Saman ekor: Protes rakyat beri kesan pada kerajaan

Tuesday, August 10, 2010
Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Muhammad Sha'ani Abdullah mengaku bahawa protes rakyat terhadap syor saman ekor memberi kesan pada kerajaan.
"Hari ini, kementerian sendiri ataupun menteri sendiri mengatakan bahawa nilai saman akan dikaji semula.
"Itu adalah kesan daripada suara-suara yang membangkang atau boleh dikatakan menegur cara tindakan kerajaan selama ini," respons beliau pada inkues yang dibuat oleh badan bertindak Kempen Anti Saman Ekor (Kase) di kamar inkuiri awam Suhakam, di sini, hari ini.
Beliau turut mengakui pandangan Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar bahawa syor pihak berwajib menyenaraihitamkan serta menghalang pembaharuan cukai jalan serta lesen memandu sebagai mencabul hak asasi manusia untuk kenderaan berdasarkan Perkara 13 (Hak Terhadap Harta), Perlembagaan Persekutuan.

"Bukan kita mencabar atau menentang, tetapi memberikan hujah-hujah dan asas-asas mempertikai pelaksanaan (saman ekor) ini," ujarnya sambil mengulas beberapa inti relevan dari memorandum Kase.
Sehubungan itu, beliau secara peribadi mahu mengambil tanggungjawab supaya isu saman ekor yang didakwa merampas hak asasi rakyat mendapat perhatian Suhakam sebelum diketegahkan pada kementerian berwajib.
"Secepat mungkin setelah kami memperhalusi peraturan dan undang-undang, kami akan mengusul pada kementerian-kementerian berkenaan," ujar beliau.
Sebelum itu, Mahfuz yang juga Lajnah Pengguna PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena mendesak Suhakam mencadangkan 6 tuntutan pokok Kase pada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) dan Datuk Kong Cho Ha (Menteri Pengangkutan).
Pertama, katanya JPJ dan Polis Trafik menghentikan kaedah menyenaraihitamkan dan menyekat pembaharuan lesen memandu  serta cukai jalan supaya kembali selaran dengan peruntukan Seksyen 15, Akta Pengangkutan Jalan 1997.
Kedua, katanya, Polis Trafik Pasukan Bukit Aman digesa membatalkan semua notis saman ekoran yang gagal diserahkan pada mereka yang terbabit secara serahan tangan atau dibuktikan bersalah di mahkamah.
Ketiga, katanya lagi, Polis dinasihatkan mengikut prosedur biasa seperti peruntukan Seksyen 53, Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu hanya mempunyai kuasa memohon pada mahkamah memanggil mereka yang terbabit ke Mahkamah Seksyen untuk dibicarakan, bukan terus menghukum serta memeras kompaun.
Keempat, beliau berkata, JPJ wajar diarahkan supaya menghentikan sekatan mereka yang terbabit untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu kenderaan masing-masing walaupun dianggap sebagai pesalah laku trafik melalui perlaksanaan saman ekor.
Kelima, beliau berkata, pihak berwajib seharusnya menarik balik syor menyenaraihitamkan mereka yang terbabit dengan saman ekor sehinggalah dibuktikan bersalah oleh pihak berwajib sendiri di mahkamah.
Keenam dan terakhir, tegasnya, pihak berwajib digesa kembali menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang vs Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawaka & Anor (2009) yang nyata menunjukkan kaedah saman ekor adalah bertentang dengan prinsip undang-undang sejagat serta Perlembagaan Persekutuan.
"Kalau pentadbiran Perdana Menteri 1Malaysia ini tetap mahu melaksanakan saman ekor ini, mereka bukan saja mencabul hak asasi kita, tetapi menghina hak dan keputusan mahkamah," ujar Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.
Tuntas dari itu, beliau mempelawa seluruh akar umbi Umno BN supaya melancarkan 'protes senyap' dengan menolak kerajaan pusat yang sedia ada sekarang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Siri Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja/PAS), Mohd Taufek Abdul Ghani (Adun Paroi), Hu Pang Chaw (Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS) serta Zulhazmi Shariff (peguam Kase) antara yang menyertai inkues bersama-sama Suhakam.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]