan berani berdepan dengan masalah serta mampu mengatasinya. Saya yakin, jika diberi peluang, Pakatan Rakyat lebih mampu dalam usaha merapatkan hubungan antara kaum dan agama yang semakin retak di bawah pemerintahan UMNO dan BN. (sumber)

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]