Politik Melayu: Mahathir sengaja buat tidak faham

Thursday, August 26, 2010
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: PAS berpandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja membuat tidak faham dengan senario politik di negara ini.
“Berkali-kali PAS tegaskan kepada rakyat, kalau Umno kalah yang menangnya ialah PAS,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Sehubungan itu, katanya PAS kesal dengan kenyataan Dr Mahathir yang mengugut Melayu supaya bersatu atau hilang kuasa politik kepada bukan Melayu jika terus berpecah.
Jelasnya, Umno akan berhadapan dengan PAS di kawasan kerusi Melayu, yang tukarnya parti sahaja yang membawa dasar yang lebih jauh baik daripada Umno.
Baginya, sememangnya Mahathir jenis manusia yang buat-buat tidak faham.
Menurutnya, Mahathir masih menganggap bahawa Melayu wajib bersatu di bawah payung Umno sahaja, seolah-olah selain daripada Umno, Melayu tidak boleh bersatu.
“Inilah khurafat Umno yang terpahat dalam pemikiran pemimpin Umno seperti Dr Mahathir dan inilah juga kefahaman yang diterap kepada pegawai kerajaan melalui kursus-kursus Biro Tata Negara,” ujarnya.
Dulu, katanya pemimpin Umno sering mendakwa bahawa selain daripada Umno memerintah tidak akan maju.
Beliau menambah, hujah itu sudah lapuk di mana rakyat boleh menilai kemampuan pemimpin Pakatan Rakyat memerintah di negeri mereka, walaupun usia muda tetapi membuat pembaharuaan yang begitu pantas.

Rakyat, katanya telah melihat dari segi ketelusan dan merakyatkan kekayaan negeri untuk dinikmati oleh semua lapisan rakyat.
Menurutnya lagi, selama 22 tahun negara di bawah Dr Mahathir banyak dasar-dasar yang dilakukan merugikan orang Melayu, antaranya ialah berapa banyak tanah rezab Melayu bertukar dan tidak berganti, melaksanakan dasar pengajaran Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris walaupun merugikan orang Melayu di pedalaman.
“Beliau sendiri pernah mencadangkan supaya orang Melayu kena buang budaya subsidi, mencadangkan dasar meritokrasi, menarik royalti minyak di Terengganu, mewujudkan pegawai persekutuan di negeri Kelantan dan Terengganu, menarik bantuan perkapita sekolah agama rakyat.
“Banyak sangat kalau kita hendak tulis pengkhianatan beliau kepada Melayu semasa beliau berkuasa,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau mempesoalkan kenapa sekarang Mahathir begitu lantang seolah-olah mengugut orang Melayu mesti  bersatu dengan Umno untuk meneruskan lagi penindasan kepada rakyat dan membiarkan rakyat menderita dan memudahkan suku sakatnya mengaut kekayaan negara.
“Apakah beliau takut dan wujudnya mimpi ngeri, kalau Pakatan Rakyat menang beliau sendiri tidak selamat?” tanya beliau.  

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]