Nik Aziz Terima Ugutan Bunuh Dari Pemuda Umno…..
Friday, April 30, 2010Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.
Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.
“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”
“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.
MP seru lebih ramai saksi kes Aminulrasyid tampil
Ahli parlimen Shah Alam menyeru lebih ramai saksi kes seorang pelajar sekolah - Aminulrasyid Amzah - yang kena tembakan pihak berkuasa dapat tambil memberikan maklumat berhubung kejadian pada awal pagi Isnin itu. Khalid berkata, tindakan tersebut dapat membantu pihak polis mendapat gambaran menyeluruh berhubung kes tersebut, sekali gus menyelesaikan siasatan mereka dengan segera. Katanya, mungkin ramai lagi saksi dalam kes tersebut, seperti pelanggan di restoren berdekatan tempat kejadian tidak tampil kerana merasakan maklumat mereka tidak relevan. "Saya menyeru dan berharap lebih ramai saksi (pada malam kejadian) dapat tampil menceritakan apa yang berlaku. "Jangan anggap maklumat yang ada pada mereka, walaupun sedikit, tidak relevan kepada kes tersebut," katanya ketika mengulas laporan polis terbaru berhubung kes tersebut yang dibuat jiran arwah malam tadi. |
Mangsa tembak tahun lepas juga akan saman
Thursday, April 29, 2010Ismail Hashim |
KLANG, 29 April: Bapa kepada mangsa tembakan rambang polis pada 16 April 2009, Ahmad Kamil Abu Hassan menyanjung tinggi hasrat murni Kerajaan Negeri Selangor yang bersedia menghulurkan khidmat guaman kepada keluarga pelajar Aminul Rashid Hamzah yang menjadi mangsa kejadian serupa pada 26 April 2010 sehingga membawa maut. Ahmad Kamil, 55, berkata, dengan bantuan itu sudah pasti dapat meringankan bebanan pihak yang terlibat memandangkan mereka sudah ditimpa dengan musibah kejadian yang terjadi dengan tiba-tiba sahaja tanpa pernah disangka. Beliau tertarik dengan sikap kerajaan negeri yang sudi menghulurkan khidmat bantuan guaman kepada keluarga terbabit seperti dilaporkan di muka hadapan akhbar Sinar Harian hari ini (gambar), juga berharap agar nasib anaknya mendapat perhatian pihak tersebut. “Seperti saya sebut semalam, pihak kami sedang menunggu masa sesuai untuk memfailkan saman terhadap pihak tidak bertanggungjawab dan lebih ringan jika isu anak saya ini juga mendapat perhatian dari Kerajaan Negeri Selangor. “Saya mengalu-alukan dan ucapkan terima kasih jika ada pihak bersedia menghulurkan bantuan guaman yang memerlukan sumber kewangan yang besar ini,” jelasnya. Dalam kejadian setahun lalu, anaknya, Shahril Azlan, 25, ditembak dari sipi kiri menyebabkan bahunya ditembusi peluru terus membocorkan paru-paru dan terhenti di tulang belakang T8 dalam kejadian tengah malam di satu simpang yang dikatakan dilakukan oleh anggota polis berpakaian biasa. Menurut Azlan, sehingga kini kesan dari kejadian itu menyebabkan sukar tidur malam, kebas kaki kiri dan tidak boleh memandu jauh serta telah setahun terpaksa mengambil ubat saraf dan tahan sakit menerusi rawatan susulan di hospital setiap bulan. Menurutnya, sehingga kini sudah setahun beliau menderita menanggung segala sengsara zahir dan batin tanpa sebarang pembelaan paling wajar dari mereka yang bertanggungjawab melakukan tindakan sangat tidak adil itu. Untuk rekod, kejadian berlaku di simpang Seksyen 7, Shah Alam menghala ke I-City sekitar jam 12 tengah malam selepas bersama empat rakan lain termasuk seorang anggota polis, mereka pun pulang dengan menaiki tiga kereta berasingan, cuma beliau ketika itu pulang dengan seorang rakannya menaiki kereta Wiranya. |
Zaid kemuka petisyen, saman Utusan
PETALING JAYA, 28 April: Calon Pakatan Rakyat daripada PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim akan mengemukakan petisyen membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya itu.
Bercakap pada sidang media di kediamannya di Tropicana Golf and Country Resort, di sini, hari ini, beliau berkata, keputusan itu dibuat apabila mengambil kira pelanggaran undang-undang pilihan raya yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen berlangsung.
"Saya membuat keputusan untuk mengemukakan petisyen untuk mengisytiharkan bahawa keputusan hari itu tidak sah. Peguam saya akan merangka asas-asasnya minggu depan," katanya.

Kes remaja mati ditembak polis ke Dewan Negara
SHAH ALAM, 29 April: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berjanji membawa kes remaja mati ditembak polis ke Dewan Negara yang sedang berlangsung ketika ini melalui Senator daripada PAS.
Menurutnya, satu usul tergempar akan dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Negara dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, keluarga kepada pelajar berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis Isnin lalu, melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap Ketua Polis Negeri Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang seolah-olah menuduh anak mereka sorang penjenayah.
Khutbah Bersih Daripada Politik: Hasan Ali buat laporan polis terhadap Zahid, Utusan
Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini membuat laporan polis terhadap dua pemimpin Umno serta akhbar Utusan Malaysia yang didakwa melempar fitnah terhadapnya.
Dr Hasan berkata, beliau membuat laporan polis di bawah seksyen 499 Kanun Keseksaan, untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga pihak tersebut.
Beliau membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada kira-kira jam 4 petang ini dengan ditemani peguam Mohd Khairuddin Othman.
Dua pemimpin Umno itu ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Zainal Abidin Sakom.
Keluarga Aminulrashid Terharu Dengan Keprihatinan Kerajaan Selangor
SHAH ALAM 29 APR: Ahli keluarga Allahyarham Aminulrashid, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis, menyatakan rasa terharu dengan keprihatinan dan sumbangan yang diberi kerajaan Selangor.
Mereka meluahkan demikian ketika dikunjungi Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di rumah mereka di Jalan Mahjung, Seksyen 11 di sini, kira-kira jam 4.30 petang semalam.
PAS Hina Sultan atau Umno Yang Maki Sultan?
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat Umno kini semakin terdesak untuk menarik perhatian rakyat dan Sultan khususnya di Kedah. Mereka mendendangkan lagu "PAS hina Sultan Kedah" hanya kerana mereka kini sudah ketandusan isu untuk menyerang Kerajaan Pakatan Kedah.
Adun PAS Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa membangkitkan dua soalan dibawah ini dalam sidang Dun?
1. Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat?
2.Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut?

1 malaysia mula menyesatkan
Harap para mufti dapat jelaskan hukum .. Rakyat yang jahil ingin bertanya, adakah perbuatan ini kecil dosanya berbanding bercerita tentang kebenaran di masjid ???
Lagi penerbit TV dakwa campurtangan politik
Seorang lagi penerbit televisyen - kali ini darrpada TV2, RTM mendakwa campur tangan politik dalam penerbitan dokumentarinya berhubung laporan empangan Bakun.
Rencana itu didakwa diarah tidak disiarkan kerana bimbang akan memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi parlimen Sibu pada pilihan raya kecil 18 Mei ini.
Rencana itu didakwa diarah tidak disiarkan kerana bimbang akan memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi parlimen Sibu pada pilihan raya kecil 18 Mei ini.
DAP Mahu Hantar Memorandum, Prosedur Tembak Perlu Kajian
SHAH ALAM 28 APR: Pimpinan DAP akan menghantar satu memorandum kepada polis bagi mengkaji garis panduan berkaitan prosedur melepaskan tembakan, kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.
Beliau berkata, kajian itu penting supaya tragedi melibatkan remaja berusia 15 tahun Aminulrashid Amzah yang mati ditembak polis, tidak berulang kepada insan lain.
Beliau berkata, kajian itu penting supaya tragedi melibatkan remaja berusia 15 tahun Aminulrashid Amzah yang mati ditembak polis, tidak berulang kepada insan lain.
Tuduh Aminulrasyid penjenayah, kerajaan perlu mohon maaf
Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 29 April: Kerajaan digesa memohon maaf secara terbuka kepada keluarga arwah Aminulrasyid Hamzah, 15 ekoran kenyataan pihak polis yang mendakwa remaja adalah suspek geng samun. Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Kementerian Dalam Negeri harus bertanggungjawab terhadap kenyataan pihak polis tersebut kerana telah mencemarkan imej mangsa dan keluarganya. "Walau apa pun keputusan kabinet semalam, nama arwah dan keluarganya sudah tercemar, kononnya arwah ditembak sebab dia geng penyamun. "Menteri Dalam Negeri sekurang-kurangnya kena minta maaf mewakili Polis kerana mengfitnah arwah sekeluarga," jelas beliau kepada Harakahdaily pagi tadi. |
Saya terus terduduk, terus menangis – rakan Aminulrasyid
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 29 April: “Allahyarham (Aminulrasyid) memang baik sebab saya kawan dengan dia dari kecil. Keesokan hari sekitar jam 11 atau 12 saya dapat tahu melalui kawan saya, saya terus terduduk, terus menangis,” ujar Mohd Haikal Che Harun, 15, rakan karib Aminulrasyid. TV Selangor melaporkan suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan remaja yang mati ditembak polis, Aminulrasyid Amzah (gambar) yang diziarahi tiga rakan karib mangsa dan beberapa pelajar Sekolah Menengah Seksyen 9 di sini, petang semalam. Mereka termasuk Mohd Haikal duduk secara berkumpulan di sisi kubur allahyarham dan berdoa supaya kejadian yang menimpa mangsa mendapat pembelaan sewajarnya. Ketika ditemui TV Selangor di tanah perkuburan Seksyen 21 Shah Alam, beliau kelihatan sugul dan menangis apabila ditanya mengenai sifat peribadi arwah. “Saya kenal allahyarham masa tadika lagi. Masa kecil lagi saya kenal dia. Kami main bola setiap hari, memang rapatlah. Dia memang baik, dia peramah. Mana ada ada merompak-merompak ini, tidak pernah. “Allahyarham memang baik sebab saya kawan dengan dia dari kecil. Keesokan hari sekitar jam 11 atau 12 saya dapat tahu melalui kawan saya, saya terus terduduk, terus menangis. “Masa mula-mula tahu saya tak percaya dan petang semalam sudah hendak kebumi. Ramai kawan-kawan tak percaya sebab semalam baru elok-elok main bola. Esok dah tak ada, memang tak percaya. |
KTMB : PAS Ucap Tahniah dengan wujudnya Gerabak Khas Wanita
Oleh Ustaz Idris Ahmad
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana memperkenalkan gerabak khas untuk penumpang wanita KTM Komuter. Ini adalah satu penghormatan kepada kaum wanita dan keunikan buat sistem pengangkutan awam dinegara ini.

PAS amat menyokong langkah ini kerana ia mampu memberikan keselesaan kepada penumpang wanita yang selama ini terpaksa berhimpit-himpit dengan penumpang lelaki khususnya ketika waktu puncak. Malah langkah ini dapat mengurangkan masalah ganguan seksual kepada penumpang wanita.
Langkah ini menepati syariat Islam yang meletakan wanita ditempat paling istimewa yang perlu dilindungi dan dilayani dengan sebaiknya. Kemudahan KTM ini walaupun baru namun diyakini akan mendapat sambutan meluas berikutan jumlah penumpang komuter setiap hari yang ramai.
Perkara ini sudah lama diadakan diluar negara seperti di Jepun dan beberapa negara Eropah. PAS mencadangkan agar selepas ini diwujudkan juga gerabak khas untuk mereka yang bekeluarga dan juga warga emas termasuk golongan OKU bagi memudahkan mereka mendapat perkhidmatan yang lebih baik.
PAS berharap inisiatif ini juga diambil oleh pengusaha pengangkutan awam yang lain agar masalah-masalah penindasan atau pencabulan wanita ditempat awam dapat dikurangkan disamping meningkatkan imej perkhidmatan awam dimata masyarakat.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
ATM di saman RM 5 juta Kes Enjin Hilang
Seorang bekas jeneral dan empat pegawai kanan lain telah menyaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana pemberhentian salah atas kes kecurian dua enjin jet pejuang yang hilang, kata peguam mereka hari ini.
Pada bulan Januari lalu, seorang sarjan Tentera Udara DiRaja Malaysia dan seorang peniaga telah dituduh menyebabkan kehilangan enjin yang bernilai $ 29 juta dollar Amerika (RM93 juta), pada masa yang sama Peguam Negara berkata tiada pegawai tentera kanan yang terlibat.
Namun, Brigadier-Genl Abdul Hadi Abdul Khatab dan empat pegawai senior lain - Mej Rusli Ibrahim, Mej Noor Zeelan Draman, Leftenan Kolonel Mohamed Ariff Mohd Daud dan Kolonel Mohamad Sani Sumarnak telah mengadu, mereka dipaksa supaya bersara berkait isu tersebut, kata peguam Mohammad Zalil.
IBU AMINUL RASHID RAYU ALLAHYARHAM TIDAK DIKAITKAN PENJENAYAH
Ibu kepada Aminul Rashid, Puan Norsiah Mohammad, ibu pelajar sekolah yang ditembak Polis awal pagi Isnin lepas merayu agar Allahyarham tidak dikaitkan dengan dengan kegiatan samun, apatah lagi menggelar anaknya sebagai penjenayah. Beliau yang amat rapat dengan anak bongsunya itu amat mengenali hati budi Allahyarham. Aminul Rashid, menurut beliau, juga dikenali oleh rakan sebaya sebagai seorang yang baik hati dan selalu mendahulukan kawan. Beliau kesal dan tidak dapat menerima laporan akhbar yang tersiar keseluruh negara, tidak henti-henti mengaitkan Aminul dengan kegiatan jenayah samun.
Mangsa tembakan polis terkejut, ia berulang kembali
Ismail Hashim |
KLANG, 28 April: Mangsa tembakan rambang polis pada 16 April 2009, Shahril Azlan Ahmad Kamil melahirkan rasa terkejut yang amat sangat ekoran kejadian yang pernah menimpa ke atas dirinya setahun lalu berulang lagi kepada pelajar, Aminulrasyid Amzah, 15, pada 26 April lalu juga di Shah Alam. Beliau yang mengucapkan takziah kepada anggota keluarga pelajar itu turut menyifatkan kejadian itu sebagai satu tindakan yang sangat tidak profesional kerana tanpa sebarang komunikasi sebelum menembak sehinggakan terasa seperti suasana di negara ini berada di dalam keadaan darurat. "Mereka langsung tidak bertanya apa-apa terus sahaja menembak tanpa usul periksa," tegasnya ketika ditemui oleh wartawan dari sebuah akhbar mingguan politik, Siasah hari ini. (Gambar: Selepas setahun, parut masih ada pada badan Shahril. Kesan tembakan itu menyebabkan paru-parunya bocor, sukar tidur malam, kaki dan tangannya kebas selalu dan tidak boleh memandu jauh) Menurutnya, sehingga kini sudah setahun beliau menderita menanggung segala sengsara zahir dan batin tanpa sebarang pembelaan paling wajar dari mereka yang bertenggungjawab melakukan tindakan sangat tidak adil itu. |
Keadilan Untuk Aminulrasyid
Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali masyarakat tempatan.
Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun. Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asr telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan. Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.
DPPSA MENDENGAR RINTIHAN IBU AMINULRASYID
Wednesday, April 28, 2010
Dewan Pemuda PAS Shah Alam dengan Pemuda PAS Pusat dan Negeri mengambil inisiatif mendengar rintihan si ibu Allahyarham Adik Aminulrasyid. Memang kesayuan jelas terpancar dari cerita beliau tentang fitnah yang menimpa anak beliau. Moga-moga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham. Al Fatihah....
VIDEO DI DALAM
VIDEO DI DALAM
Saran s'jaya bebas siasat kes Norizan, Aminulrasyid
|
Januari lalu, Norizan, 30, dilaporkan mendakwa ditembak lima kali di bahagian dada dan tangan di sebuah lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut.
Dilaporkan akibat serangan tersebut, Norizan mendakwa beliau cedera parah dan terlantar di hospital lebih dua minggu bawah pengawasan polis.
Mengulas lanjut, Idris berkata, selepas lebih enam bulan trauma, Norizan masih belum mendapat pembelaan yang dikehendakinya.
Katanya, kes Norizan belum berjawab, kini timbul pula kes remaja 15 tahun, Aminulrasyid yang mati ditembak Polis Isnin lalu.
"Kedua-dua kes ini menarik perhatian rakyat terutama kematian Aminulrasyid yang dijangka bakal mengambil peperiksaan PMR hujung tahun ini," kata Idris dalam satu kenyataan.
"Kita boleh bersetuju supaya rakyat memberi ruang kepada pihak berkuasa menyiasat kes ini, tapi adakah kita perlu menunggu enam bulan lagi seperti kes Norizan barulah Polis mahu menyiasat," tambahnya.
Kematian Aminulrasyid satu pembunuhan - peguam
SHAH ALAM, 28 April: N. Surendran (gambar kanan), peguam bagi keluarga Aminulrasyid Amzah (kiri) remaja yang ditembak polis berkata, apa yang berlaku kepada mangsa adalah satu pembunuhan. "Kita melihat ini sebagai satu pembunuhan," ujar beliau semalam dalam suatu kenyataan media di kediaman Aminul. Menjawab soalan pemberita, Surendran berkata, insiden yang menimpa Aminul sama motifnya dengan yang berlaku kepada Norizan Salleh yang ditambak lebih lima das tembakan oleh polis pada Oktober lalu. "Ya, kes ini lebih kurang sama dengan kes tembak Norizan Salleh tahun lepas," tambahnya lagi. Menyifatkan kes itu sebagai berat, polis katanya tidak cukup hanya mengeluarkan kenyataan sedang menyiasat, sebaliknya mahu polis mengambil tindakan tegas kepada anggota polis yang terlibat. |
Remaja ditembak: Polis diminta jamin keselamatan saksi utama
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan kes terhadap anggotanya yang menembak mati seorang remaja 15 tahun, dijalankan dengan telus.
Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata, seperti yang dilaporkan media.

Katanya, beliau sendiri turut menemani saksi utama kes tersebut - yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – yang disebut oleh satu laporan akhbar sebagai Aminulrasyid Amzah (foto atas) - membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi.
'Jangan lapor bukan-bukan', rayu ibu Aminulrasyid
"Saya tau anak saya, dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar. Saya tau siapa anak saya," katanya dalam sidang media di rumahnya di Shah Alam hari ini. Dalam sidang media itu, Norsiah ditemani oleh anak perempuannya, Norazura Amzah dan menantunya, Kamarudin Hassan. Beliau berharap media tidak melaporkan "yang bukan-bukan" kerana "saya sebagai ibu tak sanggup nak baca." Ditanya sama ada pihaknya akan menyaman polis, Norsiah berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama anggota keluarganya yang lain. Ibunya kelihatan sedih dan bergenang air mata ketika mengulas perkara itu. Laporan polis Sementara itu, kira-kira jam 2 petang tadi, Norsiah turut membuat laporan di ibupejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 11, antaranya menuntut kes anaknya itu disiasat ibu pejabat polis Bukit Aman sendiri. |
Tak padan, BN belanja puluhan juta untuk 1700 undi
Monday, April 26, 2010Seperti telah diduga, BN menang di Parlimen Hulu Selangor. Maka hebohlah seantero alam kemenangan bergaya BN dalam pertarungan senget sebelah ini. Di jaja habis kononnya keyakinan rakyat pada kepemimpinan DS Najib kembali bertaut.
Sebenarnya di atas kertas, BN sudah memenangi PRK Hulu Selangor. Tanpa pilihanraya pun BN sudah mendahului dengan 6000 undi! Mengikut rekod, ketiga-tiga DUN di Hulu Selangor dimenangi BN dengan majoriti 6000 undi. Hanya nasib yang memenangkan calon PR pada PRU ke 12 yang lepas. Dan kini PR bergelut untuk mencuri beberapa ribu undi dari pengundi BN untuk memenangkan Zaid.
Melihat kepada jentera kempen dan cara bagaimana PR bekerja sememangnya amat mengkagumkan. PKR dan PAS dengan jentera yang dikerahkan hampir 70% keseluruhan sudah pasti tidak mampu untuk capai setiap individu pengundi. Bayangkan Parlimen Hulu selangor yang sebesar negeri Melaka ini. Seramai 60,000 pengundi yang duduk di seluruh pelusuk kawasan, ramai petugas yang tidak terkejar untuk pergi rumah ke rumah. Dari Hulu Yam Bharu hingga ke Felda Sungai Tengi yang jaraknya lebih kurang 120 kilometer, itulah besarnya Parlimen Hulu Selangor. Mungkin SPR terlepas pandang untuk memecahkan Parlimen Hulu Selangor mengikut Gerrymandering (persempadanan semula).

Hulu Selangor tidak jejas komitmen 'ke Putrajaya'
KUALA LUMPUR, 26 April: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa (gambar) menyeru seluruh pendukung Pakatan Rakyat supaya menjadikan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam untuk meningkatkan semangat dan istiqamah di dalam perjuangan menuju 'ke Putrajaya'.
“Keputusan pilihan raya itu memberi ruang kepada kita untuk terus meningkatkan komitmen dan istiqamah memantapkan perjuangan Pakatan Rakyat sama ada dalam pilihan raya kecil selepas ini atau pilihan raya umum akan datang,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bachok ketika dihubungi pagi ini.
Tambahnya, keputusan itu tidak sekali-kali menjejaskan matlamat perjuangan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.
Menurutnya, hasrat `ke Putrajaya’ hendaklah menjadi fokus utama para pendukung Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
Kemenangan BN sekadar catatan palsu
Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tidak akan membuat DS Najib Tun Razak tidur nyenyak, kerana kemenangan yang diperolehi adalah hanya satu retorik dan catatan palsu.
Satu kemenangan yang dibeli dengan harga yang tersangat mahal mencecah puluhan juta ringgit. Umno dan Barisan Nasional pastinya bersorak sorai untuk menyembunyikan kegusaran kehilangan kuasa apabila menghadapi pilihanraya umum yang mendatang dalam tidak seberapa waktu lagi.
Umno dan BN ternyata semakin tumpul taringnya. Hanya duit yang memegang kuasa undi padanya. Umno semakin mereput. Berpaut pada undi Melayu semata-mata. Itupun pada Melayu veteran yang berkarat hatinya, manakala geng muda Melayu sudah bertabuh bersama Pakatan Rakyat.

Hulu Selangor: Keputusan kalah tidak mengejutkan
http://misabah.blogspot.com
Petugas Pakatan Rakyat di Hulu Selangor yakin PR akan menang dalam PRK kali ini, namun keputusan adalah sebaliknya. Walau bagaimanapun keputusan tersebut tidak memeranjatkan dan tidak juga mengecewakan.
BN tidak pula menang besar sebagaimana yang dijangkakan. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri begitu sombong dan angkuh kononnya BN pasti akan menang dengan majoriti 6000 undi.
Keputusan yang diumumkan ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN dilihat jauh lebih rendah dari angka yang menjadi sasaran UMNO BN.

"Lawan tetap lawan!"
Walaupun tewas dalam pilihan raya kecil parlimen Selangor, Pakatan cuba menenangkan penyokongnya dengan mengadakan perhimpunan di Stadium Mini Kuala Kubu Bahru malam ini.
Bagaimanapun majlis yang bermula pada jam 9 malam tadi hanya dihadiri oleh 500 penyokong tegar mereka.
Sebelum itu, lebih 20,000 penyokong PKR berkumpul di padang stadium berkenaan ketika mengikuti perkembangan proses pengiraan undi.
Majlis tersebut dihadiri ramai tokoh utama Pakatan hadir, termasuk calon PKR Datuk Zaid Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang, dua naib presiden PKR Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah, ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin serta pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh.

‘Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor
HULU SELANGOR, 25 April:Pengundi hantu yang sering kali diperkatakan oleh pembangkang pada pilihan raya sama ada umum atau kecil sememangnya wujud termasuk dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, hari ini.
Apa yang berlaku kali ini ialah pengundi yang tidak dikenali telah terlebih dahulu mengundi bagi pihak pengundi asal sebagaimana yang terdapat dalam buku daftar pemilih tanpa pengetahuannya.
Ini ekoran seorang pengundi, Lee Fong Thye, 56, hari ini membuat laporan polis berikutan ada orang lain telah mengundi bagi pihaknya.
Beliau yang tinggal di No 28, Jalan 2/24 Taman Bukit Rawang membuat laporan di Balai Polis Serendah pada jam 2.29 petang ini.

Aduan polis Orang Asli 'dihalang' mengundi
Anggota exco Selangor Elizabeth Wong membuat laporan polis awal pagi ini di pejabat polis Kuala Kubu Bahru kerana mendakwa terdapat percubaan untuk menghalang pengundi dari dua perkampungan Orang Asli daripada keluar mengundi dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini.
Seorang individu yang cuba mengambil gambar telah ditumbuk oleh salah seorang lelaki di sekatan di pintu tersebut.
Dalam laporannya, Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan mendakwa beliau menerima aduan daripada rakan-rakan dari kalangan Orang Asli yang mendakwa terdapat 'samseng' yang mengawal jalan masuk ke perkampungan mereka.
Seorang individu yang cuba mengambil gambar telah ditumbuk oleh salah seorang lelaki di sekatan di pintu tersebut.
'Seseorang Mengundi Untuk Kami', Tiga Buat Laporan Polis
HULU SELANGOR 25 APR: Tiga pengundi membuat laporan polis apabila mereka dikatakan mendapati nama mereka ditanda Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sudah mengundi sedangkan mereka belum berbuat demikian.
Mereka secara berasingan dikatakan menyedari masalah berkenaan ketika mahu membuang undi pusat pengundian undi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Serendah.
Sebaliknya, ketiga-tiga pengundi berkenaan mendakwa seseorang sudah 'mengundi' bagi pihak mereka, tanpa pengetahuan mereka.

Bas bawa keluar ‘pengundi hantu’ dari IKBN?
HULU SELANGOR, 25 April: Beberapa bas telah membawa keluar penyokong Umno/BN dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pertak kira-kira jam 3.00 pagi tadi.
Bas yang sebahagiannya penuh dengan penumpang yang dipercayai ‘pengundi hantu’ itu berjaya disekat keluar dari IKBN oleh petugas Angkatan Muda Keadilan.
Keadaan menjadi kecoh dan hampir mencetuskan pergaduhan apabila penyokong Umno/BN tiba di kawasan itu, disusuli pasukan polis tidak lama kemudian.
Walaupun begitu, bas-bas berkenaan akhirnya bergerak keluar meninggalkan kawasan itu kira-kira jam 6.00 pagi dengan diiringi pihak polis ke destinasi yang tidak diketahui.
Anwar : Pilih Pemimpin Berwibawa
Sunday, April 25, 2010
Datuk Zaid Ibrahim adalah calon terbaik untuk Hulu Selangor, yang memerlukan seorang wakil rakyat yang tegas, berani dan mampu bekerja demi kesejahteraaan rakyat bawahan.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat Hulu Selangor selama ini meralat kerana digagalkan oleh wakil-wakil rakyat yang lemah dan cuai.
Di hadapan lebih 5,000 hadirin di Rasa malam semalam, Anwar tampil lebih bersemangat, bersama-sama Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan calon Datuk Zaid Ibrahim.

Pakatan mahu merdekakan peneroka - Anwar
HULU SELANGOR, 24 April: Menjelang sehari hari mengundi, Pakatan Rakyat mendapat sokongan moral yang kuat apabila masyarakat Felda yang selama ini menjadi penyokong kuat Umno mula beralih arah kepada mereka.
Di Felda Sungai Tengi malam tadi, mereka mencipta sejarah apabila ribuan mereka turun menyertai majlis ceramah yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita mahu memerdekakan masyarakat Felda," kata Anwar Ibrahim yang mendapat tepukan gemuruh kira-kira 5,000 yang turun ke medan Desa Jaya, Felda Sungai Tengi.

Anak Ghafar Baba di pentas Anwar
Ramai yang terkejut dengan kehadiran anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba ke pentas PKR bersama ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam.
Dalam ceramah perdana Pakatan Rakyat di Felda Sungai Buaya, Tamrin, anak tokoh besar Umno itu tidak berceramah, sebaliknya duduk di atas pentas bersama pemimpin lain gabungan pembangkang.
Dalam ceramah perdana Pakatan Rakyat di Felda Sungai Buaya, Tamrin, anak tokoh besar Umno itu tidak berceramah, sebaliknya duduk di atas pentas bersama pemimpin lain gabungan pembangkang.
Umno Macam Ada Nabi Lain, Hulu Selangor Perlu Ajar Umno
HULU SELANGOR 24 APR: Sekalipun kesihatan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak begitu baik namun beliau tetap turun berkempen di Hulu Selangor demi membantu memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.
Ulama itu secara terbuka mengajak pengundi Parlimen Hulu Selangor merentasi semua kaum dan agama supaya mengajar kebongkakan dan kesombongan Umno pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Pada kempen yang dihadiri ribuan masyarakat setempat, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan datang dengan bertongkat dan duduk berucap berikutan keuzuran kesihatannya.

Umno maki saya, Tok Guru nasihat bersabar - Zaid
HULU SELANGOR, 24 April: "Saya dicerca dan dimaki oleh Umno, Tok Guru (Nik Aziz) dua kali telefon saya dan menasihati saya, bersabar, bersabar, bersabar dan kita berdoa," kata calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.
Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa terharu atas sokongan moral yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
"Saya amat gembira sekali, saya berasakan begitu terharu dengan sokongan Tok Guru," ujarnya lagi sambil memandang muka Nik Aziz pada sidang media di Rumah Rehat Daerah Kuala Kubu Baru, malam tadi.

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
▼
2010
(1112)
-
▼
April
(150)
- Nik Aziz Terima Ugutan Bunuh Dari Pemuda Umno…..
- MP seru lebih ramai saksi kes Aminulrasyid tampil
- Mangsa tembak tahun lepas juga akan saman
- Zaid kemuka petisyen, saman Utusan
- Kes remaja mati ditembak polis ke Dewan Negara
- Khutbah Bersih Daripada Politik: Hasan Ali buat la...
- Keluarga Aminulrashid Terharu Dengan Keprihatinan ...
- PAS Hina Sultan atau Umno Yang Maki Sultan?
- 1 malaysia mula menyesatkan
- Lagi penerbit TV dakwa campurtangan politik
- DAP Mahu Hantar Memorandum, Prosedur Tembak Perlu ...
- Tuduh Aminulrasyid penjenayah, kerajaan perlu moho...
- Saya terus terduduk, terus menangis – rakan Aminul...
- KTMB : PAS Ucap Tahniah dengan wujudnya Gerabak Kh...
- ATM di saman RM 5 juta Kes Enjin Hilang
- IBU AMINUL RASHID RAYU ALLAHYARHAM TIDAK DIKAITKAN...
- Mangsa tembakan polis terkejut, ia berulang kembali
- Keadilan Untuk Aminulrasyid
- DPPSA MENDENGAR RINTIHAN IBU AMINULRASYID
- Saran s'jaya bebas siasat kes Norizan, Aminulrasyid
- Kematian Aminulrasyid satu pembunuhan - peguam
- Remaja ditembak: Polis diminta jamin keselamatan s...
- 'Jangan lapor bukan-bukan', rayu ibu Aminulrasyid
- Tak padan, BN belanja puluhan juta untuk 1700 undi
- Hulu Selangor tidak jejas komitmen 'ke Putrajaya'
- Kemenangan BN sekadar catatan palsu
- Hulu Selangor: Keputusan kalah tidak mengejutkan
- "Lawan tetap lawan!"
- ‘Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor
- Aduan polis Orang Asli 'dihalang' mengundi
- 'Seseorang Mengundi Untuk Kami', Tiga Buat Laporan...
- Bas bawa keluar ‘pengundi hantu’ dari IKBN?
- Anwar : Pilih Pemimpin Berwibawa
- Pakatan mahu merdekakan peneroka - Anwar
- Anak Ghafar Baba di pentas Anwar
- Umno Macam Ada Nabi Lain, Hulu Selangor Perlu Ajar...
- Umno maki saya, Tok Guru nasihat bersabar - Zaid
- Hari hari terakhir berkempen di Kalumpang
- PAS ada bukti hubungan Malaysia-Israel
- Zaid ajak rakyat Hulu Selangor lawan rasuah
- Anwar: Allah takdirkan 'Projek 16 Sept' tak jadi
- Dasar Pakatan Rakyat Formula 'Buta Warna'
- Mengapa Umno-BN cukup gerun jika Zaid menang?
- Pembangkang label calon BN pengundi hantu
- Jangan Terperangkap Janji Kewarganegaraan
- 205 pelajar jadi mangsa kempen BN
- Nik Aziz gempur Hulu S'gor mulai esok
- Anwar: Kamu Boleh Hukum Saya, Tetapi Kamu Tidak Bo...
- Scorpene: Tubuh Suruhanjaya Khas, Najib diminta cuti
- PAS Pandang Serius Peningkatan 50 Peratus Jenayah ...
- Lompat melompat di musim pilihanraya : PR yang untung
- 7,000 petugas PAS berkempen bantu Zaid
- Campurtangan politik: Penerbit ntv7 letak jawatan
- Keluar AMK kerana tidak dapat jawatan
- PAS: Mengapa baru mahu dipindahkan?
- Gasolin: Kerajaan Najib pro-Israel
- Mahkamah bebas pelajar pondok pakai serban
- Untung jika pilih Zaid - Husam
- Perasmi Kilang Arak Di Malaysia
- Sultan, menteri besar dan rakyat jelata...
- Tanpa gasoline Iran akan lumpuh - Benjamin Netanyahu
- Siasah kita di Hulu Selangor
- Hulu S'gor: BN lwn PKR, 2 calon Bebas tarik diri
- Zaid dah Bertaubat mereka ini bagaimana?
- Fitnah, akhbar Selangor Kita berdepan saman
- Halili buktikan pemilihan Zaid tepat
- Sembang Santai Bersama YB Parlimen Shah Alam
- Sekitar Penamaan Calon PRK Hulu Selangor
- Malam Seni Dataran Shah Alam Mendapat Sambutan Hangat
- Taklimat Perlembagaan PAS : Menjelas kekeliruan
- Gamis seru mahasiswa turun di Hulu Selangor
- Kapal selam Malaysia 'muncul' di Hulu S'gor
- Hulu Selangor Diabai Kerajaan Umno BN, Perlu Ahli ...
- Tolak politik ganas BN
- PKR dakwa SPR seperti parti komponen BN
- Hubungan Dengan Kerajaan Selangor Perlu Untuk Bela...
- Kerajaan Malaysia jadi 'pak turut' Washington
- Nama 1Malaysia: TPM ditempelak
- Pakatan Rakyat Terus Mara Walau Ditimpa Ketidakadilan
- Pengundi India protes bantah Umno kawal MIC
- Dr M tak akan berkempen di Hulu S'gor
- Rasuah Penjualan Kapal Selam : Pihak Berkuasa Pera...
- Lebih 70% pengundi Cina sokong Pakatan - Hassan Ali
- PAS beri Amaran-Jangan benarkan Tony Blair jejak k...
- DPPSA : 3 PROGRAM 1 MALAM
- Demo bantah APCO esok
- Tidak beriman: Khalid minta Harussani nafi, tarik ...
- SERUAN DERMA JIHAD PRK HULU SELANGOR
- PAS mahu kerajaan beri penjelasan berhubung JK Ant...
- Pendatang haram India jadi ahli Umno di Sabah
- Prasarana sekolah di Shah Alam macam luar bandar
- Nuklear: PAS mahu negara tidak double standard
- Meng"kualiti"kan anggota PAS
- Malaysia Tanggung Risiko Keselamatan Walaupun Khid...
- Pornthip setuju ke Malaysia beri keterangan
- Selangor: Lawatan Ke Luar Negara Tidak Digalak, Gu...
- Najib diminta bahas status royalti minyak di Dewan...
- Mengapa Kementah beli kasut wanita RM27.5j?
- TERKINI: Kertas Putih YBK Mula Diedar Hari ini
- Israel: Anwar jadi 'beg tinju' ahli parlimen Umno
-
▼
April
(150)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.