Felda ‘peralat’ abang Mazlan Aliman hasut peneroka

Friday, October 15, 2010
http://selamatkanpahang.blogspot.com

Sikap pengurusan pejabat Felda mempergunakan apa saja alat bagi membendung kesedaran peneroka amatlah tidak wajar dan jelek sekali.

Ini hanya mempertontonkan kepada umum bahawa agensi tersebut mulai goyah, dihambat keserabutan dan mulai hilang arah apabila peneroka bangkit menuntut hak dan keadilan mereka.

Terbaru, melalui majalah terbitan Felda ICT JELAS Bil: 4/2010 yang dipaksa peneroka membayarnya, dimainkan pelbagai isu yang jelas mendoktrinkan fahaman Umno untuk disumbat ke dalam otak peneroka.


Majalah yang sepatutnya mendedahkan kejayaan peneroka atau mendedahkan perkembangan teknologi baru dunia pertanian, sebaliknya digunakan untuk menyerang pejuang isu-isu Felda.

Di muka surat 14 majalah tersebut, dibuat temuramah dengan abang Presiden Anak Mazlan Aliman, Tuan Haji Abd. Rahim Aliman untuk menggambarkan bahawa perjuangan Mazlan adalah sesat sehingga menyeru adiknya kembali ke pangkal jalan. Beliau juga menghasut peneroka supaya menyerahkan pengurusan ladang peneroka kepada Felda.

Sebenarnya amat tidak bagus mempergunakan senjata ‘kaitan persaudaraan’ seperti itu kerana boleh mengundang perbalahan keluarga. Kenapa tidak digunakan cara lain untuk meyakinkan peneroka?

Dalam artikel “Lahirmu Dalam Sejarah” di muka surat 18 pula dibangkitkan kembali sejarah Tragedi Sungai Lui yang mengisahkan orang Cina membunuh orang Melayu pada masa penaklukan Jepun. Apa tujuan dibangkitkan kembali cerita itu? Ia tidak lain dititip sebagai gerak saraf selaras dengan politik perkauman Umno untuk membelit otak peneroka. Berpolitik cara begini tidak matang dan undur ke belakang.

Melalui artikel “Peneroka Mendakwa Felda Ke Mahkamah” pada muka sura 22, pengarangnya cuba menakut-nakutkan peneroka dengan menuduh peguam pihak peneroka yang menyaman Felda hidup mewah dengan hasil bayaran guaman peneroka.

Lebih daripada itu, majalah tersebut juga tidak ada langsung permit penerbitan (P/P) KDN sedangkan jika organisasi lain menerbitkan risalah, akan segera dirampas. Ini bermakna, Pengarah Besar Felda Dato’ Dzulkifli Abd. Wahab (yang memberi ucapan Salam Eidulfitri) dalam keadaan sedar melanggar peraturan Akta Mesin Cetak yang digubal kerajaan sendiri.

Majalah tersebut diagih-agihkan kepada peneroka. Dan di sebuah tanah rancangan majalah itu diletakkan di sekolah.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]