Media Baru Pemuda PAS

Wednesday, October 20, 2010
1. Memanafaatkan keperluan IT dan mendepani cabaran era globalisasi , Dewan Pemuda PAS Malaysia kini memiliki " Media Baru "nya yang tersendiri apabila mengambil satu ruang di tengah - tengah persaingan laman sosial facebook yang semakin popular mutaakhir ini .

2. [ Harakah Muda ] yang menjadi salah satu media rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia insyaallah akan dilancarkan secara rasmi sedikit masa kelak .

3. Media ini akan dimanafaatkan sepenuhnya untuk menyampaikan maklumat , berita mengenai gerakkerja DPP di semua peringkat , artikel politik , bicara agama , nota tarbiyyah serta peraturan dan arahan  tindakan semasa .

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia mensasarkan 100 ribu pengunjung tetap menjelang 30 December ini. Insyaallah , tidak mustahil Harakah Muda akan menerima kunjungan dan pembaca tetap lebih dari sejuta dalam tempoh setahun ini . Ia bergantung kepada keupayaan admin dan krew Harakah Muda untuk memastikan Harakah Muda menjadi satu lagi Media Alternatif untuk menyebarkan maklumat dan fikrah Islami yang tulen ke tengah  - tengah masyarakat .

5. Harakah Muda boleh dikunjungi dan disertai di jalur  [ http://www.facebook.com/HarakahMuda ]  dan  sebarang maklumat dan perkongsian berita , artikel dan lainnya boleh terus ke e mailnya [ harakahmuda@yahoo.com ]  .

6. Sokongan dari semua anggota dan penyokong Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat di alu - alukan agar Harakah Muda dengan slogannya [ Harakah Muda : Informasi untuk Semua ] akan terus aktif sebagai media alternatif khususnya dalam usaha membina minda mendekati generasi muda negara .

7. Dengan lafaz Bismillahirrahmaanirrahim , saya lepaskan bahtera Media Baru Dewan Pemuda PAS yang bernama " Harakah Muda " ke tengah - tengah persaingan dunia maklumat agar mampu membawa agenda perubahan " menjernihkan fikrah dan mensucikan minda ummah " sehingga tegaklah kebenaran dan tumbanglah kebathilan .
9. Tentunya orientasi Harakah Muda mengutamakan "ketepatan maklumat dan menjauhi fitnah" . Ianya turut akan menyiarkan gerakkerja Dewan Pemuda PAS  negeri , kawasan  dan cawangan . Sementara itu , Harakah Muda dengan ini turut diisytihar sebagai menjadi lidah rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia .

10. Nota Tambahan : Buat masa ini Harakah Muda memerlukan 2 orang wartawan sukarelawan dan 2 orang juru gambar sukarelawan yang sedia berkhidmat untuk memantapkan media rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia . Kepada siapa yang berminat dan ingin mengorbankan sedikit masa , tenaga dan mungkin kewangannya bagi menjayakan hasrat ini boleh hubungi saya atau setiausaha Dewan pemuda Malaysia sdr Khairil Faizi Ahmad Kamil .

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]