Sime Darby Dijangka Umum Kerugian Terbesar Dalam Sejarah
Monday, August 9, 2010Konglomerat gergasi sektor perladangan Sime Darby Berhad dilihat berhadapan dengan kerugian besar sekali lagi selepas 13 tahun manakala beberapa pegawai kanan pengurusan digugurkan dari unit-unit penting.
Portal The Malaysian Insider melaporkan, konglomerat itu dijangka mengumumkan prestasi kewangannya itu, yang dipercayai kerugian sekitar RM2 bilion dan kemungkinan ia boleh meningkat kepada RM2.5 bilion.
Kebanyakan kerugian adalah ekoran kesilapan nasihat pelaburan dalam sektor tenaga dan utiliti di Qatar dan masalah berkaitan dengan projek empangan Bakun di Sarawak.
Sime Darby berhadapan dengan masalah yang sama ketika krisis kewangan Asia 1997, di mana ia mencatatkan kerugian sekitar RM1.6 bilion dan ia merupakan kerugian paling besar dalam enam bulan sehingga Disember 1997.
Ia mencatatkan kerugian RM676.2 juta pada enam bulan berikutnya dan menutup tahun kewangan 1998 dengan kerugian RM540.9 juta.
Juga difahamkan pengarah urusan bahagian pelaburan Tunku Datuk Badlishah Tunku Annuar telah dipindahkan dari beberapa unit di bahagian itu manakala beberapa pegawai lain dijangka menyusul selepas bekas ketua eksekutif Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid diminta mengambil cuti bermulai 13 Mei lalu ekoran kerugian dialami Sime Darby.
Selain tindakan-tindakan itu, kumpulan ini juga dijangka berhadapan dengan tindakan perundangan berikutan jika mengakhiri pelaburan bersama di beberapa negara luar.
The Malaysian Insider juga difahamkan sejak dilantik sebagai pemangku ketua eksekutif, Datuk Bakke Salleh sedang menghalusi pelaburan-pelaburan bersama melibatkan Sime Darby dengan berhujah bahawa sesetengah pelaburan bukan sesuatu yang memanfaatkan Sime Darby.
Beliau dikatakan memberi syor sama ada pelaburan-pelaburan terbabit dikaji semula ataupun ditamatkan.
Penganalisis melihat tindakan untuk menamatkan pelaburan-pelaburan ini dijangka membawa kepada pertikaian perundangan bagi Sime Darby.
Dua minggu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan belum mengambil sebarang tindakan terhadap Lembaga Pengarah Sime Darby kerana masih menunggu keputusan kajian oleh pakar-pakar luaran daripada firma perunding (KPGM dan Deloitte) dan sebuah firma guaman bebas.
Sebelum ini ada desakan kesemua anggota lembaga meletakkan jawatan memikul masalahb dialami konglomerat itu.
Najib dalam jawapan bertulis berkata firma perunding dan firma guaman bebas berkenaan kini sedang menjalankan audit forensik bebas yang dijangka selesai pada akhir bulan ini.
"Sebarang keputusan atas dasar akauntabiliti dan kebertanggungjawaban akan hanya diambil setelah segala usaha audit dan siasatan ini selesai sepenuhnya," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika menjawab soalan Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengenai tindakan yang diambil terhadap Lembaga Pengarah Sime Darby secara “en bloc” atas kegagalan mereka menyelamatkan Sime Darby daripada kerugian hampir mencecah RM2 bilion.
Ekoran kerugian lebih RM1.6 bilion akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya, Zubir Murshid, yang kontraknya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sepatutnya berakhir pada 26 November ini, telah diminta bercuti.-MalaysianInsider
Melalui
INFO DPPSA
|
pada
12:49 PM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
▼
2010
(1112)
-
▼
August
(50)
- Ego Felda akhirnya terbalas : Diarah bayar 11 juta
- Royalti: Sah, Kelantan saman Petronas
- Politik Melayu: Mahathir sengaja buat tidak faham
- umno histeria : ketandusan isu
- Gejala sosial: Dari meja bulat ke konvensyen nasional
- majlis berbuka puasa dan tarawih mega di I city
- Otak pemimpin Umno fikir mahu kaut hak rakyat
- Prof Aziz: Tidak logik dakwaan wujud ‘perlembagaan...
- Saman ekor untuk kutip 'duit raya'- Pemuda PAS
- KJ, Khalid Samad bersemuka isu RMK10
- Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
- Dokumen dakwa MAS rugi RM8 bil didedah
- Umno Selangor semakin murah..........
- Pemimpin Umno gelisah muncul matawang syariah
- Rehat Minda : Lagu Insyaallah Maher Zain 4 bahasa
- MEB: Najib, Muhyiddin didakwa bercanggah
- SPRM dijemput letak pegawai di KSSB pantau rasuah
- Kamera dijumpai di pejabat MB S'gor
- Senarai hitam saman ekor, trafik ditarik balik
- Chua: Bekas MB dalang kain rentang
- Saman ekor: Protes rakyat beri kesan pada kerajaan
- Gobind: AG bazirkan masa semua pihak
- Polis, JPJ tiada hak hukum mangsa saman ekor
- Perutusan Ramadhan 1431 buat Pemuda
- Tangkapan aktivis Protes untuk takutkan orang ramai
- 'Khusrin, tak ada Empat Senawi jangan sibuk'
- Idris Ahmad: Awang tak selamat lagi, tapi bacul
- ULAMA & ARTIS : ATAS NAMA ISLAM KITA BERSATU
- Sime Darby Dijangka Umum Kerugian Terbesar Dalam S...
- ISLAM umNO HANYA DI BULAN RAMADHAN..
- Amalan korupsi Umno, punca Soi Lek keliru
- 70,000 Petugas Persekutuan Diarah Lawan Kempen PR
- Pelan alternatif jamin tanah milik Bumiputera
- MAKLUMAN DPPSA
- Kampung Baru: Lo' Lo' dakwa menteri tidak ikhlas
- Anwar: Agak malang, Chua 'jahil dan bongkak'
- Chua Soi Lek terlampau
- Saman ekor: Kerajaan kemaruk duit rakyat
- Khalid Samad Lawat Kilang Carlsberg
- Zaid: Petisyen ditolak untuk elak PM diheret
- Selamatkan Selangor dari Umno
- Saman ekor: Kase mahu menteri guna kuasa
- Tahanan lari: Hishammuddin wajar dipecat
- Anwar: Jho Low dapat lapangan terbang Sg Besi
- Sidang DUN Perak kecoh lagi
- FDI merudum 430%, jangan perbodohkan rakyat
- Selamat bercuti Perdana Menteri
- BN SEMAKIN TERDESAK
- Liwat II: 'Hubungan romantis' curi tumpuan
- Polis perlu jaga keselamatan negara, bukan Umno
-
▼
August
(50)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
0 Komen:
Post a Comment