Sehubungan itu, Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengajak rakyat membantah rancangan terbaru kerajaan mengizinkan Konsert Adam Lambert yang dijadualkan pada 14 Oktober depan.
"Saya yakin rakyat sependapat dengan PAS, iaitu hiburan adalah tuntutan naluri manusia dengan ada tatasusila ketimurannya dan tidak menyimpang dari norma-norma agama di Malaysia,” katanya.
Menurut Dr Dzulkefly jika “budaya mencium pemain keyboard lelaki, beraksi lucah antara penari lelaki yang lain yang digayakan oleh penyanyi gay itu” yang mahu dibawa ke negara ini, rakyat diyakini akan menolaknya.
Katanya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Artis Luar Negara (Puspal) sepatutnya tidak semberono bersetuju membawa artis gay itu ke negara ini.
Ini kerana, kata ahli parlimen Kuala Selangor itu, Lambert sebenarnya dikecam hebat oleh dunia apabila melakukan beberapa adegan kontroversi di pentas Anugerah Award Amerika sebelum ini.
Berikutan itu, rancangan televisyen Good Morning America terbitan ABC di Amerika Syarikat membatalkan penampilan Lambert kerana menolak budaya liar penyanyi gay berkenaan.
“Gaya hidup Amerika yang selalu kita anggap bebas pun menolak semua ini, mengapa kita (kerajaan) yang selalu mengaku kitalah Islam tidak belajar semua ini?” soalnya.
Baginya, kerajaan sepatutnya mengambil berat soal menjemput selebriti asing memandangkan KPKK serta Puspal pada Mei lalu telahpun ditegur apabila membenarkan penyanyi lucah Pitbull mengadakan persembahan di negara ini.
"Kerajaan seakan tidak kisah semua ini kerana selepas konsert Pitbull dibantah 15 Mei lalu pun, kerajaan nampaknya masih memberi kelulusan pada syarikat yang sama untuk menjemput Adam Lambert," katanya lagi.
1 Komen:
PAS, Adam Lambert tidak dikenali dengan aksi lucahnya tetapi suara dan bakatnya yang dapat mengegar seluruh Amerika. Dia merupakan idol saya dan tentunya dia boleh diberitahu perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat di sini. Zaman sudah berubah, dan kita haruslah bersikap lebih terbuka. Gay bukan satu perkara yang salah, sejak tamadun awal di dunia gay pun sudah wujud. Perkara ini tidak membawa sebarang kesan negatif terhadap sesiapa, kecuali atas maruah diri mereka sendiri. Justeru, buat apa kita berpeluh atas perkara ini yang tidak membawa sebarang kesan kepada kita? Imej negara pun tidak akan terjejas kerana gay ini berlaku di seluruh pelosok dunia. PAS kena relax la sikit dan membuat lebih research terhadap artis - artis ini sebelum mengkritik mereka.
Post a Comment