"Kenapa tidak sahaja mulakan semula inkues berkenaan. Kenapa kita berbuat demikian?” soal Gobind yang berang apabila ditanya oleh wartawan sama ada pengemukaan dokumen itu akan menyaksikan beberapa saksi sebelum ini dipanggil semula.
"Jangan tanya bagaimana perasaan seseorang peguam. Tanya wartawan yang membuat liputan (inkues) untuk setahun. Tanya keluarga berkenaan bagaimana perasaan mereka,” katanya.
Kebimbangan utama Gobind sekarang ini adalah keluarga Teoh dan bukti baru yang dikemukakan itu mungkin melenggahkan lagi inkues berkenaan dan menambahkan lagi perit penderitaan mereka.
Menurut Gobind, pejabat peguam negara sepatutnya dipertanggung-jawabkan berhubung kekalutan itu.
"Susahkah bagi AG berkata: 'Oh... maaf. IO (pegawai penyiasat) saya tidak melakukan tugasnya dengan betul, tetapi tidak mengapa. Biar kita melaluinya segalanya sekali lagi.
"Adakah kita harus hanya berpeluk tubuh? Seseorang mesti mengambil tanggungjawab itu,” katanya.
Menurut Gobind, tujuan inkues adalah supaya koroner mengkaji dokumen dan bukti sebelum membuat keputusannya dan tugas AG adalah untuk membantunya.
"Saya percaya setiap orang dalam perbicaraan ini akan mengambil tindakan yang berlainan dalam pendekatan mereka jika mereka mengetahui mengenai bahawa nota itu wujud,” katanya.
Gobind berkata adalah lebih tidak boleh dimaafkan untuk melenggah-lenggahkan pengemukakan dokumen itu setelah bAG mengaku nota itu dimiliki pihaknya sejak Oktober tahun lalu.
0 Komen:
Post a Comment