Invois palsu: Pembantu exco S'gor dibebaskan

Friday, April 2, 2010
Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini membebaskan pegawai khas kepada exco Selango, Ronnie Liu - Wong Chuan How (bawah, berbaju putih) daripada dakwaan pecah amanah berhubung pembelian bendera kecil.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Wong, 50, mengemukakan invois palsu bernilai RM2,500 kepada Majlis Perbandaran Sepang mengenai pembelian bendera mini sedangkan bekalan itu tidak dibuat.
Dalam penghakimannya, Hakim Azhaniz Teh Azman Teh berkata pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie dan mengarahkan Wong dibebaskan.

Beliau juga mengarahkan wang jaminan RM5,000 dipulangkan kembali kepada tertuduh.
Seramai tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari dan sehingga 20 tahun serta denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Wong yang diwakili peguam Imran Hadzalie Abdul Hamid bagaimanapun menghadapi dua lagi pertuduhan pecah amanah membabitkan cek bernilai RM5,000 dan RM2,500 yang masih di peringkat perbicaraan di Mahkamah Sesyen berasingan di Shah Alam. Sementara itu, menurut timbalan pendakwa raya, Mohd Josiendra Abu Senin, SPRM akan merayu keputusan penghakiman itu.

Wong yang ditemui wartawan pula berkata beliau yakin dia akan dibebaskan berhubung dua lagi tuduhan yang serupa.

Penahanan Wong adalah sebahagian daripada siasatan SPRM ke atas 20 ahli parlimen Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan kerajaan kepada kawasan mereka.

Dia didakwa pada 3 Nov tahun lalu bersama empat yang lain, termasuk ahli parlimen Sabak Bernam daripada Umno, Abd Rahman Bakri.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]