![]() |
"Azan beritahu secara khusus bahawa Huan daripada Parti Cinta Malaysia cuba untuk pikat dia," katanya yang menerima bukti hubungan itu dibuat melalui telefon bimbit Azan.
**klik di sini untuk Muat Turun dalam bentuk PDF
Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.
Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu
persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.
Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.
Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.
Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.
Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari
matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,
”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.
Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.
Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.
PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.
Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.
Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.
Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.
Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5.
1 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember.
2 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos.
3 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi
Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27.
4 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat,
dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35.
5 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of
Malaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28.
![]() |
Dr Nordin |
Sesudah membaca artikel tulisan rakan saya Datuk Salleh Majid berkaitan isu usahawan bumiputra, saya terfikir adakah kerajaan wajar ataupun tersilap congak ketika membubarkan MECD berbanding kementerian lain. Impak dari MECD amat besar kepada ekonomi negara terutama sekali kepada bumiputra. Pembubaran MECD benar-benar melesukan program keusahawanan. Walaupun fungsi MECD diagihkan kepada beberapa kementerian tapi banyak yang menjadi lesu. Lihat saja INSKEN yang sehingga kini gagal mewujudkan program latihan. Layarilah web INSKEN dan anda akan terkejut dengan mesej mereka. Semua menteri yang diagihkan fungsi MECD samada MITI, Kem. Agro, KPLB lebih memberi tumpuan kepada aktiviti dana besar saja. Aktiviti usahawan diberikan perhatian amat rendah dan ada juga tiada langsung. Bayangkan permohonan geran pelancaran pun tidak selesai setelah 6 bulan. |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menerima keputusan Jawatankuasa Disiplin yang mendapati beliau bersalah namun akan membuat rayuan segera berhubung hukuman penggantungan enam bulan dari jawatan parti. Dalam respon segera kepada Harakahdaily beliau yang berada di luar negara berkata, beliau menghormati keputusan tersebut. "Oh ok, No problem, saya boleh appeal (merayu) selepas saya balik. "Yang penting dua dua didapati bersalah dan saya harap Datuk PJ (Hassan Ali) tidak akan lagi menimbulkan masalah dengan PR (Pakatan Rakyat) Selangor," katanya melalui khidmat pesanan ringkas SMS. |
![]() |
![]() |
Hazayani Zakaria |
![]() Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS. Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Pengerusi Lajnah Politik PAS Pusat. Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang ini. Menurut Tuan Ibrahim, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali. |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan mengadakan satu dialog dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut aga Kristian di negara ini. Majlis tersebut akan diadakan pada hari Ahad ini 31 Januari bertempat di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut di ibu negara dan akan bermula jam 9 malam. Setiausaha politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memberitahu penganjuran tersebut bagi melihat peranan yang boleh dimainkan oleh NGO Islam dalam menangani permasalah ini. |
![]() |
Herman Samsudeen |
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mempersoalkan kewajaran tindakan Umno Bahagian Segambut dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut yang membuat kempen pendaftaran Puteri Umno kepada pelajar-pelajar sekolah. Expo Pendidikan Jalinan Mesra 1 Malaysia yang dianjurkan sebenarnya hanyalah gimik pihak sekolah dan Umno Bahagian untuk mengambil kesempatan ke atas pelajar-pelajar sekolah. DPPWP kesal dengan kecurangan yang ditunjukan oleh pihak Sekolah yang bersekongkol dengan Umno untuk mempolitikan pelajar sekolah. DPPWP mengesa agar pengetua sekolah berkenaan diambil tindakan tatatertib di atas tindakan beliau membenarkan Umno mendaftarkan Pelajarnya sebagai anggota Puteri Umno. |
Salmah Mat Husain |
![]() Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata perkara buruk seumpama itu berlaku akibat Umno telah menghilangkan rasa hormat masyarakat kepada agama. Akibatnya, berlakulah perkara negatif seperti merosakkan rumah ibadat agama lain dan melemparkan kepala babi di masjid tempat orang muslim beribadat. (GAMBAR: Nik Aziz makan tengahari bersama paderi Kristian di sebuah hotel hari ini. Turut serta 200 pemimpin lima agama utama di Malaysia) “Astaghfirullahalazaim…saya mendoakan semoga Kelantan terselamat dari gejala itu termasuk Malaysia juga. |
Harakahdaily |
![]() KOTA BHARU, 28 Jan: Malaysia hari ini mencatat sejarah penting apabila pemimpin lima agama utama negara, Islam, Kristian, Budha, Sikh dan Hindu bertemu dan makan tengahari bersama. Mereka bertemu di sebuah hotel di Kota Bharu atas inisiatif Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Majlis ini pada asalnya adalah kunjungan hormat dari para paderi Kristian kepada Menteri Besar Kelantan sempena persidangan paderi gereja se Malaysia di Kota Bharu. Pertemuan muhibbah ini berlangsung ketika negara sedang diadu domba oleh pihak-pihak yang tidak bertangungjawab ekoran permohonan majalah Herald, sebuah majalah Katholik, yang mahu menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Melayunya bagi menggantikan perkataan 'God' dalam Bahasa Inggeris. |
![]() |
![]() |
http://anwaribrahimblog.com/ |
Saya konsisten menyatakan betapa pencemaran mesjid, gereja dan rumah ibadat yang berterusan amat membimbangkan. Rakyat harus waspada dengan muslihat individu atau gerombolan yang mewakili kalangan terdesak menghasut rakyat dengan memperalatkan isu kaum dan agama. Tindakan polis dan Menteri Dalam Negeri membuat penangkapan ramai dan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri amat dicurigai. Adalah dikhuatiri langkah tersebut adalah percubaan mengalih perhatian dari gerombolan terlibat. Kami membantah keras penggunaan ISA dalam apa jua keadaan sekalipun. Dalam menangani kemelut kini, kami ulangi saranan agar pertemuan antara kaum dan agama dianjurkan di setiap peringkat agar permasalahan ini tidak membarah di kalangan masyarakat. |
http://episodeperjuangan.blogspot.com |
1. Negara amnya dan ummat Islam khasnya sekali lagi berada dalam keadaan resah dan tidak selesa dengan perkembangan terkini berkait isu kepala babi yang diletakkan di perkarangan 2 buah masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama. 2. Sebelumnya negara kita cemas dengan insiden pembakaran gereja dan surau ekoran polemik penggunaan kalimah Allah menjadi isu panas dalam negara . 3. Pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengeksploitasi keadaan dengan melancarkan tindakan provokatif yang mencetus ancaman terhadap tahap keselamatan rakyat dan negara . 4. Keadaan ini perlu diredakan segera . Keamanan negara mesti dipelihara . Semua pihak bertanggungjawab dengan pantas menghentikan segala tindakan dan kenyataan yang bersifat provokatif . 5. Dewan Pemuda PAS Malaysia komited dengan tindakan yang positif ke arah menyelesaikan konflik yang tercetus . Tanpa kawalan cepat , berkesan dan bijak keadaan mungkin berjaya dimanipulasi oleh pihak yang sengaja mengambil kesempatan untuk menimbulkan huru hara dalam negara kita . |
http://www.khalidsamad.com/ |
Salaam dari Timur Tengah, Pada asalnya saya tidak bercadang untuk membicarakan persoalan kunjungan saya selaku ahli Parlimen Shah Alam menghadap Baginda Sultan Selangor. Ianya sebenarnya merupakan satu kunjungan hormat yang sememangnya patut dilakukan oleh sesiapa sahaja yang dipilih rakyat untuk menjadi Ahli Parlimen Shah Alam. Di atas dasar itulah maka saya menulis pada 20 November 2009 untuk diperkenankan mengadap. Oleh kerana kesibukan Baginda, maka pada tarikh 22 Januari 2010 barulah permintaan saya itu diperkenankan. Oleh kerana tidak mahu menghebohkannya atau mempolitikkannya, maka apabila ditanya wartawan mengenainya pada hari berkenaan maka saya hanya menjawab, “Tiada komen, sila dapatkan penjelasan dari pihak Istana”. Malangnya respon yang bersahaja itu telah disalah ertikan. Akhirnya, beberapa akhbar telah menyiarkan berita saya mengadap Sultan di muka surat depannya, “Khalid dititah mengadap Sultan” seolah-olah saya telah diperintah menghadirkan diri atas sebab DYMM Sultan murka terhadap saya. |
Harakahdaily |
![]() Menurut satu sumber, kejadian disedari jam 7 pagi apabila siak masjid menjumpai bungkusan mencurigakan di perkarangan pintu masuk bahagian belakang masjid. Pada mulanya beliau menyangka bungkusan tersebut mengandungi bayi yang ditinggalakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Namun setelah pihak polis yang dihubungi datang menyiasat, terdapat dua kepala babi dalam bungkusan tersebut. Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Petaling Jaya Selatan, Ustaz Ghazali Shaari dan beberapa anggota unit amal. |
![]() |
![]() |
![]() |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam, Pemuda PAS Pusat akan mengadakan sesi jelajah seluruh negara bertema `Kami mencintai Mu Ya, Rasulullah' bermula awal Februari dan berakhir Disember 2010. Menurut pengerusinya, Ustaz Ridwan Mohd Noor dalam program itu turut diedarkan sticker kereta dan motor. Katanya, matlamat program itu mahu menanam dan menyubur rasa kasih dan cinta kepada Rasulullah di samping menyuntik kesedaran para penyokong dan pendukung PAS tentang perjuangan Islam yang diteraskan qudwah terbaik melalui Rasulullah. "Kita juga mengharapkan dapat merapatkan ukhuwah antara pimpinan Pemuda PAS Pusat dengan ahli di peringkat akar umbi," katanya. Beliau berkata, program itu bermula di Sungai Besar dan akan berakhir di dataran Masjid KLCC pada 31 Disember 2010. |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP) bersetuju dengan pandangan Pemuda PAS Johor agar polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Tulisan dalam blog Adukantaruna.blogspot.com berkenaan Almarhum Sultan adalah biadap dan tidak menunjukan sikap sebagai orang yang berakhlak. Artikelnya yang bertajuk “Dah mampos buat cara mampos la" jelas membuat penyataan yang menghina. Sebelum ini Aduka Taruna juga pernah menghina ulama mahzab dan juga isteri Rasulullah saw, Aisyah. "DPPWP berpandangan bahawa tahap kebiadapan Aduka Taruna amat melampau dan beliau langsung tidak sensitif terhadap perasaan rakyat dan umat Islam. Keegoan beliau perlulah disiasat sebagai memperbetulkan fikrah yang kian tersesat," kata Herman Shamsudin, Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Bagi Herman, Jakim juga perlu bertindak dalam hal ini kerana minta maaf sahaja tidak cukup untung melangsaikan hutang kebiadapan dan fikrah yang mengarut Aduka Taruna. |
http://anwaribrahimblog.com/ |
Alhamdulillah acara di Ampang dibanjiri puluhan ribu rakyat tanpa sebarang masalah. Tetapi program di tanah PKNS, Kampong Kerinchi bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dan Nurul Izzah menghadapi masalah permit polis. Entah mengapa sejak kemenangan kita usai tahun 2008, belum pernah sekali kami dibenarkan berucap di Lembah Pantai. Shahrizat terus berdendam dengan kekalahan dan Raja Nongchik menganggap beliau punyai kuasa mutlak. Dan polis bertindak sebagai alat penguasa Umno. |
Mohd Nor Yahya, Salmah Mat Husain, Foto: Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 24 Jan: Kerajaan Kelantan menolak tawaran Pusat untuk melantik wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pemantau wang ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri.![]() “Kalau dijemput semata-mata untuk menerima wang ehsan, saya tidak akan pergi dan benarkan, 100 peratus kerajaan Kelantan akan tolak,” ujarnya. Ianya sebagai mengulas cadangan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, yang mendakwa akan menubuhkan jawatankuasa pembangunan wang ehsan di peringkat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Menurut Nik Aziz lagi, lebih penting dari penubuhan jawatankuasa itu adalah memastikan dahulu bentuk perundingan yang ingin dibuat sama ada rundingan soal royalti atau wang ehsan. “Kalau nak beri wang ehsan tak payah rundinglah, sebab dia paksa kita. “Saya tidak akan terima wang harta Kelantan,” ujarnya. |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 24 Jan: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyeru kepada seluruh mahasiswa dan rakyat keseluruhannya bahawa mahasiswa negara ini tidak pernah redha dengan tindakan yang menindas mereka. Demikian kenyataan media SMM kepada Harakahdaily hari ini berhubung tangkapan sembilan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) semalam. Menurut kenyataan itu, seluruh mahasiswa IPTA semalam telah melakukan perarakan aman menuntut demokrasi bersih (walk for democracy) bermula dari Dataran Merdeka sehingga pusat membeli belah Sogo sekitar jam 10.30 pagi hingga 1 petang. Perhimpunan tersebut menunjukkan ketidakpuasan hati mahasiswa Malaysia ke atas pencabulan demokrasi kampus dan hak-hak mahasiswa. |
Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 22 Jan: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj menitahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad supaya mengusahakan suatu cadangan enakmen berkaitan masyarakat bukan Islam di negeri itu. Penjelasan Khalid itu sekaligus menafikan bahawa beliau dititahkan ke istana disebabkan vokal dalam isu kalimah 'Allah' sebagaimana yang dilaporkan beberapa media massa. "Sekakat ini, bukan isu kalimah 'Allah', Sultan lebih bertitah (tentang) enakmen-enakmen berkaitan orang bukan Islam," jelas Khalid ketika dihubungi petang tadi. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik PAS Pusat menganggap Sultan Sharifuddin sebagai seorang pemimpin yang bersikap toleransi dalam melihat beberapa isu mutakhir yang membabitkan umat Islam dan masyarakat bukan Islam di Selangor. |
Ali Hashim |
PADANG SERAI, 24 Jan: Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya melaksanakan 80 peratus janji dalam manifesto pilihan raya umum yang lalu walaupun belum mencapai tempoh pemerintahan negeri selama 24 bulan. Menurut Exco Kerajaan Negeri, Siti Aishah Ghazali, ini membuktikan bahawa kerajaan PR yang dipimpin oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mampu untuk mentadbir dan mengurus selia negeri dengan baik dalam tempoh yang singkat. Menurut beliau lagi pada tahun 2009 yang lalu bajet sebanyak 26.5 juta kepada Maktab Mahmud telah ditambah kepada 28.5 juta pada tahun 2010 bagi menambahbaikkan institusi pendidikan agama tersebut di negeri ini. "Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan berkebajikan kita juga telah memperuntukkan sebanyak RM600 ribu setahun kepada sekolah agama rakyat. Disamping itu sebanyak 12.5 juta telah diperuntukkan kepada guru KAFA dan juga guru-guru Quran di kampung-kampung. "Kerajaan negeri juga telah menguntukkan sebanyak 8.75 juta kepada Universiti Insaniah bagi pengurusan dan pentadbiran supaya institusi ini akan menjadi salah sebuah institusi yang terbaik setanding dengan IPT yang lain," katanya. |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 Jan: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap mereka yang membakar Surau Silaturrahim dan Surau Kampung Parit Beting pagi semalam sebagai orang yang gila dan tidak siuman. Orang yang waras akan datang ke surau itu untuk beribadat. Jika bukan Islam, mereka juga tidak akan bertindak sedemikian kecuali sudah hilang pertimbangan sebagai manusia yang normal. Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataannya. Menurut Idris, Allah pasti akan menghukum sesiapa sahaja yang cuba memusnahkan rumahNya (Masjid-Surau) sebagaimana yang terkandung dalam Sural Al-Fil ayat1-5 ; "Tidakkah engkau lihat bagaimana Tuhan bertindak terhadap Tentera- tentera Bergajah? Tidakkah Ia jadikan rancangan jahat mereka (berakhir) dengan kesesatan (kegagalan)? Dan Allah telah melepaskan ke atas mereka burung-burung yang terbang berpasukan-pasukan. Sambil melontar ke atas mereka batu-batu yang pejal. Lalu Allah menjadikan mereka (binasa) seperti daun-daun yang dimakan ulat." Jika Allah tidak menghukumnya di dunia, Allah telah menyediakan janjiNya untuk menghukum mereka yang melakukan dosa tersebut diakhirat. |
Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 22 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi. Penjelasan tersebut sekaligus dilihat berbeza dengan berita 'God bukan Allah -Ikim' seperti yang dilaporkan akhbar arus perdana bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi ganti nama 'God' atau 'Tuhan' adalah tidak tepat. "Ya, muzakarah itu tidak mempunyai apa-apa resolusi, laporan itu tidak betul," jelasnya ketika dihubungi petang ini. Pun begitu, beliau menegaskan bahawa kalimah Allah tidak boleh disalah guna untuk mengelirukan umat Islam. |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jadi apa perbezaan huruf S yang membezakan antara HTTP dan HTTPS?
“S” adalah singkatan daripada “Secure”. Jika anda mengunjungi laman Web , lihatlah alamat di web browser, ia akan biasanya dimulai dengan ini: http://.
Ini bererti bahawa website ini ‘berbicara’ dengan menggunakan pelayar biasa yang tidak selamat.
Dengan kata lain, ada kemungkinan ada seseorang yang sedang sekodeng pada komputer anda semasa ‘perbualan’ dengan website.
Jika Anda mengisi borang di laman web tersebut, seseorang mungkin melihat maklumat yang anda hantar ke laman tersebut.
Jadi tidak digalakkan untuk kita tidak pernah memasukkan nombor kad kredit anda di laman http!
Tetapi, jika alamat web bermula dengan https: / / , yang pada dasarnya bererti komputer anda sedang berbicara di halaman dalam kod yang selamat dan tiada sesiapa yang dapat sekodeng maklumat anda.
Anda faham mengapa hal ini begitu penting, kan?
Jika sebuah laman web meminta anda untuk memasukkan maklumat kad kredit anda, secara automatik periksa dahulu samaada alamat web bermula dengan https: / / .
Jika tidak, jangan memasukkan maklumat sensitif seperti nombor kad kredit.
Maklumat ini walaupun adalah basic tetapi ramai yang tidak tahu, kongsilah dengan kawan-kawan.
Post asal: http://www.isuhangat.net
Soalan: Dr Asri, sekarang ini heboh isu keganasan. Persoalan saya, apakah hukumnya dalam Islam jika ada pihak yang membantah kerajaan orang islam yang zalim secara kekerasan. Apakah ini termasuk dalam jihad yang diperintahkan agama atau tidak. Tidakkah menentang kerajaan itu diharamkan oleh Islam?
Imran, Kuala Terengganu.
Jawapan DR MAZA:
Saudara, banyak isu keganasan yang cuba dikaitkan dengan umat Islam atau tokoh-tokoh Islam adalah mainan jahat pihak-pihak tertentu. Mereka ini samada mempunyai agenda politik tertentu, ataupun berkerja bagi pihak musuh umat Islam bagi mencemarkan imej Islam. Sebahagian pihak menggunakan isu ini untuk tujuan politik seperti menghapuskan gerakan Islam yang dilihat mengancam kedudukan politik mereka. Namun begitu, tidak dinafikan kemungkinan ada sesetengah kelompok yang telah salah tindakan dalam hal ini sehingga mencetuskan keganasan. Berhubung dengan pendekatan keras terhadap pemerintah yang zalim dan menyeleweng, maka ini fahami perkara berikut;
1. Perkara asas dalam hal ini boleh difahami daripada ingatan Nabi s.a.w.:
“Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci (perbuatan munkar) maka dia terlepas (dari dosa), sesiapa yang membantah maka dia selamat (dari dosa), namun (yang berdosa) sesiapa yang redha dan menuruti (perbuatan munkar)”. Sahabah bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka bersolat”(Riwayat Muslim).
2. Daripada hadis di atas dapat kita fahami bahawa bertegas dalam membenci dan membantah kemungkaran dan kezaliman pemerintah itu adalah tuntutan agama. Namun, Nabi s.a.w tidak membenarkan rakyat memerangi pemerintah muslim dengan senjata selagi mereka itu bersolat. Solat menjadi petunjuk bahawa pemerintah tersebut masih berpegang dengan ajaran Islam dalam kehidupan. Keluar memerangi pemerintah dengan senjata hanya akan menimbulkan kerosakan yang lebih besar.
3. Juga, perhitungan tindakan dalam Islam adalah di sudut kadar manfaat dan mudarat. Menumpaskan pemerintah zalim dengan senjata biasanya mengundang mudarat yang jauh lebih bahaya dibandingkan manfaat yang hendak dicapai. Sebab itu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) menyebut:
“kata ulama: alasan seseorang pemerintah tidak dipecat, atau pengharaman memeranginya kerana menyebab fitnah, penumpahan darah dan kerosakan yang nyata” (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim 12/40)
4. Juga, kebencian atau bantahan terhadap kemungkaran pemerintah tidak membolehkan rakyat menderhakai mereka dalam perkara yang baik atau makruf. Ini seperti yang ditegaskan oleh hadis. Sabda Nabi:
“Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka, mereka mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu benci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat mereka, mereka juga melaknati kamu”. Baginda ditanya: “Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?” Jawab baginda: “Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang seseorang penguasa berkuasa ke atasnya, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci maksiat tersebut namun jangan dia mencabut tangan dari ketaatan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
5. Ini kerana setiap pemerintah mungkin akan ada kesilapan atau dosa yang dilakukan. Jika setiap kali pemerintah bersalah atau melakukan dosa diperangi dengan senjata, maka hancurlah keamanan masyarakat dan negara. Maka justeru itu, kita menentang kemungkaran pemerintah, tetapi tidak akan memeranginya dengan senjata.
6. Ini kerana antara tujuan berpolitik dalam Islam adalah menegakkan keadilan, keamanan dan hak rakyat. Peperangan saudara dalam negara hanya akan menghancurkan perkara-perkara tersebut.
7. Arahan pemerintah yang zalim atau mungkar dalam perkara-perkara kebaikan tetap wajib ditaati. Kata al-Khattabi (meninggal 388H):
“Sesungguhnya jihad itu wajib sekalipun bersama dengan pemerintah yang zalim, sepertimana ia wajib bersama pemerintah yang adil. Kezaliman mereka tidak menggugurkan kewajipan mentaati mereka dalam persoalan jihad. Demikian juga dalam perkara kebaikan yang lain yang menyamainya” (al-Khattabi, Ma‘alim al-Sunan, 2/ 357.)
Pendapat ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w :
“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
8. Sekalipun kita dilarang memerang pemerintah dengan senjata, tetapi kita tetap disuruh untuk menasihati mereka dan mencegah kemunkaran mereka dengan perkataan atau perbuatan yang tidak menyebabkan pertumpahan darah seperti undi dalam pilihanraya. RasuluLah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah meredhai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredhai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh dengan tali Allah kesemuanya. (ketiga) Kamu menasihati sesiapa yang Allah jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (Riwayat Malik).
Juga sabda Nabi s.a.w:
“Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang adil –dalam riwayat yang lain: yang benar- di sisi pemerintah yang zalim, atau ketua yang zalim”. (Riwayat al-Nasai, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).
9. Nabi s.a.w juga memberi amaran kepada sesiapa yang mengampu atau mengiyakan kezaliman pemerintah dengan sabda baginda:
“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga). Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi. Hadith ini sahih seperti yang dinilai oleh al-Albani.
10. Pengkaji politik Islam tidak boleh terlalu literalist. Politik bukanlah ibadah khususiah seperti solat dan puasa yang tidak boleh diubah tambah. Politik soal pentadbiran dan kaedah untuk menegakkan keadilan dan keamanan dalam kehidupan rakyat berdasarkan prinsip-prinsip umum Islam. Kaedah membantah atau menukar pemerintahan berbeza-beza berdasarkan sistem yang dipakai. Para ulama dahulu mengharamkan menumbangkan sesuatu pemerintah atas alasan bimbangkan penumpahan darah.
Namun, dalam dunia hari ini sesebuah pemerintah mungkin boleh diubah atau ditukar, atau ditumbang tanpa memerlukan penumpahan darah seperti dalam sistem demokrasi pilihanraya. Maka dengan itu penyertaan parti-parti politik dalam demokrasi pilihanraya tidak boleh dianggap sebagai melanggar kaedah Islam atau sebagai keganasan kerana sistem tersebut tidak sepatutnya menumpahkan darah.