KJ, Khalid Samad bersemuka isu RMK10

Wednesday, August 18, 2010
Dua tokoh parti yang 'bermusuh', Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan ahli biro politik PAS Khalid Samad - yang terkenal dengan kelantangan masing-masing - akan dipertemukan lagi dalam sebuah forum Ahad ini.

Kali ini, mereka berdua dijadual membentangkan analisis berhubung Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Menurut penganjurnya - majalah kewangan The Leaders - forum tersebut diharapkan dapat menyalurkan ringkasan komprehensif terhadap rancangan itu, termasuk membahaskannya daripada aspek modal insan.

"Menemukan dua pihak yang berbeza parti politik, Khairy dan Khalid akan berkongsi pandang mereka berhubung RMK10 dan apa kepentingannya kepada sektor perniagaan dan individu," jelas The Leaders salam satu kenyataan hari ini.

Pada 1 Ogos
lalu, Khairy dan Khalid telah dipertemukan secara tiga penjuru bersama Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4.

Bagaimanapun, tumpuan pelbagai pihak ketika itu hanya berpusat kepada Khairy dan Ibrahim ekoran pertelingkahan dan kata-mengata kedua-dua pemimpin itu dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang panas ketika itu.

Sehubungan itu, pertemuan Rabu depan ini dilihat bakal menghasilkan debat yang hangat dengan hujah-hujah dan sindiran tajam masing-masing.

Ini kerana, disamping mempunyai retorik yang menarik, kedua-dua pemimpin yang sering dirundung kontroversi itu dilihat 'agak intelektual' kerana mendapat pendidikan tinggi daripada universiti luar negera.

Menurut kenyataan The Leaders lagi, majlis tersebut diharapkan memberikan manfaat kepada pemain dalam industri, pegawai kerajaan dan peserta yang hadir, yang mana ia antaranya bertindak sebagai satu 'bedah siasat' kepada RMK10.

"Di akhir program, penganjur harap terdapat pihak pembuat keputusan daripada pelbagai industri bersama-sama berkongsi pandangan dan pengalaman unik masing-masing dalam mendepani cabaran masa lalu dan merancang tindakan untuk masa depan," kata kenyataan itu.

Forum dua bulan sekali The Leaders sekali merupakan nilai tambah yang ditawarkan oleh penerbitnya MY Events Publication bagi mengemaskan jaringan antara syarikat dan pembuat keputusan.

Majalah dengan edaran 10,000 naskhah itu dikenali peneraju sebagai media untuk perniagaan, berita politik dan trend.

1 Komen:

joecharlie said...

Syukur artikel aku di sambut oleh PERKASA daerah petaling, pada 16 ogos 2010, PERKASA daerah petaling telah menghantar satu memo bantahan kepada pengerusi MAIS dan pengurusan sacc tempat dimana berlangsungnya event kristian itu, (klik sini) dan PERKASA juga ada membuat laporan polis berhubung satu artikel yang di siarkan dalam laman web gereja grace itu yang bertajuk 'kenapa kami berada di shah alam' tulisan pastor joseph marcose, tapi malangnya artikel itu telah ghaib dari laman web itu.

Dan semalam aku terbaca dalam laman web malaysian insider (klik sini) yang pengerusi siera management sdn. bhd., syarikat yang menguruskan sacc, datuk muhammad adan telah mengesahkan yang event anjuran gereja grace itu telah dibatalkan.

Aku nak ucapkan terima kasih kepada PERKASA daerah petaling kerana aku yakin dengan usaha merekalah event itu di batalkan. Terima Kasih PERKASA.

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]