"(Khusrin) hendak pengerusi masjid dan surau paling rendah ada kelulusan Tiga Senawi (Sijil Rendah Agama). Ini saya sokong," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.
"Tapi pengarah JAIS paling kurang kena ada (kelulusan) Empat Senawi. Jangan awak nak sibuk dengan kelusan pengerusi masjid kalau awak sendiri pun tak ada kelulusan.
"Nanti jadi masalah kepada pentadbiran Selangor," katanya yang menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Khusrin itu sebagai "berbau politik."
Katanya lagi, Khusrin juga didakwa sengaja memperbesar-besarkan angka bahawa seramai 20 hingga 30 orang anggota jawatankuasa masjid di Selangor meletakkan jawatan setiap bulan.
"Saya pertikaikan statistik dia. Mungkin mereka rasa bertanggungjawab, mereka letak jawatan, tapi tidak sampai 20 hingga 30 orang setiap bulan.
"Dia memperbesar-besarkan angka itu untuk memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat," kata Khalid lagi.
Katanya, perkara berkenaan telah dimaklumkannya dalam sepucuk surat kepada Sultan Selangor yang dihantar kira-kira dua minggu lalu.
Antara lain, beliau menggariskan bahawa status kelulusan permohonan untuk mendapatkan tauliah itu perlulah dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh sebulan.
Sekiranya gagal, pemohon itu juga sepatutnya diberi peluang untuk merayu keputusan tersebut kepada exco agama dan negeri.
"Barulah ada semak dan imbang. Kalau tidak, sekarang ini kalau pengarah JAIS tidak suka (pemohon), permohonan akan ditolak ke tepi (dan) tidak ada berita lagi selepas itu," tambahnya.
0 Komen:
Post a Comment