Apco: PAS gesa Majlis Raja-Raja campurtangan

Monday, April 5, 2010
PAS hari ini menyerahkan memorandum kepada Majlis Raja-Raja supaya campurtangan untuk membatalkan kontrak antara kerajaan Malaysia dan firma perunding Apco Worldwide.

nasharuddin nik aziz manek urai 110709 nasha pcTimbalan presidennya, Nasharuddin Mat Isa menyerahkan memorandum tersebut yang ditandatangani oleh presiden dan kesemua ahli parlimen PAS di pejabat penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di ibunegara hari ini.

“Patik ahli-ahli parlimen PAS sangat berharap agar ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku membatalkan kontrak perundingan Apco dengan kerajaan Malaysia bagi menjamin keselamatan negara dan rakyat; serta menghindarkan persepsi buruk terhadap Malaysia oleh masyarakat dunia, terutamanya oleh negara-negara umat Islam,” memorandum lima halaman itu dipetik.

Turut dilampirkan salinan dokumen perjanjian kerajaan dan Apco serta teks ucapan penuh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen yang mengaitkan frma perunding itu dengan Israel pada 30 Mac.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Nasharuddin berkata, tindakan kerajaan mengadakan kontrak dengan Apco "seolah-olah menjemput penceroboh untuk menjejaskan kedaulatan negara''.

"Setelah kita membawa perkara ini ke dalam parlimen dan selepas pendebatan dilakukan, kita bawa kepada perhatian Majlis Raja-Raja untuk tindakan lanjut," katanya.

Nasharuddin juga menyifatkan tiada penjelasan konkrit daripada kerajaan berhubung perkara yang ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nasharuddin yang juga ahli parlimen Bachok menegaskan sekali lagi bahawa ia adalah isu keselamatan dan kedaulatan negara.

Perjanjian dengan 'tangan yang berlumuran darah'
Kira-kira 10 ahli parlimen PAS hadiri mengiringi Nasharuddin termasuk dua naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Antara yang turut hadir ahli-ahli parlimen PAS, Khalid Samad (Shah Alam), Dr Lo' Lo' Ghazali (Titiwangsa) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).

mahfuz omar utusan malaysia lawsuit 231208 01Sementara itu, Mahfuz pula berkata, terdapat penglibatan tokoh-tokoh yang rapat dengan kerajaan Israel - yang menceroboh tanah air rakyat Palestin - dengan Apco.

“Bagaimana kita boleh mengadakan perjanjian dengan pihak yang tangannya berlumuran darah rakyat Palestin (yang berperang dengan Israel)?

"Perkara ini tidak dapat diterima rakyat Malaysia” katanya lagi.

Memorandum tersebut mendakwa terdapat penglibatan tokoh-tokoh penting Yahudi seperti bekas duta besarnya di Jerman dan Amerika Syarikat sebagai penasihat kanan syarikat perunding antarabangsa itu.

Sementara Salahuddin pula berkata, PAS mengadu perkara tersebut kepada Majlis Raja-raja kerana badan tersebut merupakan “tempat terakhir” untuk dituju dalam ruang lingkup demokrasi di negara ini.

“Kita lihat dulu apa (terjadi) selepas ini,” katanya ketika ditanya tindakan lanjut parti Islam itu.

Memorandum tersebut diterima oleh penolong setiausaha majlis Raja-raja Datuk Muhammad Sabtu Awam bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah.

0 Komen:

Post a Comment

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]